Tahniah - Sekolah Haziq Muqri ( SKJP ) Dapat No 2 Dalam Pertandingan Ihtifal Jqaf Peringkat Kota Setar 2015
8/23/2015 05:14:00 PTG
Assalamualaikum..
Semalam ada pertandingan Ihtifal Jqaf peringkat daerah Kota Setar 2015. Pertandingan ni di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Cam biasa la Haziq Muqri mesti masuk. Kali ni dikir barat pulak tapi dalam bahasa arab. Saya n Che Husband tak pi pun. Haziq Muqri n Kawan2 pi dengan cikgu2 yang terlibat dengan pertandingan ni.
Apa pun..tahniah Haziq Muqri, kawan2 SKJP n cikgu2 iringan SKJP yg terlibat krn berjaya dapat
no 2 dalam pertandingan Ihtifal Jqaf peringkat daerah Kota Setar 2015 kat
sekolah Wan Mat Saman.
segak bergaya anak teruna chek nii..
video Ihtifal Jqaf Sek Keb Jalan Pegawai
- Mummy Ira -
Abang Haziq Muqri Wakil Sekolah Dalam 'Coral Speaking'
8/19/2015 04:55:00 PTG
Assalamualaikum..
Terjumpa gambaq ni..crita awai bulan lapan haritu..Haziq
Muqri n kawan2 sekolah SKJP masuk acara Coral Speaking Kat SMK AlBukhary. Tak
menang tapi ok la..depa dah buat buat yang terbaik dalam persembahan tu. Tahniah korang semua.
Mummy Ira
'Our New Hair' - Kembar MHazim Zikry & MHadif Zafry
8/18/2015 05:41:00 PTG
Assalamualaikum..
Kalau ikutkan, sayang rasanya nak potong rambut kembar..cam
tak bersedia lagi nak tengok kembar rambut pendek. Saya suka tengok kembar
dengan rambut panjang kerinting. Tapi
sampai bila nak berambut panjang kerinting..nanti2 nak masuk sekolah tetap nak
kena potong pendek rambut tu.
Yang boleh potong rambut ni pun sebab kembar baru ja masuk
tadika. Takkan nak berambut panjang..so pegi juga la potong rambut kembar. Nasib baik kembar tak buat perangai. 1st Hazim ok jaa..keras cam patung..cuma yg adik
tak brapa selesa bila rambut dok kena dia..geli. Dok gerak jugak sikit sikit.
Tapi kira memasing behave jugak laa.
Bila dah siap potong rambut..dan2 muka memasing dah tak
sama, walaupun kembar ni kembar seiras. Dah boleh beza. Tak beza banyak beza la sikit. Nampak comei pulak bila kembar berambut pendek
ni..kemaih n selesa. Ok la tu. Tak kisah la..kembar rambut camna pun..janji ada
rambut sudahhh..hehehe
kembar dengan berambut panjang kerinting
MHazim Zikry
MHadif Zafry
Tadaaaa..our new hair..comei tak kami..
- Mummy Ira -
Alhamdulillah..Akhirnya MHaziq Muqri Setuju Nak Pakai Alat Bantuan Pendengaran
7/29/2015 07:26:00 PTG
Assalamualaikum..
Nampak gayanya Haziq Muqri mmg kena pakai jugak alat bantuan pendengaran ni. Ikutkan dulu dah pi chek kat hospital n kena pakai dah alat ni tapi Haziq Muqri tak mau. Kami tak mau paksa..biar dulu..pujuk pelan2. Tapi bila kami terang punya terang nak bagi dia paham..bagi memacam contoh yang dia mmg kena pakai, akhirnya Haziq Muqri nak pakai.
Bukan de 2 telinga Haziq Muqri tak dengaq..cuma sebelah kiri ja..yg kanan ok. Bukan tak dengar lansung tapi kurang sangat dengar. Baru ni buat audio test mmg tahap pendengaran telinga kiri makin kurang tahap pendengaran dia. Doktor ada bagitau ikut dia nak pakai ka dak coz ada sesetengah budak yg tak mau pakai, begantung ( dengar ) hanya dengan sebelah telinga ja TAPI doktor kata juga kalau boleh tu pakai laa. Takut nanti tahap pendengaran tu boleh jatuh ke tahap yg teruk.
Doktor bagitau jugak..esetengah budak yg tak mau pakai tu..depa malu..so mak bapak pun tak mau paksa..bukan apa..nnti kalau beli tak pakai rugi duit. Alat ni bukan murah..boleh cecah beribu ringgit. Nasib kami baik coz ada kezen yang keja bahgian promote n joi alat bantuan pendengaran ni..lagi mudah dapat penerangan terpeinci tentang pemakaian alat ni
Sebab utama kami suruh Haziq Muqri pakai ni sebabnya untuk belajar. Takut dia tak dengar n paham apa yg cikgu ajar. Doktor juga ada bagitau bila kita dengar hanya sebelah telinga..kadang2 tu kita tak brapa nak paham apa yang orang cakap. Dengar tapi tak jelas apa yang dicakapkan. Maybe atas nasihat kami n Haziq Muqri rasa apa yg doktor cakap tu betui..last dia nak juga pakai.
