Masuk Saja Bulan Puasa, Sakit Perut Pun Menyerang Jadi Bagaimana Nak Elakkan Dari Sakit Perut Semasa Berpuasa
By Zahirah Dzahir - 5/15/2019 04:19:00 PTG
Assalamualaikum
Ha..masuk ja bulan
puasa, symptom sakit perut mesti menyerang. Kadang-kadang ada yang tak boleh
berpuasa akibat dari sakit perut. Bukan tak boleh berpuasa lansung. Bolehhh.
Jangan ambil kesempatan pula bila sakit perut ja kita tak nak puasa. Kita kena
ambil tahu macam mana cara-cara nak elakkan perut kita sakit masa berpuasa. Dr Kamarul
Ariffin Nor Sadan ada kongsi tips
ringkas SAKIT PERUT BERPUASA, BAGAIMANA Kita NAK Mengelakkannya?

SAKIT PERUT
BERPUASA, BAGAIMANA NAK ELAK?
Di bulan Ramadan ini
ramai ke saya klinik mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut,
kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada
(heartburn).
Ini adalah
tanda-tanda dyspepsia. Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada
beberapa punca berlaku dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease,
atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
Simptom dyspepsia ni
secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kita kosong, tetapi
perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid
ni.
Jadi apa nak buat
jika kerap kena dyspepsia sepanjang berpuasa ni?
ELAKKAN
- merokok serta
minum minuman keras
- minum kopi, teh,
minuman berkarbonat
- makan juadah
berempah, pedas dan berminyak
- ambil NSAID(ubat
tahan sakit) berterusan
- makan terlalu
banyak semasa berbuka
- baring atau tidur
selepas berbuka/sahur
- makan terlalu
hampir waktu tidur
AMALKAN
- berbuka awal(tak
usah tangguh)
- sahur lewat (bukan
sebelum tidur)
- makan porsi kecil
dan berulang
- sahur dengan
makanan tinggi serat
- tidur yang
mencukupi
- minum air kosong
secukupnya
-
bertenang(kurangkan stress)
BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Sakit perut yang
sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan
yang lain.
2. Jika muntah, ada
darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.
3. Najis berwarna
hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.
4. Perlu MC. Namun,
doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak. Hehe.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin
Nor Sadan
0 orang berborak di sini!