Assalamualaikum..
Sifir
ringkas utk lelaki yang dah berbini.
Langkah
1- Bila kau nampak satu perempuan cantik gila..dah lah cantik..seksi....bau dia
wangi pulak tu....dan kau rasa suka dan
berkenan...kau tgk betul2 kat pompuan tu..apa yg kau suka...
Langkah
2- bila kau balik rumah kau pandang bini kau...apa beza dia dengan pompuan yang
kau suka tadi...
Langkah
3-
3.1-Kalau
bini kau rambut dia kusut masai berbanding pompuan tadi...kau bawak dia p
saloon buat rambut...
3.2-Kalau
bini kau muka dia tak putih macam pompuan tadi..kau bawak dia p spa..atau kau
belikan produk2 yang boleh putih kan kulit dia...kan dah byk produk kat
pasaran..google aja..
3.3-Kalau
bini kau pakai baju selekeh..pergi bawak p shooping complex..belikan baju yang
cantik dan daring...kalau malu nak bawak bini p shooping..beli online..dia pos
sampai rumah...
3.4-Kalau
bini kau tak pandai cakap atau bini kau berkomunikasi cara kampung..ajar
dia..atau bawak dia p kelas komunikasi...atau kau search kat youtube kaedah2
komunikasi moden..suh dia tgk..cakap kat bini kau...lepas bini kau layan drama
TV3 atau cerita korea...suh dia layan video tu pulak...
3.5-Kalau
bini kau tak pandai masak...kau carikan resepi2 kat fesbuk..pastu tagged bini
kau..kalau kau tak nak malukan bini kau dengan cara tu..kau screen shot pastu
sent wassap kat bini kau...bila kau dah bg resepi..kau jgn kedekut nak beli
barang dapor pulak..makan nak sedap..barang dapor kedekut...bangang namanya!
3.6-Kalau
kau cium bini kau busuk..kau belikan lah perfume..perfume rm10 ada..perfume
mahal pun ada..kau pilih ja bau apa kau nak...
3.7-Kalau
kau tengok gigi bini kau kuning..bawak p dentist..putihkan...
3.8-Kalau
kau tgk bini kau gemok...bawak la p gym..x pon subscribekan kelas zumba..paling
koman..belikan produk kurus....jgn kau tak bagi dia makan sbb nk bg dia kurus
pulak..satg mati kebulur bini kau tu nanti..
3.9-Kalau
bini kau tak seksi..kau belikanlah baju baju yg seksi macam kau selalu tgk kt FB
atau TV atau pornhub..then suh dia pakai..
Penutup-Kalau
kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik...buatlah 3 4 kerja cari
duit..bila bab duit nak cantikkan bini kau...duit asyik tak ada..tapi bila bab
duit nak ajak awek cantik pergi karoke dan tengok wayang ada pulak??
Kesimpulan-Bijak
kan aku???
kredit fb Wanlove Fasha
Assalamualaikum..
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia. Bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
Seorang General manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
#cnp
#creditpenulisasal
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai orang lebih suka masalah mereka (khususnya yang melibatkan dengan orang lain) disebarluaskan pada semua orang kononnya atas alasan "public awareness".
Padahal sebahagian dari mereka jauh di sudut hati tidak lebih dari nakkan perhatian, traffic views, nak orang puji, nak ramai followers, dan sebagainya.
Isu viral yang selalu berlaku sering kali melibatkan sama ada,
1. Isu perubatan (doctor-patient)
2. Isu keagamaan (ustaz - orang awam)
3. Isu kekeluargaan dan rumahtangga
4. Isu bisnes,
5. Isu kemalangan atau nahas khususnya melibatkan orang kenamaan,
Dan beberapa lagi. U named it.
Dan sebahagian masyarakat pula GHAIRAH untuk share hanya sekadar baca apa yang terkeluar di status. TAK TERFIKIR pula untuk bertanyakan pada pihak yang dituduh atau pihak kedua.
Manakala sebahagian blog picisan sampah pula seronok jadikan berita tu semakin sensasi dengan menjadikan ia sebagai sebuah berita. Walaupun mereka sendiri tiada ASAS ETIKA KEWARTAWANAN!