Kami pesan kat dia jangan malu kalau orang kutuk..buat tak tau dah. Yang penting Haziq Muqri boleh dengar dengan baik dan belajar betul2 sampai berjaya..konpom org tak boleh nak kata apa dah.
Yang paling penting kita sebagai mak bapak ni jangan malu kalau anak kita ada masalah. Cuba cari jalan..selesaikan. Bantu n tolong depa. Kena berusaha dan terus menyokong anak kita supaya mereka boleh menghadapi hari2 yang mendatang.
ni masa audio test nak tengok tahap pendengaran telinga kiri tu
ni alat demo ja..pakai dalam seminggu..
pilihan warna untuk alat ni..
#Alhamdulillah #LifeMustGoOn
- Mummy Ira -
SKJP Johan 'BICARA BERIRAMA' Peringkat Daerah Kota Setar 2015
6/14/2015 11:01:00 PG
Assalamualaikum..
Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Abg Haziq Muqri dah kawan kawan kumpulannya kerana telah mendapat Johan dan Konduktur Terbaik dalan pertandingan BICARA BERIRAMA ( Sekolah Rendah ) peringkat daerah Kota Setar 2015. Pertandingan ni telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Jalan Kuala Kedah..hari ni 14/6/15..
Hasil usaha guru2 yang telah buat latihan selama 2 minggu cuti sekolah lepas berbaloi bila kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP menjadi juara.
Jadi, kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP dapat masuk untuk bertanding dalam peringkat negeri Kedah yang akan diadakan besok 15/6/15 di SK Paya Kemunting Jitra.
Semoga kumpulan Abg Haziq Muqri akan berjaya dalam pertandingan BICARA BERIRAMA besok..amin..
Abg Haziq Muqri Barisan belakang, no 2 dari kiri
Konduktur Terbaik
tahniah dan semoga berjaya..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
baru2 ni balik kampung. Macam kat pekan jugak..kat kampung pun panaih..tak boleh main kat luaq..pakat kena bekurung dalam rumah. Pakat boring laa anak2 tak tau nak buat apa. Mai petang sikit, tak berapa panaih dah, pakat main kat luaq. Cam biasa memasing explore setiap tempat. Dok seronok explore, Mak Su aka Mak sedara kait buah pelam. Maka nampaklah oleh anak2 ni..pakat terpa pi pulak berebut nak kait buah pelam.
Nasib baik galah tu panjang, Saya suruh kongsi pegang. tak pun kutip buah yang mana jatuh. Nasib baik dengaq cakap jugak. Kalau tak pening dengaq ank2 dok berebut batang galah tu. Cam biasa Abang Haziq Muqri kepala dia..yg menurut perintah adik2 kembar la..Hazim Zikry n Hadif Zafry. Apa pun ni pengalaman pertama ank2 kait buah. Memang teruja abes.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sekarang boleh di katakan musim tak sihat..lebih kepada demam. Maybe panas hujan..panas hujan..tu yang ramai jatuh sakit tu. Termasuk la anak anak Saya. Macam kemaren bawak 1st kembar Hazim Zikry ke klinik..sebabnya naik cam gatal2 kat muka n badan. Hari ni Abang Haziq Muqri pulak..demam..2nd kembar Hadif Zafry still steady.
Mula dengan kembar Hazim Zikry..tetiba naik cam merah2 kat muka, bahu n tangan. Mula tu ingat biasa ja..lelama naik air bisa..cam gambar kat bawah. Bawak jumpa doktor, doktor kata mesti serangga kecik. Kawan bagitau boleh jadi serangga Charlie, (glamer kan nama dia). Bila Saya google banyak info n gambar yang sama simptom dengan Hazim Zikry kena ni.
Maybe betui jugak, pasai Hazim Zikry suka main semut. Jumpa semut ja pegang main. Bila Saya google banyak info n gambar yang sama jaa.
ni tak berapa teruk sangat..hari ke 2 bertambah merah. sampai ada line
tepi mulut tu
bahu n tangan naik gelembung air bisa
bawak jumpa specialist kanak2..lagipun dekat dengan rumah
Dr Ang yang lemah lembut
dapat la ubat antiobatik, ubat gatal n ubat sapu.
Yang Abang Haziq Muqri pulak..tetiba demamn sakit kepala. Yang tak bestnya demam plak time ada exam. Adoii..penin jugak. Tapi nak buat camna dah nak demam. Kalau paksa pi sekolah pun, bukan boleh buat apa. So telefon sekolah bagitau dan pihak sekolah kata maybe Abang Haziq Muqri akan ambek jugak exam tapi hari lain.
Pi jumpa doktor kat Klinik Tanjung, doktor kata demam, tekak pun merah. Dapat la surat MC untuk hari ni ja 27/5/15..cam biasa mesti ada ubat.
surat mc untuk sekolah
ubat demam n antiobatik
Semoga anak2 Saya segera sembuh..amin..
- Mommy Ira -