Waktu Operasi Pejabat Kerajaan Negeri Kedah Sepanjang Ramdahan 2015/1436
6/19/2015 10:00:00 PG
Assalamualaikum..
Waktu operasi pejabat kerajaan negeri Kedah sepanjang ramdahan 2015/1436
sumber group facebook JJCMDK
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jerat WhatsApp ...
Kalau orang dewasa pun terperangkap dgn whatsapp, pastilah orang muda khususnya pelajar (anak kita) turut terjerat dgnnya. Betul tak??? Dari Brunei fm
Luahan Bapa: “Saya Jadi Hamba Whatsapp”
Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin ceritakan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang bernama Whatsapp.
Tujuan saya menyatakan umur saya di atas sudah pasti ingin menunjukkan saya bukanlah muda, bukan generasi Y dan tidaklah terlalu hebat dalam penggunaan teknologi masa kini.
Saya mempunyai tiga cahaya mata yang berumur 5 hingga 16 tahun.
Selama hampir 20 tahun saya bekerja, waktu bekerja yang biasa adalah sekitar 8 pagi hingga 6 petang. Kadang kala apabila ada kerja lebih terpaksa dilakukan, ia dianjak hingga ke pukul 9 malam.
Cara kami berkomunikasi sesama rakan sekerja dan pihak pengurusan lebih atas selalunya melalui mesyuarat atau berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu bekerja.
Tahun lepas, terdapat perubahan baru secara tidak rasmi dalam syarikat apabila Whatsapp digunakan untuk berkomunikasi. Group dicipta dan hampir 25 pekerja ada dalam group tersebut. Secara teknologinya, ia memang membantu pekerja untuk berhubung tetapi timbuk pula masalah baru, kini pekerja terpaksa bekerja 24 jam. Semua kerja diarahkan bos dalam Whatsapp.
Tiada lagi 8 pagi hingga 6 petang waktu bekerja. Walaupun sudah balik dan jam terang-terang menunjukkan pukul 12 tengah malam pun masih ada mesej arahan dari bos yang masuk. Bukannya kerja tersebut tidak boleh ditangguhkan hingga keesokan harinya.
Kalau dulu, walaupun kerja tidak dapat disiapkan, masih ada esok pagi untuk disambung. Sekarang, pagi-pagi buta pun boleh menerima arahan baru yang perlu dimasukkan dalam laporan dan sebagainya.
Itu tidak lagi dengan bual-bual kosong atau mesej-mesej bodek bos dalam Whatsapp Group.
Secara tidak sedar, dalam tempoh setahun setengah, saya mengabaikan keluarga apabila lebih kerap memandang telefon berbanding mengadap secara berdepan muka kesayangan saya.
Saya cuba buat-buat tidak tahu dengan mesej yang masuk dalam Whatsapp walaupun arahan tersebut jelas ditujukan kepada saya. Akibatnya, esok saya menjadi mangsa amarah kerana tidak membalas mesej walaupun dengan ayat seringkas “OK”.
Bukan saya tidak mahu membalasnya, saya hanya mahu mengelak kerja masuk waktu di rumah. Saya cuba menumpukan kepada keluarga. Kalau dulu, kita tak perlu pun membalas SMS tetapi sekarang, kalau satu Whatsapp tidak dibalas, punah kena marah.
Perkara sama saya perhatikan kepada bapa-bapa moden sekarang. Tangan tidak lekang dengan telefon. Walaupun ketika makan malam di restoran, bapa-bapa masih memegang telefon membalas mesej. Mungkin ada yang seperti saya terpaksa menerima beban kerja selepas ‘office hour’.
Saya pernah dimarah juga kerana tidak membalas walaupun dalam group tersebut menunjukkan saya membaca mesej tersebut. Ya memang saya sengaja tidak membalas kerana masa dengan keluarga walau satu saat penting buat saya.
Hanya kerana saya baru sedar perkara ini selepas setahun, bos seakan berkata prestasi saya merudum. Kerja biasa tetap saya habiskan dengan cepat, mungkin kerana KPI baru adalah “Kau tak balas Whatsapp, kau tak efisien”.
Takut juga saya menjadi hamba Whatsapp dan telefon pintar pada masa sekarang!
