Assalamualaikum..
Ada
perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan anak lelaki dan anak
perempuan. Bukan tidak bersyukur tapi ada orang bersetuju membesarkan anak
lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi memerlukan kesabaran
yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak.
Cuba
kita semak betul atau tidak fakta menarik ini apabila membesarkan anak lelaki.
Kejutan kotoran yang boleh dijangka.
Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda.
Lambat berlatih ke tandas.
Jika anda sedang anak untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi ini.
Kerap membasuh pakaian.
Apabila ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali dalam sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka.
Kos penjagaan rambut mereka lebih murah.
Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan penjagaan rambut anak lelaki berbanding perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak sampai RM10.
Pilihan fesyen yang mudah.
Fesyen anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi, kurang sedikit masalah rambang mata ibu apabila membeli belah untuk mereka. Boleh jimat masa dan tenaga semasa membeli.
Kurang cerewet.
Kebanyakan anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama dalam bab memilih pakaian, alat permainan, makanan dan tempat bermain atau bersiar-siar. Dalam hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar. Mungkin memang sikap semula jadi seorang lelaki sejati!
Barang rosak.
Mereka bukan nakal tetapi suka mencuba perkara baru. Anda perlu berfikiran positif. Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah ‘rupa’ atau lebih malang rosak terus!
Ingatan berulang kali.
Kadang kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap perkara yang sama setiap hari. Tetapi itulah hakikatnya apabila anda mengajar anak lelaki terutama dalam bab menjaga kebersihan.
Mereka meniru karektor ibu.
Tentu anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu mereka akan sama seperti diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karektor diri kita melalui anak lelaki. Banyak persamaan karektor antara ibu dan anak lelaki.
Jika
anda mempunyai ramai anak lelaki, ada orang yang akan menyatakan kasihan kepada
anda. Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, semuanya mampu
menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan dididik dengan sempurna.
Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu membantu ibu membuat kerja
rumah lebih baik berbanding anak perempuan.
Tidak
dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi sangat menyeronokkan!
sumber pa & ma
Penyakit Kaki-Tangan-Mulut ( Hand Foot Mouth Disease ; HFMD )
2/06/2018 05:16:00 PTG
Assalamualaikum..
Serba sikit info tentang HFMD
HFMD adalah penyakit penularan enterovirus yang biasa menyerang kanak-kanak. Kebiasaannya penyakit ini tidak serius tetapi mengundang kebimbangan keluarga; dan yang paling utama boleh merebak dan menjangkiti anak-anak lainnya.
Tanda-tanda (gejala; symptoms) penyakit HFMD:
- Ruam pada tangan, kaki, mulut
- Ulser dalam mulut
- Demam
- Letih lesu
- Sakit kepala atau perut
- Kurang selera makan
- Cirit
- Dehydration (kekeringan)
Kebiasaanya, penyakit ini tidak serius, tanpa sebarang komplikasi yang membimbangkan dan sembuh sepenuhnya.
Dari segi rawatan, kebanyakkan pesakit dirawat sebagai pesakit luar tanpa perlu kepada kemasukkan ke dalam hospital. Rawatan lebih tertumpu kepada perawatan gejala penyakit seperti ubatan demam, ubatan topikal untuk ulser mulut, pemerhatian kepada gejala komplikasi yang lebih serius dan memastikan hidrasi dan nutrisi pesakit diteruskan. Juga, keluarga perlu lebih prihatin pada faktor kebersihan (hygiene) dan mengelakkan penularan penyakit tersebut.
Namun begitu, ada ketikanya yang pesakit-pesakit ini perlu dimasukkan ke dalam wad (hospitalisation) untuk pemerhatian dan rawatan lanjut, antaranya ketika:
- Tidak boleh makan / minum / dehidrasi
- Gejala (symptoms) penyakit yang serius / keadaan pesakit yang terlalu lemah (membimbangkan)
- Demam berterusan
- Mengesyaki penyakit lain yang lebih serius (mimik HFMD)
- Mengesyaki komplikasi saraf (meningitis / encephalitis), jantung (carditis), peparu (pneumonitis / pneumonia)
- Faktor keluarga – seperti tidak berupaya untuk pantau / teruskan rawatan di rumah, kekurangan bantuan keluarga.
