Anak Anak Adalah Harta Kita

By Zahirah Dzahir - 9/04/2013 01:58:00 PTG

Assalamualaikum 

kali ni saya nak storikan tentang ank2 saya plak...hmmm...Ye lah, asyik sibuk dengan stori yg lain jer kan, terlupa plak nak kemaskini stori yg lain ..

ok..Baru-baru ni  saja jalan-jalan pergi shopping kat Tesco beli barang dapur...Macam biasalah, memang tak sah kalau tak singgah ke kedai makan.....Dengan anak anak ni, kita memang tak boleh nak berkira...Tak baik kedekut dengan budak-budak lebih-lebih lagi kalau bab-bab yang mana kita telah berjanji dengan mereka.Jangan sekali-kali memberi janji kosong kepada mereka...

Ada juga terdengar crita2 yg ada setengah, ibubapa yang selalu memberi janji kosong kepada anak mereka akan menyebabkan si anak itu tidak akan mempercayai ibubapanya dan mereka akan menganggap ibubapa mereka sebagai orang yang tidak bercakap benar. Erti kata lain,,pembohong

Hazim, Hadif, Haziq

Bila diperhatikan masa dulu dan kini, banyak bezanya..tambah pula bila dah berkahwin dan mempunyai anak..Anak2 adalah harta  yang paling bernilai..Zaman dulu main redah jer..Nak buat apa pu buat ja..nak beli apa pun beli jaa...berbeza kini....Kami lebih berjimat cermat...Bukannya apa, semuanya kerana anak-anak...Husband pun juga begitu...


Anak-anak sebesar ni memang perlu dijaga perasaannya...Kadang-kadang bila ada masalah mereka diamkan ajer...Inilah yang Saya takutkan...Kita kena selalu dekatinya dan selalu bertanya tentang keadaan dirinya....Barulah Saya sedar betapa susahnya nak jaga hati seorang kanak-kanak...Mereka ni ibarat sebiji benih...Kalau dibaja dan dijaga dengan rapi, buahnya akan menjadi lebat dan ranum...tapi kalau tak dijaga dengan baik, ianya akan menjadi sebaliknya. akan datangkan masalah lain pula di kemudian hari.

- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!