1. Solat Tahajud di waktu ¾
malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1
rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud
merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah
yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi
{100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir
sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber
makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai
sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk
mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin-
Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik
matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu
menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha,
boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak
tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga
memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah
surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan
mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat
syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah
Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar,
zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x
istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’
– Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca
surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu
mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya.
Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan
membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat
sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan
dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah
Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam,
kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah
Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan
tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul
Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung
diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat
Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak
tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi
setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan
renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran
(Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi
kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati.
Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan
dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah
surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak
yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua
Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah
sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan,
duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan
berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin &
Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk
puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada
dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang
mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan
tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan
cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu
melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan
mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan
melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Kredit : Ustazah Fatimah
Amalkan sedikit demi sedikit yg
mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin
”Ya Allah, pertautkanlah
diantara hati kami, perbaikilah hubungan diantara kami, tunjukkan kami jalan
kedamaian, selamatkan kami dari kegelapan menuju kepada terang, jauhkan kami
dari semua keburukan, yang nyata mahupun yang tidak nyata. Berkatilah kami
dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, isteri dan keturunan kami.
Terimalah taubat kami, engkau yang Maha penerima taubat dan Maha Penyayang.
Jadikan kami orang-orang yang bersyukur pada nikmat-Mu, pemuji nikmat-Mu,
penerima nikmat-Mu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu kepada kami.”
(HR Al Hakim 1/265, Ibnu Hibban
No 1001, dan Abu Dawud No 825)
“Ada tujuh golongan manusia yang
akan mendapat naungan Allah سبحانهوتعالى pada hari yang tidak
ada naungan kecuali naungan-Nya:
(1) Pemimpin yang adil,
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانهوتعالى, (
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانهوتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia
menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’,
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya
tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta
(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air
matanya basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com