- Bawa anak berjumpa doktor jika syaki anak menghidapi HFMD, dan ikut nasihat doktor tentang rancangan perawatan pesakit
- Pemberian ubat demam dan ubatan lain mengikut nasihat doktor
- Pastikan anak minum air dengan cukup dan juga makanan / nutrisi lain. Galakkan anak untuk minum dan makan walaupun akan ada sedikit kesukaran seperti ulser mulut. Cuba beri diet lembut seperti bubur, pudding, aiskrim dan galakkan minum air sedikit-sedikit tetapi kerap kali.
- Sentiasa pantau keadaan anak :-
- Fokus kepada demam (terlalu panas? Demam berterusan? Tidak respon dengan ubatan?),
- Hidrasi (tidak cukup makan / minum? Kencing kurang? Lemah? Cengkung mata? Ulser mulut menganggu diet?),
- Keadaan am anak (terlalu lemah? Tidak bermaya? Penyakit semakin serius? Muntah / cirit berterusan?),
- Gejala saraf (terlalu tidak bermaya? Tahap kesedaran kurang? Perangai berubah luar kebiasaan? Meragam tanpa henti? Sawan? Pergerakkan tidak normal pada otot / anggota badan?)
- Gejala pernafasan (kesukaran bernafas? Nafas laju? Batuk berterusan? Batuk berdarah?),
- Gejala jantung (debaran jantung kencang? Berpeluh dengan kuat? Sukar bernafas? Kepucatan? Nadi lemah?), penyakit / gejala (symptoms) berlarutan atau apa jua gejala yang membimbangkan keluarga
- Sebaiknya tidak hantar kepada pengasuh / nursery / tadika / sekolah
- Kerap cuci tangan degan sempurna setiap kali selepas bersentuhan dengan pesakit / cairan dari pesakit (termasuk najis, kencing, kahak dan sebagainya)
- Isolasi / pengasingan sewajarnya
- Tidak berkongsi alatan seperti cawan, sudu, garpu, picagari ubatan dan sebagainya)
- Membasuh alatan, cadar (dan alatan lain yang bersentuhan / digunakan pesakit) dengan sempurna
- Sentiasa bersedia untuk bawa pesakit ke hospital / pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.
http://www.doktorbudak.com/
Kisah Ustazah Hafizah Yang 'Ditegur' Allah Saat Menghadapi Kesusahan Dalam Mengajar Anak nya Mengaji.
2/03/2018 11:00:00 PTG
Assalamualaikum..
-----------------------------
Teguran dari Allah.
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.
Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.
Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.
Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.
Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"
Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"
Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.
Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.
Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?
Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.
Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.
Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.
Surah Ar Rahman
Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah
Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.
Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.
Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.
Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.
Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.
Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan Allah
Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.
Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.
Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya sekarang dia menjadi hafiz
Belajar sesuatu tak?
Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.
Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.
insyaAllah.
kredit fb Puan Farhan
Assalamualaikum..
Sedikit info tentang eczema dari Dr Khairul Faizie..
------------------------------------
Soalan tentang ECZEMA memang
paling kerap aku terima. Evergreen punya soalan. Sentiasa ada yang menyoal. So
malam ni kita study sikit je asas tentang eczema yang anda semua patut tahu (
yang Insya Allah akan membantu proses rawatan)
Di mana selalunya kawasan kulit terlibat dalam
Atopic Dermatitis ( eczema)
Ianya bawa maksud ruam kulit yg GATAL. ( ITCHY skin rash).
Jadi kalau ada ruam yg TAK GATAL, 99.99% ianya bukan eczema.
Eczema sebenarnya ada banyak kategori, contohnya contact dermatitis, nummular eczema, seborrhoeic dermatitis, dan atopic dermatitis ( AD).
Eczema yg paling kerap orang tanya ( dan ramai hidapi) ialah ATOPIC DERMATITIS ( AD).
