Assalamualaikum
Check out saja kami
dari The Cedar, kami terus menuju ke lokasi yang seterusnya iaitu, McDonald's
Meru Raya Ipoh yang menyediakan makan tengahhari buat kami, sebelum kami masuk
ke The Movie Animation Park Studios ( MAPS ), Ipoh, Perak. Disebabkan lokasinya
yang paling hampir dengan MAPS Ipoh,
maka kami memilih untuk singgah disini. Lokasi yang sangat sesuai jika anda
mahu menjamu selera sebelum masuk ke MAPS Ipoh. Kami ikut laluan highway yang
makan masa 1 jam dari Bidor ke Meru Raya.
Kalau kita makan
dimana-mana sekali pun, mesti kita akan tengok keselesaan tempat tu. Apa yang
bestnya di sini, ruang makan yang selesa dan bertingkat iaitu ada
diruang bawah dan juga di tingkat atas. Lengkap juga dengan kemudahan
pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang
permainan untuk kanak-kanak. McDonald’s Meru
Raya sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat
tidak kira muda atau tua.
Apa yang menariknya lagi disini adalah korang boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama keluarga mahupun kawan-kawan kerana mereka menyediakan ruangan khas untuk tujuan tersebu.
Grill Chicken Burger vs Happy Meal
Kami disambut oleh
Pengurus Besar McDonald's Meru Raya iaitu En Azhar dan juga krew yang penuh
ramah dan mesra. Setelah diberi penerangan serba sikit dari En Azhar. Masa
untuk makan. Kami dihidangkan dengan dengan set Grill Chicken Burger (GCB).
Manakala, anak-anak pula dihidangkan dengan Happy Meal. Macam biasa la, Hazim
dan Hadif cukup suka dengan Happy Meal sebabnya ada mainan untuk setiap set
Happy Meal. Kali ni mainan untuk set Happy Meal ialah Pokemon and the gang. Dah
nama pun Happy Meal, happy la anak-anak dengat set tu.
Selesai makan, kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri ruang dapur McDonald’s. Dari luar ruang dapur tu nampak macam kecik, rupa-rupanya ruang dapur tu agak besar dan ada setiap seksyen yang tertatur dalam penyediaan menu. Kami juga sempat tengok cara-cara penyediaan menu-menu McDonald’s dari mula masak hingga proses membungkus. Paling Mommy tak boleh lupa bila kami masuk ke bilik sejuk tu, memang sejuk sangat. Tak sampai beberapa minit Mommy dah ketaq habis 1 badan.
Haa, sebelum terlupa Mommy nak story sikit tentang En Azhar yang telah berkhidmat di Mc Donald's selama 18 tahun. Memegang jawatan sebagai Pengurus Besar McDonald's Meru Raya sejak 5 tahun yang lepas. Khabarnya bulan ini adalah bulan terakhir dia di McDonald's Meru Raya sebelum ditukarkan di tempat lain pula.
Seronok mendengar
kisah pengalaman En.Azhar sepanjang bersama McDonald's. Beliau berpegang kepada
motto "Usaha Tangga Kejayaan" untuk Berjaya.
Kisah En Azhar dengan Mc Donald's
Encik azhar pun
macam perkerja yang lain juga bermula dari bawah. Bermula dari lepasan SPM
tahun 2000, Beliau mula bekerja di McDonald’s Hanya sebagai krew restoran
sahaja. . Hasil usaha kerajinan beliau, beliau mendapat kenaikan pangkat
sebagai Pengurus pada usia yang masih muda dan kemudiannya terus menaiki tangga
kerjaya sebagai Pengurus Besar Restoran hingga sekarang.
Kenangan manis buat
Encik Azhar bila beliau diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama
Crew Olimpic pada tahun 2001 dan berjaya menjadi johan. Kemenangan beliau untuk
McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di
McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertembung dengan lebih ramai peserta dari
McDonald's seluruh negara.
Betul la kata orang,
bila kita di persekitaran kerja yang positif, ia akan beri peluang kepada kita untuk
meningkatkan kemahiran diri dan seterusnya mengembangkan kerjaya. Begitu juga
dengan Encik Azhar.
Apa pun, terima
kasih buat En Azhar dan crew Mc Donald's Meru Raya kerana sudi menerima
kedatangan kami. Moga Encik Azhar terus berjaya dalam bidang kerja Encik Azhar
dan McDonalds Meru Raya Ipog terus sukses dan maju jaya. Ada rezeki kita jumpa
lagi..
Byeeee..
~~~~~~~~~~
Mommy Ira