Saya ada jumpa video yang tajuknya Good Parenting: Father Makes His Son Destroy One Of His Xbox Consoles For Failing In School! Seorang ayah menyuruh anak lelakinya hancurkan game Xbox dengan menggunakan tukul. Maybe si anak ni kerap main game Xbox dan malas belajar. Akibatnya dapat gred yang teruk dalam pelajaran di sekolah. Dalam masa tu, sempat lagi si anak bagi alasan..bukan salah dia tapi salah cikgu. Teragak2 si anak nak hancurkan Xbox tu. Supaya dengan cara ni dapat bagi pengajaran untuk si anak supaya rajin baca buku jangan sibuk main game ja. Rasanya parent2 sanggup tak buat camni. Saya rasa mahai gak tu Xbox. Kalau tak mau jadi camni..mudahnya.. jangan beli lansung game2 ni..kan senang.. Jom tengok video kat bawah ni:
Tak pernah ikut K Pop Star ni..camna ntah tetiba boleh tengok mamat korea ni nyanyi..Jung Seung Hwan..kalau tak salah saya..dia 2 runner up untuk K Pop Star season 4.. sedap sora dia..nyanyi pulak lagu2 lama..tak paham pun tapi mendayu ja sora dia..
BEST K Pop Star 4 Jung Seung Hwan ~ Too Painful a Love is Not Love
Hari & petang ke 2..Alhamdulillah..hujan turun jugak..tak la panas sangat..hujan lebat jugak di Alor Setar. Bukan setakat hujan ja..ada sekali petir n guruh..memang takut nak keluar tapi dah ada urusan anak sekolah ni..kena keluar jugak la..Tawakal..
Sekarang tengah kecoh Viral Aisyah mempersendakan hukum hudud..so Saya share dari The Vocket Video PU Rahmat Menjawab Balas Aisyah Tajuddin Berkenaan Hukum Hudud.
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat antara bekas peserta termuda yang menyertai rancangan realiti di Astro Oasis, Program Mimbar Pencetus Ummah (PU) telah menjawab balas penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin yang telah mempersendakan hukum hudud dalam video yang diterbitkan oleh stesen radio BFM.
PU Rahmat telah menjelaskan dan membetulkan kesilapan dan penghinaan yang ada di dalam kenyataan Aisyah melalui penerangan yang jelas dan penggunaan analogi yang mudah difahami dalam video berdurasi 5 minit 45 saat di laman Youtube semalam.
1) Tudung
Aisyah: “Eh sejak bila ini? Eh! Oh Kelantan.. Eh lupa pula mak…”
PU Rahmat: “Oh Kelantan! Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti apa? Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH, OK”
2) Mimpi
Aisyah: “Finally mimpi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma…”
PU Rahmat: “Aisyah, itu bukan mimpi. Itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.”
3) Kepala tajuk berita
Aisyah: “Banyak pindaan dia. Lepas itu boleh pula MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini orang tak beriman.”
PU Rahmat: “Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar…Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar…kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud… Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman.”
Bagi memberi lebih kefahaman, PU Rahmat telah menjelaskannya melalui sebuah analogi seperti ini:
“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’. Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’
“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelas PU Rahmat.
4) Mangsa banjir
Aisyah: “Apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan? 3 bulan dah. Mereka masih tiada rumah.”
PU Rahmat: “Aisyah, hudud is hudud, banjir is banjir. Hudud ada jawatankuasanya sendiri. Banjir ada jawatankuasanya sendiri. Bukan bererti apabila kita buat hudud, banjir diketepikan. Sebab apa hudud ini pun bukan berlaku selepas banjir. Dah mula sejak 22 tahun yang lepas pada tahun 1993.”
5) Kes jenayah
Aisyah: “Bukan itu ajer tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, 3gp bersepah.”
PU Rahmat: “Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik. Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH…hukuman ALLAH.”
6) Periuk nasi
Aisyah: “Bila dah sampai masanya tak tahulah kalau hudud itu boleh isi periuk nasi kita.”
PU Rahmat: “Aisyah, hudud ini bukan makanan, hudud ini satu hukuman bersifat pendidikan. Kalau Aisyah dah lapar, BR1M kan ada, PTPTN kan ada.”
7) Selera VS Iman
Aisyah: “Tepuk dada, tanya selera”
PU Rahmat: “Selain tepuk dada dan tanya selera, tepuk dada tanya iman. Buka al-Quran, buat kajian. Saya tidak ada masalah untuk kita saling kritik-mengkritik. Tapi cuba contohi mereka-mereka yang mengkritik pelaksana hudud supaya bertambah baik seperti Ustaz Fauwaz.”
Malam 21/3 lepas kat Bendang Kitchen ada ' Acoustic Night ' kiranya ada nyanyi2 live dari Residen De Vato. Tak selalu ada ..kadang2 ja ada ' Acoustic Night ' ni. So..kalau nak tau bila lagi ada ' Acoustic Night '.. selalu la follow FB Bendang Kitchen untuk info2 terbaru..
Selalunya..kita asyik dok tengok versi Air Force omputehnya..kalinya kita tengok kali ni Pesawat SUKHOI Su-30MKM dari TUDM plak..apa pun..Salute..terbaek..
Yang Ingin Merasakan Suasana Dalam Cockpit Pesawat SUKHOI Su-30MKM milik TUDM..
Video terbaru dari Mat Luthfi..Be Yourself In A Job Interview By Mat Luthfi.. YB Khairy Jamaluddin pun ada dalam ni..Apapun video2 Mat Luthfi dari dulu sampai sekarang memang terbaekk..
You and me, we made a vow
For better or for worse
I can't believe you let me down
But the proof's in the way it hurts
For months on end I've had my doubts
Denying every tear
I wish this would be over now
But I know that I still need you here [Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
You've been so unavailable
Now sadly I know why
Your heart is unobtainable
Even though Lord knows you kept mine [Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I have loved you for many years
Maybe I am just not enough
You've made me realize my deepest fear
By lying and tearing us up [Chorus 2x:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
And I know...
I know I'm not the only one
Tadi saya ada buka youtube..terjumpa clip video 'Sugar' dari band Maroon 5. Apa yang menarik tentang vlip video ni bila Maroon 5 berkerjasama dgn pengarah rancangan Wedding Crashers, David Dobkin untuk membuat kejutan dengan menyerang beberapa majlis perkahwinan yang mereka temui disekitar bandar Los Angeles.
Sesapa pun akan terkejut bila majlis perkahwinan di ambush oleh band terkenal seperti Maroon 5. Cer tengok clip video ni bagaimana reaksi pengantin dan tetamu yang suprise dengan kehadiran band Maroon 5..
tapi.. ada kata lakonan n ada kata betul..apapun pun clip video ni menarik..
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com