Taburan AD ikut umur.
Ada kategori taburan AD utk:
- baby
- kanak kanak
- dewasa
Ada kategori taburan AD utk:
- baby
- kanak kanak
- dewasa
Antara ciri simptom paling penting Atopic Dermatitis ( AD) ni ialah:
1) Ruam GATAL pada pelipat kulit. Contohnya belakang lutut, celah lipatan siku, sekeliling leher, celah kelengkang, lipatan breast..
2) Ada sejarah penyakit atopy yang lain seperti asthma & allergic rhinitis ( resdung). Utk kes kanak kanak bawah 5 tahun, tengok sejarah keluarrga terdekatnya ( parents, adik beradik)
*** Boleh baca tulisan ringkas aku tentang ATOPY :
https://www.facebook.com/khairulfaizie.mohammadkamar/posts/1261730027227245
3) Kebanyakkan masa kulit yg terlibat itu kering ( dry skin)
4) Onset nya ( mula kena ) pada usia yg awal, bawah 2 tahun selalunya. Dan ia boleh progress ( secara kronik on & off) hingga dewasa.
Kena faham, AD ialah satu penyakit yang kronik.
Ada masa ia OK ( terkawal), ada masa ia menyerang ( relapse)
Kena faham asas rawatan ( Rawatan secara terperinci, itu kerja doktor). Bila faham asas rawatan, anda tak akan over treat / under treat. Bila faham asas rawatan, anda boleh kawal AD, Insya Allah.
Prinsip asas rawatan Atopic Dermatitis ( eczema )
=======================================
1) Elak kan bahan / makanan yg menyebabkan tindak balas alahan ( avoid allergen). Ini mudah cakap, tapi payah nak buat. Selalunya tak tahu apa yg alah/ sensitif. Dah buat extensive skin test pun tak jumpa allergen nya apa.
2) Kulit mesti cukup air ( well hydrated )
Di sini lah penting nya MANDI & penggunaan emollients ( moisturizing agent)
Kena faham penting nya guna sapuan / krim pelembab sebab kulit eczema selalunya dry. Sapu setiap hari krim pelembab.
Bila mandi, mandi lama sikit supaya kulit lembab lepas di lap. Dan kena tahu cara yg betul nak apply krim pelembab. Ideally di sapu sejurus lepas mandi supaya tinggi kadar serapan nya.
3) Guna krim / sapuan steroid.
Kena faham tak boleh berterusan guna krim steroid. Selalunya dalam acute attack AD, sapu krim yg ada steroid tak lebih seminggu. Mula gunakan krim steroid yg paling lemah dulu ( less potent)
4) Ubat anti histamin
Antihsitamin ialah utk kurangkan gatal. Contohnya Cetrizin / Zyrtec / Loratadine.
5) Penggunaan antibiotik.
Antibiotik perlu di sapu / atau makan, kalau AD di jangkiti bakteria. Antara ciri ciri AD di jangkiti ialah bila kulit mula merah teruk,berair, bernanah.
6) Steroid pil.
Utk kes kes AD yang kronik atau relapse yg teruk, kita akan gunakan pil steroid utk merencatkan aktiviti relapse of AD tu dengan kadar segera.
Pastikan anda betul betul faham prinsip no. 1 - no.4, maka Insya Allah boleh elakkan guna no. 5 dan/atau no. 6.
Untuk memahami dengan lanjut tentang jenis jenis krim....krim pelembab... dan krim steroid mana yg kuat ( potent), yg mana yg lemah ( less potent), aku ada tulis satu post tentangnya pada tahun lepas. Boleh baca kat sini:
https://www.facebook.com/khairulfaizie.mohammadkamar/posts/1443770729023173
-------------------
nak baca info tentang kesihatan boleh follow fb dr Khairul Faizie Mohammad Kamar. selalunya dr akan terangkan cara mudah untuk kita faham sesatu masalah tentang kesihatan.
kredit fb dr Khairul Faizie Mohammad Kamar.