Assalamualaikum..
Saya
pun tak penah pi lagi..tapi dok tengok gerai makan ni dah jadi viral..sebabnya gerai nampak
biasa ja..bukan besaq mana pun..ibarat macam gerai2 biasa kt kg.. area
chanloon. Tapi yang menjadikannya femes pasai menu depa nampak menarik..ada yang kata Burger HIPSTER.. konsep
depa Grill/kukus/celup dan lagi ada pilihan sos yang best.. cheezy sos bbq sos,
blackpepper sos, mushroom Sos. Semua homemade..Homemade Patty & homemade Sos Celup. Harga pun berpatutan. Nak tau apa yang ada apa
yang sedap..buleh pi makan. Info lanjut buleh clik kat fb depa kat bawahh..
Potlepak
Alamat :Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka
06010 Changlun, Kedah
Masa Operasi :
4.00ptg - 11.00mlm (Sabtu Cuti)
No Tel :
011-14382308
Facebook :
https://www.facebook.com/Potlepak-1039099976121809/timeline
kredit pic fb potlepak
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
kredit fb JJCMK (ORI)
"Bismillah..
Pak Bakhari, penggoreng koteow kerang terbaik di Aloq Staq. Malam ni berpeluang jadi last customer beliau dan dok semeja dgn dia. Tahun ni dh 37 tahun dia meniaga, bermula di kawasan Simpang Kuala (btui2 area tapak Nasmir Simpang Kola tu) dan rahsia kehebatan masakan dia, dia masih menggunakan dapoq arang dan langsung tak guna ajinomoto dalam masakan dia.
Mula menggoreng seawai jam 5 ptg, setiap hari berbekalkan 70 kati koteow, 70 tray teloq ayam, 20kg kerang dan 20kg udang yg siap dikupas/kopek sendiri oleh beliau, pukul 8.15 mlm habih licin dah..
Jadi kalau sesapa di sekitar Aloq Staq kalau takmau telepaih peluang untuk merasai keenakan kotiow kerang special ni, kenala p awai skit kat gerai dia di Medan Selera Simpang Kuala (dpan Flat&sbelah market)...
Bagi saya, Pak Bakhari ni dah termasuk dlm golongan legend kot belah Kedah nih, a living LEGEND! Dia meniaga demi kepuasan diri, bkn demi mengaut untung sgt...
demikian laaaa sdikit sejarah ringkas Lagenda Koteow Kerang Pak Bakhari."
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
"Hanya Di Restoran AF Mee Kuah Tulang Kuala SUngai
Kami disini tidak menggunakan daging import nasi daging bakar harimau menangis kami 100% menggunakan daging tempatan segar dari ladang!
Sajian tengah hari dan petang yang paling mendapat permintaan tinggi.Bayangkan kami menggunakan hampir 40kg daging lembu segar(Harimau menangis)setiap hari.Seekor lembu hanya mempunyai lebih kurang 5-7kg sahaja bahagian harimau menangis.Antara bahagian yang paling sedap dan enak. "
Saya pun tak pernah pi lagi..dok balik kampung..lalu pi mai..pi mai ja..tak sempat nak singgah..tapi kalau lalu..mmg nampak orang ramai.
Saya ada dok dengaq jugak, baca komen2 dalam fb tentang restoran ni..depa kata sup kat sini mmg sedap..tambah yang sup gearbox tu..lagi satu nasi daging bakar harimau menangis. Yang sup gearbox tu, Saya tak pernah rasa lagi tapi kalau daging harimau menangis tu mmg sedap. tambah plak kalau bakaq.
Restoran ni di Pekan Kuala Sungai(jalan alor setar-kangar)..betui2 tapak pasar malam kuala sungai dan tepi market kuala sungai..mata tu kena jegei..kena cari bebetui restoran ni..sebabnya ada yang terlepas pandang..dok kata cari tak jumpa. Kalau mai dari arah Alor Setar..restoran ni blah kanan..kalau mai dari Kangar blah kiri.
Menu yang ada di Restoran ni :
Nasi daging bakar harimau menangis
Mee kuah tulang
Mee kuah gearbox (100% gearbox tempatan)
Sup tulang
Sup gearbox
Western
Charkoewtear
Koewteaw kerang
Nasi ayam
Laksa
Dan lain2 lagi
Kalau ada yang teringin nak makan gearbox lebih baik pone booking dulu sebab terhad setiap hari.
apa2 pertanyaan ka nak booking ka boleh pone 019-3426736
kedai buka setiap hari jam 12 tgh hari-12 malam(cuti hari jumaat)
kalau nak info lanjut boleh ke fb AF Mee Kuah Tulang
Nak tau sedap ka tau..pakat pi rasa na..kalau sempat Saya pi makan..nanti Saya buat review len.
credit gambar fb Restoran AF Mee Kuah Tulang
- Mummy Ira -