Mereka buat semua atas tujuan nak naikkan traffic di blog masing-masing. Supaya bila orang datang blog mereka, bukan sekadar menaikkan SEO mereka di google, bahkan mungkin orang akan beli produk-produk di papan iklan mereka (yang sebahagiannya 'memaksa' beli kalau tak, kena tunggu 1 minit - urgh).
Urgh..
Solusi?
Patutlah Allah dah bagi warning pasal perkara ni dalam surah al Hujurat,
"Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kamu dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (TELITILAH dulu) kebenarannya,
agar JANGAN sampai kamu MENIMPAKAN suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar KEBODOHAN kamu, kemudian akhirnya kamu menjadi menyesal atas perlakuan kamu.
[Sura al-Hujurât 49:6].
Dalam ayat yang pendek ini dah sediakan solusi dan KESAN jika TAK IKUT solusi ni.
1. Bila datang satu BERITA walau sepenting mana pun, TABAYYUN atau selidik dulu!
Macam mana selidik?
Tanya dua belah pihak, elakkan bias, baca keterangan, dan sebagainya. Habis tu kalau tak dapat selidik kebenaran berita tu atau tak mampu nak tabayyun?
JANGAN viral, share atau forward berita tu. Diam-diam sudah. Sebab apa?
"Dan JANGANLAH kamu mengikuti apa yang kamu TIDAK mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban."
(Surah al-Isra', ayat 36)
Kemudian Rasulullah pula dah pesan dan bagi warning,
"Cukuplah seseorang dikatakan BERDUSTA jika dia menceritakan semua yang didengarinya."
(Riwayat Muslim)
2. Apa kesan kalau korang viralkan, share atau forward berita yang korang TAK SEMPAT nak tabayyun tu?
Korang BAKAL MENYUSAHKAN orang lain atas kejahilan korang sendiri! Hidup janganlah menyusahkan orang lain. Aduh..
Dah la menyusahkan orang lain, lepas tu TAK NAK MENGAKU salah. Bagi alasan,
"Aku sebarkan je. Aku tak cakap pun apa2."
"Aku cuma nak tolong viralkan je. Aku bukan memihak pada sesiapa".
"Alaa aku mana sempat nak selidik. Aku tolong member aku viralkan hak dia je. Aku tolong dia nak dapatkan keadilan".
Dan segala jenis alasan untuk MEMBENARKAN kesalahan masing2! Argg. Huhu.
Gunakanlah saluran yang ada. Kalau nak buat aduan pun, jumpa dengan pihak yang betul. Media sosial bukan tempatnya. Kalau viral dan tolong viralkan pun, apa kau dapat?
Puas? Tenang? Lega? Masalah selesai? Rasa dapat bantu orang? No dude! Kau cuma menambahkan masalah lagi je! Bahkan menyusahkan orang lain!
Tabayyun la wahai orang beriman, kalau betul kita mengaku beriman pada Allah dan hari Akhirat!
kredit fb Tarbiah Sentap
penulis Shukery Azizan
JIKA GERAM DENGAN PERANGAI ANAK ATAU ANAK DIDIK, KISAH INI BUAT KITA BERFIKIR SEMULA.
5/22/2016 05:23:00 PTG
Assalamualaikum..
Lihat dan hargai.
Kerana boleh jadi, nantinya merekalah anak yang paling banyak menolong kita, menjaga dan menyayangi kita.
Kerana setiap orang ada sekeping hati. Dengan hati yang baik, inshaAllah mereka pasti berjaya.
- Dr Siti Ujila Official-
Kadang-kadang bila tengok anak nakal, buat perangai, asyik nak cari gaduh adik beradik sampai kita pula yang menyinga..geram rasanya.
Orang kata 'banyak akal'. Kejap-kejap ada je idea nak buat hati mama ni macam nak mendidih rasanya. Hmm tak boleh ke baiiiik je perangai tu, sejuk sikit hati mama ni.
Kalau tuan-puan pernah rasa seperti yang saya rasa ini, saya nak kongsikan satu kisah. Kisah yang telah mengetuk pintu hati saya sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang pendidik.
