Assalamualaikum..
Sekarang ni mudah sungguh kita demam tak kira muda ka tua especially bayi / kanak2..hari ni nak share pasal tips dan petua hilangkan batuk dan selsema pada bayi..Kesiankan bila bayi/ kanak2 demam @ selsema sebabnya mereka ni tak tahu nak keluarkan kahak secara sendiri ataupun nak bgtau kat mana sakitnya..So sebagai ibu bapa atau sesiapa saja memang akan kelam kabut, dok pikirkan cara nak bagi anak sembuh..yela bayi/kanak2 epecially under 2 tahun ni x elok di bagi ubat..
Sebenarnya,
bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema,
batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs
Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi
berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit
tetapi tidak merawat punca penyakit.
Bayi selsema
dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi
lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang
diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)
Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila
tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan
menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya
menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal
dunia.
Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.
Cara Atasi Selsema dan Batuk
1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang
4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi.
(Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-
tumbuhan sahaja)
5. Buang kahak dalam paru-paru
Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja.
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.
5. Buang kahak dalam paru-paru
Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja.
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.
6.Sedut kahak dan nebulizer - bila ke klinik atau hospital..kadang2 doktor akan sarankan untuk bayi/kanak2 guna nebulizer atau sedut hingus. Nebulizer ni guna bila nak cairkan kahak..ada jga yg guna jika ada masalah penat/lelah.Kalau di tempat saya..saya selalu ke PMC @ Putra Medical Centre..Jumpa doktor doktor akan suruh buat nebulizer tak pun sedut hingus..
Yang nebulizer ni atas arahan doktor..klau yg sedut hingus ni,kita tengok klu anak kita x leh bernafas hingus banyak, boleh la pi sedut hingus tu.
Memandangkan saya ada anak kembar, saya beli 2 alat ni..senang x payah ulang alik ke PMC hanya untuk buat nebulizer dan sedut hingus ni..TAPI..atas arahan doktor. Jumpa doktor, doktor akan bgi ubat..balik buat kat rumah.
mesin nebulizer n ubat yang doktor bagi
bila ada kahak yang x hilang2 baru buat nebulizer ni
yg ni pulak..mesin suction untuk sedut hingus..
6. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi.
Petua Selsema dan Batuk Bayi/kanak2
1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
4. Sediakan sup ayam
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.
Apabila Bayi Demam
1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi,celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga
4. Jika badan terlalu panas boleh juga masukan ubat punggung yang diberi oleh doktor.
Jom kita kongsi n share info ni..
- Mummy Ira -
5 jenis makanan terbaik untuk orang tua kita
berserta penerangan kenapa ianya perlu dari Majalah Kesihatan dan Kecantikan. Makanan ini juga boleh diamalkan
untuk diri kita sendiri sbgai persediaan menghadapi hari tua yang aktif
dan sihat
1. Sayuran Hijau Berdaun
2. Oat
3. Beras Perang
4. Ikan
5. Telur
note : Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, karena masih mengandung ketiga bagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain karena ada beberapa bagian yang hilang pada saat penggilingan, yaitu bekatul dan dedaknya.
----------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
1. Sayuran Hijau Berdaun
- Kenapa diperlukan : Untuk kesihatan Mata. Orang2 tua sangat mudah diserang penyakit katarak. Mengikut kajian, about 60% warga Tua yang berumur 60 tahun ke atas akan mula mengalami masalah katarak sama ada sedikit ataupun bnyk.
- Sayuran Hijau berdauin mengandungi lutein (sejenis bahan antioksidan) yang mampu melindungi proses oksidan dlm mata yang menyebabkan selaput.
- Selain Katarak, Lutein juga mampu melindungi masalah penglihatan lain seperti macular degeneration
2. Oat
- Kenapa diperlukan: Untuk merendahkan tekanan darah
- Tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh warga emas sangat berisiko memberikan serangan jantung dan strok. Makanan yg tggi dgn serat seperti oat dan roti tinggi serat dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan merendahkan tekanan darah
- Kebaikan makanan bijirin yg tggi serat spt oat ini akan membantu penyerapan gula dlm darah secara terkawal dan membekalkan tenaga berterusan dan mampu mengawal Diabetes Jenis 2.