P/S: Artikel ini adalah luahan hati seorang bapa yang dihantar kepada kami
sumber Brunei fm
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ada sesetengah orang kata..masuk ja bulan puasa..ni la masa yang sesuai untuk berdiet. Jom kita baca 8 Tip Diet Mudah Untuk Sahur dari Kevin Zahri
- Mummy Ira -
Lafaz Niat Sebulan Puasa, Sehari Puasa Dan Doa Berbuka Puasa
6/17/2015 11:39:00 PTG
Assalamualaikum..
Lafaz Niat Sebulan Puasa, Sehari Puasa Dan Doa Berbuka Puasa
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan (harian)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Waktu Berniat
Waktu
berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu
sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu
Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian
daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa Berbuka Puasa:
- Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksud:Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan
rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih
dan Penyayang.
Jika ramai-ramai : ganti 'tu kepada 'na' (ganti saya kepada kami )
- Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya - Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan
rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha
Pengasih dan Penyayang.
sumber blog2
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Marhaban Ya Ramadhan..
Dah pun nak masuk bulan ramadhan. Buat semua kawan kawan Muslimin dan Muslimat ..Selamat menyambut bulan Ramadhan yang
mubarak. Semoga kita semua mendapat rahmat dan berada dalam keadaan
sihat dalam melaksanakan ibadah puasa, marilah kita perbanyakan amalan dan ibadah kita kepada Allah S.W.T.
Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah S.W.T...Ramadhan Kareem.
Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah S.W.T...Ramadhan Kareem.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Kami Menanti Kehadiranmu..
- Mummy Ira -
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Teringat dulu2 My Mom suka buat Sardin Roll..memang sedap..bila bakar kulit dia jadi gebu n rangup. Baru ni Saya ada jumpa resepi Sardin Roll dalam facebook . cara buat mudah n boleh ikut. Sesuai la buat masa bulan puasa ni.
Resepi Sardin Roll
Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)
Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis
Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.
sumber facebook Cara Mudah Buat Sardin ROLL
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kesilapan Kerap Yang Dilakukan Semasa Bulan Ramadhan
Perkongsian dari Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Kesilapan kerap yang sering kita lakuna dan kurang disedari oleh ramai sewaktu bulan puasa, jom baca apa yang dimaksudkannya untuk sama-sama kita perbaiki agar ramadhan kali ini lebih bernilai.
Semoga bermanfaat untuk semua..
- Mummy Ira -
Citarasa Iftar Ramadhan 2015 - The Regency Hotel Alor Star
6/15/2015 04:44:00 PTG
Assalamualaikum..
Banyak juga hotel area Alor setar ni yang menyediakan sajian untuk berbuka. Salah satunya The Regency Hotel Alor Star. Sebelum ni Saya ada juga pi makan kat situ, kira menu2 kat situ not bad dan sedap2 jugak. Hotel ni terletak dalam pekan Alor Setar.
Tibanya bulan puasa 2015 ni.. The Regency Hotel Alor Star juga akan menyediakan sajian untuk berbuka puasa iaitu CITARASA IFTAR RAMADHAN yang bermula 18 Jun 2015 - 16 Julai 2015.
Pelbagai menu yang akan disediakan seperti sajian Timur Tengah, Thai, Cina dan masakan Kampung, Gulai kawah Tulang Rusuk, Umbut Pisang, Daging Tulang Rusuk Panggang, Nasi Kabsyah, Ayam Pasuh, Ayam Golek dan banyak lagi.
Selain itu persembahan Kumpulan Nasyid dan Qasidah Fathul Mubin juga akan diadakan setiap hari.
jangan bimbang..tak sempat balik untuk solat..surau juga telah disediakan.
RM 65 Nett Dewasa
RM 40 Nett Kanak kanak
*harga ni dah termasuk 6% GST
Jika nak buat tempahan boleh hubungi 04-733 5917..
ataupun boleh terus pergi ke situ yang beralamat di..
The Regency Hotel Alor Star Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah. Alor Setar
Selamat Menyambut Ramadhan..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
[Infografik: Persedian Fizikal Sebelum Ramadan]
Tidak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah.Ini juga bermaksud,kita akan menjalani rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Oleh itu, untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, kita hendaklah mempersiapkan fizikal kita dengan sebaiknya sebagai persediaan awal.
Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan." (Riwayat Muslim)
Jadi marilah kita sama-sama amalkannya dan mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu. Ahlan ya Ramadan!
#madrasahramadan