Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian..Macam orang dewasa jugak la..kalau pi urut kaki satgi tukang urut tu akan bagi tau..area tapak kaki tu yang bahagian mana. Rasanya tak jauh beza dengan kaki baby. Tapi jangan pulak kita pi urut tekan kuat tapak kaki baby tu..just picit manja2 sudahh.. Ada yang percaya ada yang tak tapi Such a valuable information for new moms.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
- Makna tangisan bayi " OWH" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mengantuk.
- Makna tangisan bayi " Neh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut lapar.
- Makna tangisan bayi " Heh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut dalam posisi yang tidak selesa.
- Makna tangisan bayi " Eir" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mau membuang.
- Makna tangisan bayi " Eh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut ingin bersendawa.
Bagaimana ibu-ibu agak-agak boleh
faham tak atau boleh tak bezakan bunyi-bunyi tersebut. Agak sukar tapi
kita pasti mengenal anak masing-masing kan. Mudah sahaja mengenal
karenah anak sendiri. Bayi juga boleh dikenali dengan 'body language'
bila menangis. Jom kita tengok apa yang boleh anda kenali dan
perhatikan.
1. Tangisan bayi lapar dan ingin menyusu
Bayi
akan menangis jika ia lapar. Tangisan haus terdengar dalam nada
berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti untuk mengambil
nafas, kemudian menangis lagi, aktiviti ini terjadi berulang-ulang.
2. Tangisan bayi membuang air besar
3. Tangisan bayi sakit
Keadaan
ini akan membuat bayi terus menangis. Tangisan sakit diawali dengan
nada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian bayi terengah-engah pada
saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Segera cari punca sakitnya.
Perikasa perutnya takut-takut kembung, periksa seluruh badannya untuk
mengetahui punca bayi menangis. Mungkin juga ada serangga kecil yang
menggigitnya atau macam-macam kemungkinan yang lain.
4. Tangisan bayi bosan
Bayi
cenderung bosan jika ia terlalu lama berbaring. Tangisan yang
menandakan anak bosan terdengar mirip teriakan. Bayi tak akan berhenti
menangis selama ia merasa bosan.
5. Tangisan bayi minta didukung
Kepalanya
mungkin terangguk-angguk untuk beberapa detik, dan mungkin Anda melihat
bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya.
Mengatasinya, ayunlah ia perlahan-lahan sampai ia tertidur.
6. Tangisan bayi Kesepian
Bayi
senang jika ibu bapanya berada dekat dengannya. Jika ia merasa
kesepian, tangisannya akan terdengar bernada sedih, bukan marah.
Assalamualaikum..
Apakah itu kerak kepala?
Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.
Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.
Apa menyebabkannya?
Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja.
Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak.
Berapa lamakah ianya berlanjutan?
Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama.
Bolehkah ianya dirawat?
Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu:
• Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.
• Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.
Sudah tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.
Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.
sumber:http://www.babycenter.com.my
Assalamualaikum..
Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
Apakah diabetes mellitus?
Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
- Diabetes mellitus jenis 1.
- Diabetes mellitus jenis 2.
Adakah penyakit ini sering berlaku?
Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.
Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
- Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
- Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
- Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
- Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
- Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
- Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
- Rasa haus yang amat sangat.
- Berat badan menurun.
- Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
- Sakit perut dengan atau tiada muntah.
- Sakit kepala.
- Masalah tingkah laku.
- Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Apakah "diabetic ketoacidosis"?
- Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
- Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.
Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.
Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
- Ginjal: kegagalan ginjal.
- Mata: kebutaan.
- Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
- Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
- Sistem saraf: masalah deria.
- Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
- Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
- Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.
Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?
Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.
Tanda dan gejala hipoglisemia:
- Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.
- Menggeletar.
- Letih dan lesu.
- Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.
- Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.
- Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.
- Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
- Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
- Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
- Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.
- Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
- Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.
- Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.
- Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.
- Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat.
- Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.
Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.
Bolehkah diabetes mellitus dicegah?
Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.
Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemulihan
Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.
Kumpulan sokongan
1) Persatuan Diabetes Malaysia
No 2 Lorong 11/4 E
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel +603-79574062
Fax +603-79557740
2) Pusat Sumber Diabetes di hospital
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Fuziah bt. Md. Zain
Penyemak : Dr. Fuziah bt. Md. Zain
kredit/sumbermyhealthgov
Assalamualaikum..
Kenapa bayi menangis? Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan ibubapa dan orang sekeliling. Bayi menangis untuk menarik perhatian ibu atau ayah kerana inginkan sesuatu. Selain daripada masalah kesihatan dan penghadaman bayi anda mungkin menangis akibat beberapa perkara. Antaranya punca-puncanya ialah:
Bayi anda lapar
Antara punca utama bayi menangis ialah kerana lapar. Oleh kerana perut bayi terutamanya yang baru lahir adalah amat kecil dan hanya menampung kuantiti susu yang sedikit sahaja. So, adalah normal kalau bayi anda kerap menangis akibat lapar. Jangan risau kerana bayi akan kembali tenang bila anda dapat susu yang dinginkan..:)
Bayi anda tidak selesa
Bayi juga mungkin menangis akibat tidak selesa dengan baju yang dipakai. Mungkin baju yang dipakaikan kepada bayi anda terlalu ketat hingga menyakitkan ataupun pakaian tersebut menyebabkan bayi gatal. Selain itu, bayi juga akan menangis apabila lampinnya basah. Magiknya, bayi anda akan secara automatik berhenti menangis atau tersenyum bila lampin atau bajunya ditukar..:)
Bayi terlalu panas atau terlalu sejuk
Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan bayi tidak selesa dan menangis. Sesetengah bayi terutama yang baru lahir mungkin tidak suka bila dimandikan ataupun dipakaikan baju. Selain itu anda juga perlu pastikan selimut atau cadar tilam bayi anda bukan jenis kain yang panas atau merimaskan.
Bayi anda ingin dipeluk
Sesetengah bayi sangat suka dan tenang bila berada dalam pelukan ibunya. Ramai ibu yang runsing bila bayi anda menangis tetapi menolak bila diberikan susu dan bila diperiksa lampinya juga tidak basah. Pada ketika ini anda mungkin boleh lakukan ialah dukung dan peluk bayi rapat ke dada anda kerana mungkin dia hanya ingin dipeluk.
Bayi anda perlukan rehat
Pernah tak bayi anda menangis walaupun sedang didukung? Dan masih terus menangis walaupun diberikan susu? Macam pelikkan? Kebiasaannya bayi memang suka didukung tetapi ada masanya bayi anda akan rasa penat akibat didukung seharian dan inginkan rehat. Cara mengatasinya sangat senang iaitu letakkan bayi anda di atas tilam dan tepuk beliau dengan perlahan sambil mendodoikannya sehingga tenang.
Cara menenangkan bayi menangis
- Bedungkan bayi anda dan peluk rapat ke dada.
- Bayi yang baru lahir rasa selesa dan selamat bila dibedung dan didukung olh ibunya. Perasaan dibedung dan didukung membuatkan bayi anda seperti berada di dalam perut ibunya.
- Mainkan muzik yang menenangkan.
- Bayi akan lebih tenang bila anda memainkan muzik perlahan dan menenangkan seperti Mozart. Selain daripada muzik, anda juga boleh menyanyikan zikir2 yang memuji kebesaran Allah semasa bayi menangis.
- Buai-buaikan bayi anda
- Bagi anda yang memang mengamalkan menidurkan bayi anda di dalam buai, inilah masanya anda patut masukkan bayi anda ke dalam buai dan ayunkan buai tersebut dengan perlahan-lahan. Manakala bagi anda yang tidak mengamalkan buai untuk bayi anda(seperti saya) anda mungkin boleh mendukuang bayi sambil berjalan perlahan-lahan atau pun baringkan bayi di atas riba dan goyangkan kaki anda perlahan-lahan.
