Assalamualaikum..
HADIAH DOA UNTUK ANAK-ANAK
18 Ramadan 1441H / Isnin
Doa .. salah 1 senjata yang paling penting dalam hidup kita. Hidup kita tidak lengkap jika kita tidak berdoa. Tambah pula kita sebagai ibu ayah yang sememangnya tercari-cari doa yang kita nak bacakan untuk anak-anak kita.
Sama juga macam Mommy, dan ibu ayah yang lain. tak lengkap rasanya kalau kita tak berdoa untuk anak-anak kita. Hari-hari berdoa dan kadang-kadang masih mencari doa yang sesuai dibaca untuk mereka.
Mommy ada jumpa doa ringkas dalm fb kenalan Mommy, Nur Haslaily yang sesuai dibaca untuk anak-anak. Doa mustajab ayah-ayah yang terakam dalam Al Qur'an untuk anak-anak. Jom kita baca sama-sama.
Assalamualaikum..
CHAR KUE TEOW
Bahan
Kue teow kecik 1 paket
Udang
Taugeh
Daun kucai
Telur 1 biji
Bahan Perasa
Sos tiram
Kicap pekat manis 1sb (Kicap ABC)
Bahan Pes
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Cili kerin ( agak-agak )
Cili padi( agak-agak )
Belacan 2 inci
Udang kering 3sb
* mesin sampai halus semua bahan..kalau bahan mesin tu banyak sangat, guna ikut banyak kue tiaw tu ja..yg lebih boleh simpan dalam peti ais
Caranya
- Panaskan minyak..tumis bahan pes
- Masukkan kicap manis dan sos tiram serta udang...buh air 1 cawan..agak-agak kuah. Biarkan mendidih..
- Kemudian masukkan kue teow..kucai dan taugeh...kacau2 terus pecahkan telur
kacau kejap..siap.
* boleh tambah telur mata dan nak tambah apa yg kurang ikutselera masing-masing.
dah siap...boleh la pakat cuba naaa..
~~~~~~~~
Mommy Ira
Jaga Pemakanan Dan Jenis-Jenis Makanan Yang Baik Untuk jantung Kita
5/09/2020 02:31:00 PTG
Assalamualaikum..
Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat, lebih-lebih lagi dipadankan dengan gaya hidup kurang aktif sudah tentu akan memberi kesan pada jantung.
Faktor utama yang menyumbang kepada situasi itu juga ialah memiliki kolesterol tahap tinggi. Tidak kurang faktor penyakit tidak berjangkit yang berkaitan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.
google
Faktor risiko penyakit jantung termasuk paras kolesterol yang tinggi, darah tinggi, diabetes, berat badan berlebihan, gaya hidup tidak aktif dan tabiat merokok.
Jadi, makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut antara makanan yang baik untuk jantung sihat
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.
Pastikan dalam setiap hidangan tengah hari, masukkan sayuran hijau sebagai menu harian anda. Untuk mendapatkan mineral dan zat terkandung dalam sayuran hijau, elak daripada memasaknya terlalu lama. Sayur hijau juga boleh dimakan mentah seperti salad atau dijadikan ulam-ulaman.
Makanan beroat
Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
Serat boleh larut ini juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh ditambah hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi atau oren.
Salmon
Antara pilihan ikan paling baik ialah salmon. Ikan ialah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang sihat. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti tuna atau sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, ambil salmon panggang bersama salad.
Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.
Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol. Anda boleh mengambil minyak zaitun satu sudu sehari sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan dalam masakan. Jika mampu gunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak lain dalam masakan.
Beri
Semua jenis buah berasaskan beri seperti blueberi, raspberi dan strawberi kaya antioksidan dan berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Amalan pengambilan setiap hari menguatkan jantung sekali gus mengelak daripada serangan jantung.
Avokado
Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL (lemak baik) dalam tubuh.Buah ini juga memungkinkan penyerapan karotenoid, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Amalkan makan avokado setiap hari bagi mendapatkan jantung yang sihat.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat bagi menguatkan jantung. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh seperti roti perang dan bukannya roti putih.
Kekacang
Kacang-kacang seperti walnat dan badam. Badam ialah jenis kacang yang mengandungi minyak menyihatkan seperti vitamin E bagi membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Kacang pis
Tambah pengambilan kacang pis, seperti kacang merah dan kacang hitam.
Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Protein soya ialah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia membantu untuk mencegah penyakit jantung. Terdapat pelbagai makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas.
Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6. Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
Semoga info ringkas ini dapat memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan diri kita.
Sumber google
~~~~~~~~
Mommy Ira
assalamualaikum..
Salah 1 kuih favourite Mommy. kuih QASIDAH. Dulu, perak.. tak besa makan, mai la cuba makan..rupanya sedap yakmat. Mula tu Mak Tok yang buat. Lepas tu Mommy cuba buat sendiri. Baan dia mudah sangat. Antara jadi atau pun tak ja qasidah tu. Ok la jadi la jugak. janji qasidah tu lembut. taboq pulak dengan bawang goreng. Bau bawang goreng pun dah sedap, makan lagi la sedap. Sedap cara Mommy ja laaa..
KUIH QASIDAH
Bahan-bahan
Bawang ( goreng dulu )
Tepung gandum 6 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 5 cawan
Air kapur 1sb
Garam sikit
- Campur semua bahan2 masak hingga pekat dan likat sampai nampak macam berkilat..mendidih bunyi plup..plup..kemudian masuk dalam bekas..taburkan
bawang goreng dan minyak goreng bawang. dah siapppp
~~~~~~~
Mommy Ira