Assalamualaikum..
Alhamdulillah..maka selesai sudah peperiksaan UPSR sesi 2016. Maka hilanglah juga kejap debaran dihati. Nanti datang balik debaran tu, bila dah dekat nak dapat result.
Sepanjang tahun ni juga, semua pelajar
telah berusaha dengan bersungguh sungguh, ibaratnya hilanglah juga beban di bahu para
pelajar ni. Semoga semua pelajar UPSR akan dapat keputusan yang cemerlang 6A.
Apa pun tamatnya UPSR bukan beerti tamat juga masa untuk belajar. Belajar tetap
kena belajar. Ilmu/belajar ni tiada hadnya. Jadi teruskan belajar dan belajar ok..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
- Mummy Ira -
Sek. Keb. Jalan Pegawai Jayakan Sambutan Kemerdekaan yg ke 59 tahun 2016 Bersama PDRM & JNJK
9/01/2016 11:30:00 PG
Assalamualaikum..
KOLABORASI PDRM,JNJK DAN SKJP JAYAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN
ALOR SETAR, 28 Ogos 2016 : PDRM Kontinjen Kedah dengan usahasama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Kedah serta pihak Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai (SKJP) Alor Setar Kedah hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 59 tahun 2016 di Perkarangan Sekolah SKJP.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dihadiri oleh YDH ACP Azizi B. Mat Aris, Ketua Jabatan Pengurusan Kont. Kedah merangkap YDP PIBG SKJP, YBhg Tuan Hj Mohd Rosli B. Din Ketua Jemaah Nazir Negeri Kedah, En Saiful Azman PPD (Kokurikum), Puan Hjh Zurina Bt Yusof Guru Besar SKJP, pegawai-pegawai PDRM, Pegawai jemaah nazir, Pegawai PPD Daerah Kota Setar, barisan pendidik SKJP serta para pelajar.
Sambutan pada tahun ini telah dimulakan dengan perarakan masuk pancaragam sekolah diikuti oleh pembawa bendera dan dif-dif terhormat yang diikuti oleh Mohd Khalis Amin.
Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu sekolah 'Tekun Belajar' dan bacaan doa oleh Ustaz Shukor dan lafaz ikrar rukun negara oleh pelajar.
Sejurus selepas itu, ucapan oleh Pn Hjh Zurina Bt Yusof, Guru Besar SKJP. Dalam ucapannya, beliau berterima kasih atas sokongan dari pihak PDRM dan JNJK kerana sudi menjayakan majlis ini. Tambah beliau, beliau turut meminta kepada semua pelajar-pelajar menghargai nikmat perpaduan kaum dan erti kemerdekaan.
Majlis kemudiannya diselangi dengan persembahan sajak yang dideklamasikan oleh guru dan persembahan nyanyian oleh pelajar.
Seterusnya adalah ucapan oleh Ybhg Tuan Mohd Rosli B Din. Di dalam ucapannya, beliau menekankan kepada semua warga pendidik dan para pelajar agar sama-sama menerapkan erti kemerdekaan kedalam diri masing-masing serta sentiasa rasa kasih dan cinta untuk berbakti kepada negara.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari YDH ACP Azizi B. Mat Aris. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangsa kepada semua pihak kerana sudi bekerjama dalam memastikan program ini berjalankan lancar. Selaras dengan tema kemerdekaan kali ke 59 Sehati Sejiwa, beliau berharap program seperti ini akan terus diadakan di masa-masa akan akan datang bagi menerapkan erti kemerdekaan kepada pelajar-pelajar dan anak-anak kecil khasnya.
Kerancakan majlis diteruskan dengan nyanyian koir oleh pihak PDRM bersama pelajar - pelajar dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Jalur Gemilang, Malaysia Tanah Airku dan Tanggal 31 dan laungan merdeka
Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani kain rentang ' Tanda Taat Setia kepada Negara' dan sesi bergambar.
fb PDRM Kedah
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Apa yang Mommy boleh kata..memang seeedappppp. Menu sedap memang tak puas makan.
Kat mana?
Taman Seri Derga. (jalan ke Kg. Sakan) Ikut jalan Dato’ Kumbar terus sampai jumpa flyover ka orang panggei..kona masuk kanan..terussss ja..sampai jumpa Taman Seri Derga. Situ ada la 2 – 3 gerai makan..bebetui tepi sawah bertentang rumah taman.
Waktu niaga?
Ahad – Khamis
11.30tgh hari-5 ptg
Azizah Corner ni jugak ada terima untuk tempahan. Kawan Mommy pun pernah tempah laksa siam..so kalau nak oder boleh call..
012-4859470
Tak semua yang minat menu siam ni.. ada yang suka ada yang tak. Nak rasa sedap ka dak boleh la pi cari makan.. macam biasa lain mulut lain rasanya..ye dakk
Laksa Thai/Siam
Sup Siam
Geng Mama lebih dikenali sebagai Geng makan..
sebabnya bila jumpa mesti kerja kami makannn ja..
- Mummy Ira -
Food Truck Homemade Laksa Delicio dan Nasi Daging Ayaq Asam Utara
8/14/2016 05:06:00 PTG
Assalamualaikum..
Tu dia..buat semua kawan2 yang suka makan homemade Laksa dan Nasi Daging Ayaq Asam Utara ..especially yg dok area selangor n kl..boleh la oder dari kawan Saya Naeilah Rejab.. dijamin puaih makan dan puaih hati.
Menu:
♨ Laksa kedah merecik!
♨ Laksa sambal nyoq melatops!
♨ Laksa siam sawadikap!
Harga
rm5/pax
Nasi Daging Ayaq Asam Utara
Harga
rm7/pax
Cara nk dapatkan:Location : Sepang
1.self-pickup at Tmn mawar2 No.47,9c (3pm-8pm)-
2.Free delivery- Tmn Mawar/seroja/Dahlia/Ixora/BBST/Taman Mawar Perdana/Taman Salak Perdana-rm5/pax (min 3 pax).
3.Charged Delivery - nilai/enstek/kota srimas/klia/labu lanjut-rm6 (min 3 pax).
4. Whatsapp for order:-
Name :
Menu :
Address:
Quantity:
5. Food Truck
Location :
PKNS Bangi
Time : 6ptg-12tghmlm
Day : Friday-Sunday
Time : 6ptg-12tghmlm
Day : Friday-Sunday
Kalau nak tau info lebih lanjut macammana nak oder, boleh cod ke mana..terus ke
Fb : Delicio
Nak lebih mudah..boleh terus hubungi
Naeilah Rejab - 019-3873661
Hamdi - 019-3863661
*Juga menerima tempahan untuk sebarang majlis.
*Delivery luar kawasan yg disebutkan minimum order 30 pax.
Cth: putrajaya/bangi/s.alam
- Mommy Ira -