5 Kesilapan Cara Fikir Lelaki Bergelar Suami Orang.

By Zahirah Dzahir - 1/12/2020 10:09:00 PG

Assalamualaikum..

Google 

5 Kesilapan cara fikir lelaki bergelar suami orang.

1. Isteri aku, milik aku.

Ramai orang lelaki, bila sudah berkahwin dia akan anggap isteri itu miliknya. Sebenarnya ini tidak tepat, kerana isteri itu memang bukan milik kita. Ianya hanya pinjaman dan amanah dari Allah untuk kita jaga dan hormati. Tugas kita, ialah untuk jaga amanah dan pinjaman ini.

2. Nanti senang, makan minum isteri jaga.

Bila dah kahwin, tidak perlu risau lagi pasal nak masak apa, nak minum apa. Kerana semuanya isteri akan jaga. Suami hanya sedia untuk makan sahaja. Cara fikir seperti ini pun tidak tepat. Kerana tanggungjawab memberi makan dan minum pada isteri itu sebenarnya terletak pada suami.

Maka suami yang sepatutnya memasak dan menyediakan makan minum. Adapun isteri yang menyediakan, itu hanya ihsan dan kasih isteri. Bukan tanggungjawab mereka.

3. Bestnya, boleh bersanggama bila-bila

Isteri bukan hamba untuk layan kehendak kita sesuka hati kita. Bukannya, kalau nak mesti dapat. Dalam Islam, kita diajar untuk jadi individu yang adil. Jadi, dalam konteks ini ialah untuk jadi seorang suami yang adil. Seorang pemimpin dalam institusi rumahtangga yang adil, tahu meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya.

Ada banyak benda yang perlu ditimbang tara, difikirkan dan diusahakan agar mendapat persetujuan bersama. Bukan terus main terjah.

4. Jaga anak-anak kan kerja perempuan

Maka dibiarkan segala urusan dan perancangan untuk masa depan anak-anak di tangan ibu. Ayah lepas tangan, hanya angguk dan follow sahaja. Hal ini pun tidak sepatutnya terjadi, kerana ketua keluarga itu ialah ayahnya. Menjadi tanggungjawab ayah untuk mendidik anak, merancang pendidikan anak dan gandakan usaha mencari ilmu untuk berikan yang terbaik pada anak-anak.

Peranan ibu pula hanya sebagai penyokong utama, bukan sebaliknya. Begitu juga dengan hal-hal lain berkaitan anak-anak seperti makan dan minum, susu dan pakaian, tempat jagaan, vaccine tak vaccine dan sebagainya.

5. Kahwin dah kahwin, hidup masih gaya bujang.

Ramai yang macam ini, sedangkan anak dan isteri ada di rumah. Tetapi jiwa masih acah-acah bujang. Entah kenapa, baginya melepak bergelak tawa dan minum bersama kawan-kawan itu lebih utama dari duduk di rumah memimpin keluarganya. Sesuka hati mahu buat apa sahaja, rumahnya bagaikan hotel untuk check in dan check out sekali sekala.

Masa banyak berhabis melepak bersama kawan-kawan. Ini berlaku kerana tiada sifat tanggungjawab, tidak rasa besarnya amanah dipikul dan ego sombong yang menyebabkan isteri dan anak-anak jadi mangsa.

p/s : Zaman dulu dengan zaman sekarang tidak sama lagi. Ubah cara fikir, ubah mentaliti lama jadi baru.

Kredit fb Najmi Najwawi

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. nasihat yang berguna.. belum berkahwin lagi.
    tapi benda ni ilmu. kena ambil tahu..

    BalasPadam