Ibu Bapa Perlu Pastikan Langkah -Langkah Keselamatan Penggunaan Produk Untuk Kanak-Kanak

By Zahirah Dzahir - 5/12/2020 07:05:00 PG


Assalamualaikum..

Pantang tengok barangan atau mainan yang comel².. semuanya nak dibeli untuk anak-anak. Kadang-kadang kita tak kisah sama ada sesatu barang tu selamat atau tak untuk kanak-kanak.




Walaupun pelbagai usaha sedang diambil untuk memastikan keselamatan produk kanak-kanak,  ibu bapa dan penjaga harus mempersiapkan diri mereka dengan maklumat mengenai keselamatan produk kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga
untuk menjamin keselamatan kanak-kanak:

Alat Permainan

Bahaya tercekik (choking):

* Elakkan daripada membeli alat permainan kanak-kanak yang mempunyai atau terdiri daripada bahagianbahagian yang kecil.

* Baca dan fahami label pada bungkusan

* JANGAN sesekali memberi alat permainan jenis bola atau belon kecil kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada enam tahun

* Pastikan diameter bola untuk kanakkanak tersebut adalah lebih daripada 4.5cm.

* Jangan memberikan belon yang dibuat daripada lateks. Belon diperbuat daripada mylar adalah lebih selamat.

Alat permainan kanak-kanak bermagnet:

* Magnet-magnet longgar pada alatalat permainan mempunyai potensi ditelan oleh kanak-kanak

* Kecederaan pada salur penghadaman dan bahaya tercekik mungkin terjadi pada kanak-kanak yang tertelan magnet.

* Jauhkan alat-alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak berumur di bawah enam tahun.

Bunyi:

* Telinga kanak-kanak adalah sangat sensitif kepada bunyi.

* Jika alat - alat tersebut terlalu bising kepada anda, ia juga tidak sesuai untuk anak-anak anda

* Tanggalkan / keluarkan bateri atau tutup pembesar suara pada alat-alat permainan tersebut dengan pita pelekat yang selamat.

Bahaya terbelit (strangulation):

* Jangan memberikan sebarang alat-alat permainan yang mempunyai tali lebih daripada 30cm kepada kanak-kanak berumur bawah setahun.

Bahan kimia toksik:

* Beberapa jenis alat permainan kanak-kanak mengandungi bahan kimia toksik.

* Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC

* Pilih alat-alat permainan yang dibuat daripada kayu, dan kain yang tidak berwarna.

* Baca label dan elakkan daripada membeli alat-alat kosmetik mainan jika ia mengandungi xylene, toulene atau dibutyl phthalate.

Walker bayi dan Bouncinette

Kecederaan biasa adalah disebabkan jatuh dari tangga, kaki tersepit, dan walker atau bouncinette tidak stabil dan terbalik.

Semasa membeli walker pastikan:

* Ia mempunyai kunci atau brek yang boleh menghalang pergerakan jika ada kemungkinan bayi berada berdekatan tangga.

* Pastikan perhiasan pada walker tidak boleh menyebabkan bayi tercekik

* Gunakan walker dan bouncinette pada permukaan yang rata dan tidak menghalang pergerakan yang boleh menyebabkannya terbalik.

* Jangan biarkan bayi bersendirian dalam walker atau bouncinette.

Katil Bayi (Babycott)

* Jika katil bayi mempunyai ketinggian yang boleh diubah, maka hanya perlu 2 tahap ketinggian

* Jarak antara permukaan bawah tilam dan bahagian bawah sempadan atas katil haruslah tidak kurang daripada

* Jarak di antara dua palang haruslah dalam lingkungan 5cm - 9.5cm.

* Tiada unjuran tajam.

Play Pens

* Pastikan jarak antara lantai / permukaan bawah kurungan dengan bahagian atas kurungan tidak kurang daripada 50cm.

* Jarak di antara dua palang dalam lingkungan 5cm - 9.5cm.

* Letakkan play pen atau kurungan untuk bermain di kawasan yang jauh daripada punca bahaya.

* Pastikan semua selak dikunci.

Kanak-kanak dan bayi adalah pengguna sensitif. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga harus memastikan produk yang digunakan mematuhi keperluan keselamatan dari segi rekabentuk dan cara serta arahan penggunaan produk dengan selamat.

Maka ibu bapa dan penjaga harus memainkan peranan aktif untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci dan secara berterusan tentang produk kanak-kanak bagi memastikan mereka membeli produk yang benar-benar selamat.

Sumber Berita Harian


~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!