- Satu kajian dari Universiti di US mendapati bahawa, memakan oats sbnyk 6 kali sehari dapat mengurangkan tekanan darah
3. Beras Perang
- kenapa diperlukan: Untuk Tenaga
- beras perang adalah sejenis "whole grains" yang bermaksud, bhgn luarnya masih tidak dibuang untuk mendedahkan bhgn dalamnya yang putih.
- Secawan beras perang memberikan 90% unsur manganese iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk menukar protein dan karbohidrat kepada tenaga
- beras perang juga mengandungi 90% kandungan Fiber dan zat besi berbanding beras putih biasa.
- kandungan Vitamin B adalah 70-90%
- Makanan yg tggi dgn fiber akan memberikan rasa kenyang dgn lebih lama.
- Wanita yang mengambil makanan yg mengandungi bnyk fiber akan lebih kurang risiko dlm 49% untuk gemuk berbanding wanita yang makan beras atau roti putih
4. Ikan
- Kenapa diperlukan: Untuk kesihatan sendi
- Ikan merupakan mknn yg sgt kaya dengan Omega-3, asid lemak perlu untuk badan kita yang sangat berguna untuk kesihatan sendi.
- Asid lemak ini mampu menukar enzim yang merosakkan rawan menyebabkan kesakitan dibahagian sendi
- amalkan memakan ikan spt mackarel, salmon, tuna dan sardin sekurang2nya 2 kali seminggu untuk mendapatkan Omge-3 yg lebih kerana ikan2 yg berminyak/berlemak lagi bnyk kandungan omega-3 nya
5. Telur
- kenapa diperlukan : untuk jantung yang lebih sihat
- Ramai yang mengatakan telur tidak bagus untuk jantung, tetapi kajian dari Harvard School of Public Health in US, telah menemui tiada kaitan yang significant antara telur dan penyakit jantung
- Satu Kajian juga yang disiarkan dalam Biological and Pharmaceutical Bulletin teleh menjumpai bahawa protein di dalam kuning telur dapat memperlahankan proses pembekuan darah di saluran jantung yang dpt mengurangkan risiko serangan jantung
- telur juga mengandungi kandungan lutein yg dapat memelihara penglihatan yg baik
- sebaiknya amalkan memakan telur ayam kampung kerana ianya fresh dan organik dan kandungan zat yg tggi.
note : Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, karena masih mengandung ketiga bagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain karena ada beberapa bagian yang hilang pada saat penggilingan, yaitu bekatul dan dedaknya.
----------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Assalamualaikum..
Tempoh berpantang sememangnya menguji kesabaran. Biasanya ibu selepas bersalin akan berasa tidak selesa dan pedih di kawasan yang dijahit. Sudah tentu situasi ini menyukarkan untuk bergerak dan duduk ketika menyusukan bayi.
Petua berikut boleh mengurangkan kesakitan. Rebus beberapa biji buah manjakani kering, asam keeping dan sesudu garam kasar selama beberapa minit.
Disiplinkan diri untuk mencuci bahagian intim di waktu pagi dan petang. In shaa ALLAH luka tersebut akan cepat kering. Air rebusan juga sesuai digunakan ketika anda datang haid atau untuk mengatasi masalah keputihan.
Setiap ibu bapa pasti menginginkan bayi yang dikandung lahir sihat, sempurna dan comel. Semua bayi sememangnya dilahirkan comel.
Kata orang tua-tua, ketika mengandung, ibu elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Tetapi rahsianya, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.In sha ALLAH, muka bayi akan berseri-seri bila dipandang.
Credit: Pa & Ma
Assalamualaikum..
Adakah anda seorang yang rabun? Atau mata anda selalu keletihan kerana terlalu banyak menghadap skrin komputer? Sayangilah mata anda, kerana mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Selalulah terapi mata anda supaya kekal sihat. Nak tahu macam mana nak lakukan terapi mata..
LANGKAH 1:
Selalu berasa gembira dan berfikiran positif. Sekarang, buang semua pemikiran negatif daripada otak kita. Sepanjang waktu senaman mata, lakukan apa sahaja yang membuatkan diri kita berasa tenang. Isi otak kita dengan fikiran-fikiran yang positif.
LANGKAH 2:
Sekarang, duduk tegak, senyum dan isikan fikiran kita dengan fikiran yang menyenangkan. Bernafas secara perlahan dan mendalam. Rehat dengan secukupnya sebelum melakukan senaman ini. Ia penting untuk kejayaan kita sepanjang latihan.