Ceritanya bermula apabila semester ini saya mengajar pelajar-pelajar baru yang saya tak pernah ajar. Subjek matematik, first year.
Percaya tak kalau saya kata, sepanjang saya mengajar sejak 2012, tak pernah saya jumpa kumpulan pelajar seperti mereka. Satu yang lain tentang mereka ini ialah....ada satu group ini, dalam 6 orang...ya Allah, nakalnya!
Ada saja idea nak menyakat, dengan saya-saya sekali kena. Dalam kelas, suka hati dia menyakat orang lain. Bila kita cakap, dia selamba menjawab. Pensyarah lain kata ini masalah sikap.
Memang saya pun geram juga.
Tapi kan, masa saya buat operation baru-baru ini dan cakap kelas cuti seminggu, pelajar-pelajar yang 'banyak akal' inilah yang paling concern. Sibuk nak datang melawat di hospital.
Bila saya perlukan pertolongan, belum habis cakap mereka dah ready nak tolong. Gayanya tu macam, 'Dr cakap je nak minta tolong apa, kitaorg tolong'
Setiap kali selepas kelas, pelajar-pelajar lain sudah salam, cakap terima kasih, sampai semua sudah beredar..tapi mereka ini tetap akan tunggu saya di dewan kuliah dan tanya
'Dr, apa yang kitaorg boleh tolong? Nak bawa apa?' White board, tau-tau dah putih bersih.
Bila saya mengajar dalam keadaan demam, habis kelas tau-tau je mereka hulur sebungkus plastik. Saya tanya "apa ni?". Mereka jawab, ada panadol, roti dengan air 100 plus. Allahuakbar, bila masa mereka lari ke coop saya pun tak tahu.
Bila saya kata saya buat free tuition kepada anak-anak yatim, mereka juga antara orangnya yang akan pergi.
Bila dah nak exam, mereka pakat-pakat satu kumpulan datang ke office saya untuk belajar dan tanya soalan. Seriously terhibur hati saya tengok mereka berbincang, sebab berbincang sambil bergaduh sambil menyakat sambil beriya nak tolong kawan dia faham soalan itu hehe.
Gayanya tu macam, 'kita nakal sama-sama, so exam pun mesti sama-sama boleh buat'.
Sambil gelak, hati saya hiba. Muka saya senyum, tapi hati saya dah hujan lebat. Apa yang mereka buat ini, itulah yang saya tak buat dulu masa saya seorang pelajar.
Saya rajin, kuat belajar, tak suka buang masa, tak suka main-main....tapi, saya belajar seorang-seorang. Kawan saya apa cerita, saya tak fikirkan pun. Yang penting saya faham, yang penting homework saya siap. Yang saya tahu, cgpa saya mesti first class.
Selfishnya saya.
Allahuakbar, saya geram dengan mereka..tapi sebenarnya merekalah yang jauh lebih baik berbanding saya.
Mereka mengajar saya bahawa seorang yang kelihatan nakal, banyak akal, ada saja nak buat kita rasa geram...tak semestinya mereka benar-benar nakal.
Kadang, rupanya merekalah yang paling ada hati.
Terima kasih buat anak-anak didik saya yang setiap hari buat saya rasa beruntung dapat menjadi seorang pendidik.
Saya yakin anda semua akan berjaya, jauh lebih berjaya berbanding saya. Sebab anda ada sesuatu yang sangat powerful untuk hidup bahagia dan berjaya.
A good heart.
Tiada hari guru tanpa guru.
Namun kadang kita lupa, tiadalah seorang itu menjadi guru tanpa adanya anak didik.
Jika anak kita, atau anak didik kita nakal, banyak akal, suka buat perangai...lihat sisi baik mereka.
Lihat dan hargai.
Kerana boleh jadi, nantinya merekalah anak yang paling banyak menolong kita, menjaga dan menyayangi kita.
Kerana setiap orang ada sekeping hati. Dengan hati yang baik, inshaAllah mereka pasti berjaya.
Selamat hari guru buat semua pendidik, dan buat semua anak didik yang memberi warna dan erti akan adanya seorang yang bernama,
Guru.
FB: Dr Siti Ujila Official
17 Mei 2016