JIKA GERAM DENGAN PERANGAI ANAK ATAU ANAK DIDIK, KISAH INI BUAT KITA BERFIKIR SEMULA.
5/22/2016 05:23:00 PTG
Assalamualaikum..
Lihat dan hargai.
Kerana boleh jadi, nantinya merekalah anak yang paling banyak menolong kita, menjaga dan menyayangi kita.
Kerana setiap orang ada sekeping hati. Dengan hati yang baik, inshaAllah mereka pasti berjaya.
- Dr Siti Ujila Official-
Kadang-kadang bila tengok anak nakal, buat perangai, asyik nak cari gaduh adik beradik sampai kita pula yang menyinga..geram rasanya.
Orang kata 'banyak akal'. Kejap-kejap ada je idea nak buat hati mama ni macam nak mendidih rasanya. Hmm tak boleh ke baiiiik je perangai tu, sejuk sikit hati mama ni.
Kalau tuan-puan pernah rasa seperti yang saya rasa ini, saya nak kongsikan satu kisah. Kisah yang telah mengetuk pintu hati saya sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang pendidik.
Ceritanya bermula apabila semester ini saya mengajar pelajar-pelajar baru yang saya tak pernah ajar. Subjek matematik, first year.
Percaya tak kalau saya kata, sepanjang saya mengajar sejak 2012, tak pernah saya jumpa kumpulan pelajar seperti mereka. Satu yang lain tentang mereka ini ialah....ada satu group ini, dalam 6 orang...ya Allah, nakalnya!
Ada saja idea nak menyakat, dengan saya-saya sekali kena. Dalam kelas, suka hati dia menyakat orang lain. Bila kita cakap, dia selamba menjawab. Pensyarah lain kata ini masalah sikap.
Memang saya pun geram juga.
Tapi kan, masa saya buat operation baru-baru ini dan cakap kelas cuti seminggu, pelajar-pelajar yang 'banyak akal' inilah yang paling concern. Sibuk nak datang melawat di hospital.
Bila saya perlukan pertolongan, belum habis cakap mereka dah ready nak tolong. Gayanya tu macam, 'Dr cakap je nak minta tolong apa, kitaorg tolong'
Setiap kali selepas kelas, pelajar-pelajar lain sudah salam, cakap terima kasih, sampai semua sudah beredar..tapi mereka ini tetap akan tunggu saya di dewan kuliah dan tanya
'Dr, apa yang kitaorg boleh tolong? Nak bawa apa?' White board, tau-tau dah putih bersih.
Bila saya mengajar dalam keadaan demam, habis kelas tau-tau je mereka hulur sebungkus plastik. Saya tanya "apa ni?". Mereka jawab, ada panadol, roti dengan air 100 plus. Allahuakbar, bila masa mereka lari ke coop saya pun tak tahu.
Bila saya kata saya buat free tuition kepada anak-anak yatim, mereka juga antara orangnya yang akan pergi.
Bila dah nak exam, mereka pakat-pakat satu kumpulan datang ke office saya untuk belajar dan tanya soalan. Seriously terhibur hati saya tengok mereka berbincang, sebab berbincang sambil bergaduh sambil menyakat sambil beriya nak tolong kawan dia faham soalan itu hehe.
Gayanya tu macam, 'kita nakal sama-sama, so exam pun mesti sama-sama boleh buat'.
Sambil gelak, hati saya hiba. Muka saya senyum, tapi hati saya dah hujan lebat. Apa yang mereka buat ini, itulah yang saya tak buat dulu masa saya seorang pelajar.
Saya rajin, kuat belajar, tak suka buang masa, tak suka main-main....tapi, saya belajar seorang-seorang. Kawan saya apa cerita, saya tak fikirkan pun. Yang penting saya faham, yang penting homework saya siap. Yang saya tahu, cgpa saya mesti first class.
Selfishnya saya.
Allahuakbar, saya geram dengan mereka..tapi sebenarnya merekalah yang jauh lebih baik berbanding saya.
Mereka mengajar saya bahawa seorang yang kelihatan nakal, banyak akal, ada saja nak buat kita rasa geram...tak semestinya mereka benar-benar nakal.
Kadang, rupanya merekalah yang paling ada hati.
Terima kasih buat anak-anak didik saya yang setiap hari buat saya rasa beruntung dapat menjadi seorang pendidik.
Saya yakin anda semua akan berjaya, jauh lebih berjaya berbanding saya. Sebab anda ada sesuatu yang sangat powerful untuk hidup bahagia dan berjaya.
A good heart.
Tiada hari guru tanpa guru.
Namun kadang kita lupa, tiadalah seorang itu menjadi guru tanpa adanya anak didik.
Jika anak kita, atau anak didik kita nakal, banyak akal, suka buat perangai...lihat sisi baik mereka.
Lihat dan hargai.
Kerana boleh jadi, nantinya merekalah anak yang paling banyak menolong kita, menjaga dan menyayangi kita.
Kerana setiap orang ada sekeping hati. Dengan hati yang baik, inshaAllah mereka pasti berjaya.
Selamat hari guru buat semua pendidik, dan buat semua anak didik yang memberi warna dan erti akan adanya seorang yang bernama,
Guru.
FB: Dr Siti Ujila Official
17 Mei 2016
Assalamualaikum..
KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI
▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
▶Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.
▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
▶Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.
kredit kepada penulis asal
Assalamualaikum..
- DrMaza -
Orang TuaTak Sopan
Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua ‘berlagak pandai’ ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah.
Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis. Saya selalu bertanya: “apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.
Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita: "..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).
Kata Anas bin Malik : "…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
Didik
Kita diperintahkan menyuruh anak-anak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Sabda Nabi s.a.w: "Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Ertinya ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Ertinya, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga solat sebati dengannya dan dia mengasihi solat.
Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.
Jika bapanya bersolat di masjid dia bersama bapanya bersolat. Dia memerhati dan melihat pergerakan bapanya. Bagaimana rukuk, sujud dan segala pergerakan yang lain. Jika dia dihalau jauh ke belakang bersama anak-anak lain yang tidak tahu sepertinya, apakah yang dapat dia pelajari?!
Ada masjid menempatkan saf kanak-kanak bagaikan ‘makhluk jijik’ yang tidak boleh sentuh. Kemudian mereka mungkin bising sesama mereka, maka akan ada orang dewasa yang menengking dan menghalau mereka balik.
Tua Tak Beradab
Bahkan perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w “Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Perbuatan menyakitkan hati bapanya, merisaukannya dan menjadikan anak-anak yang sudah tahu bersolat itu merasa betapa mereka tidak diraikan dalam agama ini.
kredit DrMAZA.com