LANGKAH 3:
Ambil kerusi dan duduk menghadap benda-benda hijau seperti di taman2. Rehat dan jangan berikan tegangan pada otot mata kita. Bernafas secara perlahan-lahan dan duduk secara tegak di kerusi. Biarkan mata kita dalam keadaan santai sambil melihat benda hijau. Lakukan sekerap yang mungkin. Ini mampu mengurangkan masalah rabun.
LANGKAH 4:
Cium cermin mata anda dan ucapkan selamat tinggal. Hanya pakai cermin mata di waktu yang memerlukan sahaja seperti membaca.
LANGKAH 5:
Baik pulih kesempurnaan mata seiring dengan kesihatan kita. Sekiranya anda merokok atau meminum minuman keras,hentikan segera.
Hentikan juga memakan makanan yang mengandungi bahan kimia seperti MSG dan aspartame kerana ia mampu mengubah fisiologi tubuh kita dan mampu merosakkan penglihatan.
Mula amalkan minum jus lobak merah setiap hari supaya kita memperoleh vitamin yang menyihatkan.
Boleh juga amalkan minum 2 sudu madu dan jintan hitam sebanyak dua kali sehari untuk menguatkan stamina dan kesihatan.
LANGKAH 6:
Titiskan madu pada kedua-dua belah mata sebelum dan selepas tidur. Cara ini mampu melincirkan mata secara semulajadi kerana madu adalah sumber vitamin yang menghalang kemasukan virus.
LANGKAH 7:
Kejapkan mata anda.Setiap kali mata kita berasa penat, kejapkan mata beberapa kali.Apabila mata kita berasa kering, kejapkan mata kerana ia mampu merehatkan otot mata.
Selamat melakukan terapi untuk mata anda!
sumber dari blog
APA FUNGSI LECITHIN?
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.
APA KANDUNGAN LECITHIN?
Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
APA FUNGSI KOLINA?
Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.
APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN?
- Ia boleh melindungi hati kita ~ Bagaimana? Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
- Memecahkan lemak dan kolestrol ~ Caranya? Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.
- Melangsingkan ~ Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
- Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
- Memperbaiki alergi ~ Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.
- Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.
- Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
- Menghalang tekanan darah tinggi ~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
- Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki
- Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
- Pesakit diabetes dan buah pinggang.
- Penderita stroke.
- Mereka yang kolesterol tinggi.
- Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout
- Mereka yang sukar tidur
KESAN KEKURANGAN LECITHIN
- keguguran rambut
- Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak @ anda yang sedang belajar
- Sering sakit dan mengalami keradangan.
Untuk kesihatan :
3 kapsul 2 x sehari ( sebelum @ selepas makan )
Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak :
3 kapsul 2 x sehari ( sebelum @ selepas makan )
Assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita tentang kisah raya tahun ni.Raya setiap tahun macam biasa. Tak balik kemana pun..dah dok Alor Setar..husband pun orang Alor Setar jgak..so x payah nak berebut bagai nak raya mana.
Pepagi cam biasa akn tolong my mom masak dulu..dah abes masak baru bersiap2 pakai baju raya. Macam biasa mesti la bermaafan n bergambar tapi nak bergambar pun ssah dengan bebudak kembar ni..x mau dok diam..lat jadi jga..
Hari ni saya nak cerita tentang kisah raya tahun ni.Raya setiap tahun macam biasa. Tak balik kemana pun..dah dok Alor Setar..husband pun orang Alor Setar jgak..so x payah nak berebut bagai nak raya mana.
Pepagi cam biasa akn tolong my mom masak dulu..dah abes masak baru bersiap2 pakai baju raya. Macam biasa mesti la bermaafan n bergambar tapi nak bergambar pun ssah dengan bebudak kembar ni..x mau dok diam..lat jadi jga..
setelah berhempas pulas nak bergambar..
ank2 tema hijau..tpi husband ja lari tema..
kejap je la..pakai songkok..tapi kali ni bertahan 1 hari dgn baju melayu..
dengen Aisyah, kezen yg dok Alor Setar jgak
ni nak pi jalan beraya..baju moden plak..anak2 tetap boria..
wit my sis n anak sedara yang lain
haa.. yang ni anak2 saya dan anak sedara saya..yg ni je la..tak ramai pun..
malam menjelang tiba..yang ni yang best..perang mercun
untuk bebudak kecik main pop pop jaaa
Btw..Di
sini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada pmbaca blog
Ira Mummy Si Kembar, semua
rakan2 blogger dan sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Walaupun kita
semua tak pernah berjumpa dan bertemu di dunia
blogger sahaja, tetapi saya berharap semoga persahabatan kita berkekalan
sampai bila2. Dan buat pembaca blog saya sudi2kan terus ikuti blog saya
k..