- Urut bayi anda. Urutan dapat menenangkan bayi. Buka baju bayi dan lakukan urutan dengan minyak bayi secara perlahan-lahan sambil memujuk/memuji bayi anda.
- Tenangkan diri anda. Kebanyakan ibu akan rasa panic, tertekan dan runsing bila bayi menangis. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ‘tenangkan diri anda terlebih dahulu’ kerana dikhuatiri anda melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap bayi anda. Sekiranya anda idak berjaya menenangkan diri, mintalah bantuan ahli keluarga terdekat anda untuk menjaga bayi anda buat seketika.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).
BERTENTANG MATAAmbil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Susukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
BERKONGSI PANDANGAN.
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu" atau "Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan- lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
PERGI MEMBELI-BELAH.
Dedahkan bayi dengan dunia luar.Sesekali kita pegi ke shopping complex bawalah bayi anda bersama.Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna- warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
Jom para ibu bapa..kita praktikan tip diatas k..sumber bacaan google
- Mummy Ira -
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Susukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
BERKONGSI PANDANGAN.
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu" atau "Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan- lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
PERGI MEMBELI-BELAH.
Dedahkan bayi dengan dunia luar.Sesekali kita pegi ke shopping complex bawalah bayi anda bersama.Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna- warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
Jom para ibu bapa..kita praktikan tip diatas k..sumber bacaan google
- Mummy Ira -
Asslamualaikum..
Baru baru ni baca dalam facebook post tentang bahaya bayi mandi dengan air sejuk..maybe ada sesetengah orang tak percaya..kalau yang tak percaya cuba google cari tentang ni..seeloknya bayi ni kena mandi dengan air suam..cer pikir..kita yang dewasa ni pun kadang2 terkejut kalau mandi dengan air sejuk..tambah dengan baby..lagi bahaya.. Bayi di bawah usia 6 bulan perlu dimandikan dengan air suam..
“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya
ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia
bulan lepas. Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan
pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah
memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”
Jawapan Dr Zubaidi Ahmad
Waalaikummussalam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar
anaknya di tempatkan di syurga kelak.
Memandikan bayi kelihatannya mudah
tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke
bawah.
Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan dan boleh menyebabkan kematian pada bayi.
Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi
waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.
Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air
suam kerana air sejukmembuat bayi mengalami hipotermia.
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.
Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan
berbahaya kepada bayi. Bayi akan alami kebiruan pada mulut, menandakan bayi tu tak menarik nafas secukupnya.
Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah
dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu
itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.
Wallahu a'lam
---------------------
Jadi..kita sebagai Ibubapa..tak kira la sesiapa pun yang ada anak kecil ka adik kecil..mesti tahu tentang info2 camni.. sentiasa peka kepada keselamatan dan kesihatan anak-anak supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Baru ni pergi klinik, biasa la ramai dengan budak budak demam. Sja tersembang dengan sorang auntie ni..dia bawak cucu sebaya dengan kembar. Bila ditanya apa sakitnya? Jawabnya..cucu beliau kalau demam panas akan jadi sawan. Bila demam panas ja mesti jadi. Takut juga bila dengar, budak2 kena penyakit sawan ni. Kadang kadang kita tahu sawan tapi kita tak tahu camna boleh terjadinya sawan tu.
Jom kita baca dan kenali tentang penyakit sawan ni
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).
Ciri-ciri
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).
Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.
Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.
Tindakan Anda Bila Belaku Demam Sawan
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!
Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).
Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.
TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.
kredit to majalah pa & ma
Assalamualaikum..
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2LZai7wDv
© Utusan Melayu (M) Bhd
----------------------------------------