Perlu Tahu Dan Fahami Tentang Perbezaan 3 golongan STRESS, DEPRESI Dan DEPRESI KLINIKAL | Najmi Nawawi

By Zahirah Dzahir - 11/17/2019 12:29:00 PG

Assalamualaikum

Kadang-kadang ada di antara kita yang samakan antara Stress dan Depresi. Bila Mommy baca tulisan Najmi Nawawi rupanya tak sama antara 2 ni. Nak lagi faham..Mommy share kat sini sedikit info tentang cerita ni. 

Google

Ada beza orang yang STRESS, orang yang fikir dirinya ada DEPRESI, dan juga orang yang disahkan DEPRESI KLINIKAL. Tidak boleh disamakan, sebab penyelesaian setiap daripadanya pun berbeza.

Memang penting untuk kenal dan bezakan apakah perbezaan 3 golongan ini. Kalau tidak, kita tidak akan mampu jadi support system yang berkesan. Kita akan gagal jadi sebahagian dari komuniti yang ikhlas untuk membantu.

PERTAMA ialah golongan yang STRESS.

Kita semua setuju bahawa ini ialah lumrah manusia untuk stress atau rasa tertekan. Tertekan dengan kepenatan tempat kerja, tertekan dengan hubungan sosial, tertekan dengan kewangan dan sebagainya.

Mereka yang tertekan ini sesuai dinasihatkan untuk beristighfar, untuk bagun solat malam, sebab tidak dinafikan dengan mengingatiNya hati manusia akan tenang. Manusia perlu sentiasa diingatkan untuk kembali pada penciptanya saat menghadapi saat-saat sukar.

Ya itu ialah untuk mereka yang stress atau kita panggil tertekan dengan dugaan hidup. Tidak salah untuk saling menasihati sedemikian. Akal masih waras dan mereka memang memerlukan nasihat sebegitu.

KEDUA ialah golongan yang diagnosis diri sendiri ada DEPRESI.

Namun yang sebenarnya, mereka tidak disahkan secara klinikal. Pertama sekali kita perlu bersyukur kerana wujudnya kesedaran atau awareness berkaitan depresi yang semakin meningkat dalam kalangan netizen.

Disebabkan itu, ramai orang boleh belajar tentang tanda-tanda depresi. Ramai orang kenal apa itu depresi. Cuma yang menjadi masalah ialah mereka yang diagnosis diri sendiri. Umpama satu wabak pula, apabila ramai-ramai mengaku ada depresi.

Ianya bukanlah salah, tetapi tolong dapatkan pengesahan psikiatri. Kita mahukan rawatan terbaik untuk diri kita kan? Kita perlu tahu apa kondisi sebenar kita dan rawatan yang perlu diambil. Takut nanti, kita salah diagnosis diri sendiri.

Takut nanti, sebenarnya kita hanya stress biasa, tetapi kita fikir kita ada depresi. Boleh memburukkan lagi keadaan diri kita sebenarnya. Stress dan depresi adalah dua perkara yang berbeza.

Sebab itu kadang-kadang kita boleh jumpa orang yang mengaku ada depresi dan mengaku sudah jadi depresi survivor dengan mudah seperti dengan berzikir dan mengingati tuhan sahaja.

"Ala akak dulu depress juga, tetapi akak kuatkan iman, akak mengaji, akak bangun solat malam akak boleh pulih. Sebab itu akak nasihatkan... bla... bla..."

Ya memang betul boleh pulih, sebab orang seperti ini hanya menghadapi stress biasa. Tetapi dia diagnosis diri sendiri konon ada depresi. Tidak pernah jumpa psikiatri pun. Golongan yang begini pun bahaya juga, dia boleh bawa salah faham terhadap apa itu dunia depresi klinikal yang sebenarnya.

KETIGA inilah pula golongan DEPRESI KLINIKAL.

Mereka inilah pejuang depresi, iaitu pejuang kepada mental illness yang sebenar. Mereka inilah yang sentiasa mendapat tuduhan, cacian, judgement dan blame dari orang ramai.

Sedangkan mereka inilah yang sentiasa berjumpa dengan psikiatri untuk dapatkan nasihat secara profesional, dapatkan ubatan mengikut penilaian psikiatri.

Mereka inilah yang tahu penderitaan dunia anxiety, bipolar, boderline personality disorder, panic attack, cyclothymic, hallucinations, delusion, schizophrenia, PTSD, PPD, MDD dan banyak lagi kalau nak listkan di sini.

Aku suka gelar mereka sebagai pejuang depresi, sebab mereka ialah pejuang yang berperang dengan otak sendiri.

Apabila kita faham depresi dari sudut klinikal kita akan faham kenapa pejuang depresi ini tidak suka dapat tuduhan kurang iman, jauh dari Allah, tinggal solat dan sebagainya.

Kerana mereka ini tidak kurang hebat juga dari sudut amalnya. Mereka solat sentiasa menangis memohon pertolongan Allah. Mereka ini memang sentiasa berzikir bahkan solat malam itu semua, mereka memang buat. Sebagai individu muslim, memang mereka hidup bertuhan.

Tetapi ini ialah sakit klinikal. Fahami bahawa ianya klinikal. Bukan sebab tak solat. Samalah macam organ lain dalam badan. Jantung sakit, kita bagi ubat. Buah pinggang sakit, kita bagi makan ubat. Kalau otak sakit? Sama la juga kita bagi makan ubat.

Support mereka dengan bertanya soalan yang sesuai. Seperti bertanya, makan ubat belum? Ubat apa yang ambil? Biasa pergi dapatkan khidmat psikiatri dekat mana? Dosage ubat makin turun ke atau naik? Depresi jenis apa yang dia alami?

Bukannya dengan soalan seperti, kau mesti tak kuat iman kan? Kau mesti tak solat kan? Kau mesti lama tak baca al Quran kan? Kau mesti tak maafkan orang kan? Kau mesti suka bersangka buruk kan? Kau tak tengok orang lain lagi susah dari kau?

Apakah ini semua. Kenapa begitu judgemental dan tidak adil. Janganlah begitu kawan-kawanku sayang.

Otak pun organ manusia yang boleh sakit sama seperti organ lain. Berlaku adil pada pejuang depresi. Sepertimana kau berlaku adil kepada pejuang sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Harap dapat jelaslah perbezaanya ya kawan.

p/s : Sampai budak wechat pun mengaku ada depresi sebab bergaduh dengan boyfriend. Dasyat sungguh.

Kredit fb Najmi Nawawi

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!