Wassalam..
Salam Aidilfitri dari saya Ira Mummy Si Kembar..
Assalamualaikum..
SELAMAT hARI RAYA..Ok..hari raya 1 mesti la buat makan..awai pagi dah bangun tolong my mom masak. Bz sikit la dari pagi dan x sempat nak jalan ke mana pun..Menu untuk hari raya..sudah semestinya Nasi Beriani Ayam. Tak buat banyak menu sangat, 4 jenis menu ja. Khas untuk tetamu, sedara n kawan2 yang datang beraya..
Nasi Beriani Ayam
Lebih kurang cam Ayam Masak merah tapi kami panggei Ayam Golek. Masak sekoq2
ayam kampung
Gulai Daging pangkal lidah lembu
Yang ni yang sedap..ayaq asam makan dengan nasi
Thanks kwn2 yang sudi mai beraya
Ok..smpi sini..Wassalam..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan datang. Dan sering kali, Ramadan adalah waktu untuk berjimat kerana di kala siang hari tidak perlu mengeluarkan belanja makan dan minum. Terutamanya pada hari biasa, kita sering makan di luar ketika kerja dan bukan membawa bekal dari rumah, kos belanja makan boleh bertambah mendadak.
Katakan belanja makan minum sehari ketika kerja ialah RM10. Sebulan bekerja, jumlahnya mencecah RM200. Jumlah penjimatan ini pula boleh menjadi bayaran ke atas baki kad kredit, memberi sedekah sempena bulan mulia, simpanan untuk kecemasan dan lain-lain.
Sememangnya agak jelas kita boleh berjimat ketika Ramadan, tetapi, ada kalanya juga kita tertewas dengan perangkap kewangan yang membuatkan kita berbelanja lebih pula ketika Ramadan sekiranya...
Berbelanja berlebihan ketika buka puasa
Pastinya antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ketika Ramadan adalah berkunjung ke pasar Ramadan setiap petang selepas pulang dari kerja.
Inilah waktu paling mengujakan apabila melihat pelbagai hidangan, kuih-muih dan lauk-pauk. Boleh dikatakan pada ketika ini semua jenis lauk pauk yang kita tidak pernah lihat ada dijual - daripada masakan utara, selatan, timur dan barat, sebut saja semua ada.
Dengan perut yang kosong, waktu ini jugalah terasa hendak membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Seumpama semuanya terasa teringin. Belum masuk air minuman yang pelbagai warna dan rasa lagi.
Sekiranya di luar bulan puasa, waktu makan malam kita belanjakan RM10, jangan pula pada Ramadan ini kita menghabiskan RM20 untuk membeli juadah berbuka. Membazir namanya tu. Di mana kita boleh berjimat RM10 setiap hari sebab menahan makan dan minum, bila waktu berbuka, melepas pula peluang berjimat di situ.
Berbelanja lebihan ketika membeli-belah
Musim perayaan, pastinya tidak lari dengan pelbagai tawaran jualan istimewa dan diskaun di pusat beli-belah. Waktu ini juga emosi membeli meningkat ditambahkan pula lagu raya yang berdendang di pasar raya menambahkan lagi mood untuk membeli pelbagai barangan.
Adakalanya barang yang tidak diperlukan juga terbeli. Mungkin kerana tertarik dengan harga istimewa yang ditawarkan ataupun kerana kerana melihat orang ramai beratur membeli benda itu, kita pun fikir bahawa kita juga memerlukannya. Awas! Emosi membeli adalah agak tinggi ketika musim perayaan. Sekiranya tidak dikawal, belum sampai hari raya, bajet persediaan raya pun habis.
Berbelanja lebihan ketika penyediaan raya
Menjelang Syawal, pastinya pelbagai belanja perlu dikeluarkan. Belanja untuk mencantikkan rumah menyambut tetamu, belanja pakaian baru keluarga beberapa pasang seorang, tak lupa juga belanja untuk balik ke kampung dan banyak lagi.
Mungkin terdapat beberapa perbelanjaan yang sememangnya tidak dapat dielakkan dalam penyediaan menyambut Syawal. Namun perlu ingat bahawa supaya tidak berlebihan sehingga membazir dan hanya menyusahkan diri sendiri saja terutama untuk menghadapi bulan yang akan datang.
Tidak guna berhutang kad kredit untuk penyediaan hari raya. Jawabnya akan berbulan-bulan pula akan cuba membayar hutang. Semuanya gara-gara hendak memuaskan hati sendiri dan mungkin juga orang lain ketika raya.
Musim perayaan pelbagai pula perbelanjaan. Harapan hendak berjimat cermat ketika Ramadan, sekiranya tersilap langkah, lebih banyak pula perbelanjaan dan hutang sepanjang bulan puasa. Beringat-ingat setiap kali membelanjakan wang ketika puasa. Beringat-ingat juga supaya tidak membazirkan wang. Semoga segala amalan kita lebih diberkati di bulan mulia ini. Selamat berpuasa dari saya!
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di fb.irfankhairi.com. Tanyakan soalan anda di sana!
Soalan pembaca:
Salam Irfan Khairi, bagaimana hendak memastikan pelaburan yang kita jalankan adalah menurut syariah dan sentiasa diberkati? Ini kerana ada pelbagai peluang pelaburan di luar sana yang mempunyai elemen riba. Betulkah pelaburan yang mengikut syariah untungnya sedikit? Terima kasih.
Wan Ghazi, Serdang
Sememangnya benar terdapat pelbagai peluang pelaburan yang disediakan oleh institusi kewangan. Namun, boleh dikatakan banyak yang disediakan tidak mematuhi syariah. Dalam waktu yang sama juga, hari ini, terdapat pelbagai pilihan pelaburan yang mematuhi syariah.
Kebanyakan institusi kewangan hari ini mempunyai pelbagai pilihan pelaburan patuh syariah. Tugas anda adalah untuk melawat institusi kewangan ini dan dapatkan maklumat melalui risalah mereka berikan. Penyelidikan secara atas talian juga boleh dilakukan untuk mencari jenis pelaburan patuh syariah oleh institusi kewangan kini.
Desas-desus mengenai pelaburan mengikut syariah untungnya sedikit, saya tidak setuju. Sebagai pelaburan, pastinya ada turun naiknya. Ada juga kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, isu untung sedikit tidak harus dipersoalkan oleh kerana untung yang disebutkan adalah dari segi wang. Tiada gunanya sekiranya untung banyak pun tetapi wang tidak diberkati bukan?
Apa kata sempena bulan mulia ini, sekiranya belum, fikirkan dan ambil langkah untuk meneliti semula simpanan, pelaburan, pinjaman yang dilakukan supaya lebih diberkati dan patuh syariah.
Oleh Irfan Khairi
-------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Assalamualaikum..
Cepat masa berlalu. Tup2 besok dah nak raya. Macam tahun2 segala persiapan dah pun siap. Utuk family pun lebih kepada anak2..baju kasut smua dah ready..
Selalunya yang paling kelam kabut persiapan menu untk raya. Kuih tu ada la sejenis 2..lebih kepada sediakan ketupat, nasi impit, serunding, gulai daging dan sebagainya. Buat pun ala kadar ja..Semua buat sendiri. My mom kata x best klau org yang buat cuma kuih ja yang beli..
Cepat masa berlalu. Tup2 besok dah nak raya. Macam tahun2 segala persiapan dah pun siap. Utuk family pun lebih kepada anak2..baju kasut smua dah ready..
Selalunya yang paling kelam kabut persiapan menu untk raya. Kuih tu ada la sejenis 2..lebih kepada sediakan ketupat, nasi impit, serunding, gulai daging dan sebagainya. Buat pun ala kadar ja..Semua buat sendiri. My mom kata x best klau org yang buat cuma kuih ja yang beli..
untuk tetamu yang mai beraya
karas
segala jenis kue yang ada
home made ketupat pulut
nak buat ketupat pulut
ketupat n nasi impit rebus ja semua..
Semua dah ready, just tunggu besok ja la nak makan semua ni. Tak sabar pulak nak Raya..semoga korang semua pun dah ready dengan semua persiapan raya k..Jumpa lagi..
SELAMAT HARI RAYA dan Wassalam..
- Mummy Ira -