Jenis - Jenis Ubat Yang Kita Perlu Ada Dan Simpan Di Mana Saja Kita Berada | Dr. Asmi Syabil
By Zahirah Dzahir - 5/22/2019 09:58:00 PG
Assalamualaikum
Tak kira la kat mana
pun kita, di rumah, asrama atau dalam travel..perlunya ada ‘First aid kit’. Kalau
kita sekadar sakit ringan dan tidak perlukan rawatan dengan segera boleh guna ‘First
aid kit’ dulu. Macam Mommy pun sediakan ‘First aid kit’ di rumah.
Jangan salah faham
pula tentang ‘First aid kit’ yang hanya ada peralatan perubatan yang asas. ‘First
aid kit’ juga ialah ‘ tempat ‘ yang mengandungi ubat-ubatan selain dari
peralatan perubatan. Semuanya boleh kita beli di farmasi yang bertauliah. Lagi 1
bukan la kita kena bergantung kat ‘First aid kit’ tu, doctor tetap kena jumpa. Jangan
ada yang salah faham pula.
Menurut Dr.Asmi Syabil yang juga Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan,
kalau ikutkan ada 14
jenis ubat-ubatan yang kita boleh simpan di rumah, asrama ataupun bila kita
travel yang boleh kita ambil tanpa perlu kita ke klinik.
Perkongsian dari Dr.Asmi
Syabil yang boleh kita jadian sebagai panduan
Ubat-ubatan yang
wajib anda simpan dirumah,asrama atau diatas kereta.
Antara perkara yang
boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.
Tak kisah lah tengah
tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke
kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang
kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.
Bak lirik lagu
“penantian itu satu penyiksaan”.
Dan ramai sedia
maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu
menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi
sentiasa tidak pernah surut😅)
Antara punca utama
yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang
untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana
rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit
luar.
Antaranya seperti:
-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
-dan pelbagai lagi.
Jadi, kali ini jom
kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah
sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita
tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Berilah peluang
kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka
yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas
kesihatan.
Ini antara
ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh
para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.

Paracetamol 500mg
(Panadol)
Yang ini rasanya
semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam
ataupun sebagai ubat tahan
sakit yang ringan seperti sakit kepala
dan sebagainya.
Dos disyorkan : 2
biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8
biji sehari.

Loratadine 10mg
Ubat dalam kategori
antihistamin.
Dos disyorkan : 1
biji sekali sehari
Sering digunakan
untuk mengurangkan gejala alahan,gatal-gatal,
mata berair atau bahasa mudah
orang selalu cakap “resdung”.
Chlorpeniramine 4mg
(Piriton)
Bagi yang kerap
berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan
alahan mesti dah kenal dengan
ubat ini.
Ubat ini juga
seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan
digunakan untuk mengurangkan
gejala yang sama.
Dos disyorkan : 1
biji, 3 kali sehari.
Ubat ini boleh
menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi
mengalami kesan
ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin
bagi mereka yang bekerja.
Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)
Ubat tahan sakit atau radang.Ubat
ini tergolong dalam kategori NSAIDs.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
(bagi kesakitan berterusan)
atau sebiji sekali apabila perlu.
Sering digunakan untuk mengurangkan
keradangan atau
kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.
Untuk yang ada gout mesti dah kenal
sebab antara ubat
yang wajib makan apabila kena serangan gout.
Elakkan pengambilan ubat ini ketika
perut kosong atau bagi mereka
yang ada gastritis.
Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)
Ubat untuk gejala seperti loya dan
muntah,juga digunakan untuk migraine.
Untuk ibu-ibu mengandung yang
mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan
sebagai rawatan.
Muntah disebabkan keracunan makanan
juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
atau sebiji sekali apabila perlu.
Activated charcoal 250mg.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini
juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Oral Rehydration Salt (ORS)
Dos disyorkan : 1 paket apabila
perlu.
Sepertimana yang kita ketahui,badan
kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan
baik.
Dan garam galian ini boleh
berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang
berterusan.
Mist
magnesium trisilicate (MMT)
Ubat ini
sama fungsinya seperi Gaviscon yang selalu dilihat di kaca tv.
Bertindak
untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.
Dos
disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
Sila ambil
sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman
selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Breacol -
Cough syrup
Yang ini
memang semua orang kenal.
Boleh ja
beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu
berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
Ammeltz yoko
yoko
Atau
kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan
para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.
Chloramphenicol
eye drop.
Boleh
digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu
bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan
berair.
Pregnancy
test urine strip - ujian kehamilan.
Sebab apa
kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan
yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?
Sebab para
doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang
datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau dah
kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif,hamil lah tu.Tak payahlah
nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun.
Kurangkan
sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar
memerlukan rawatan ye.
Buscopan 10mg
Ubat untuk mengurangkan sakit perut
terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
atau sebiji sekali apabila perlu.
Ranitidine 150mg (Zantac)
Dos disyorkan : 1 biji 2 kali
sehari.
Selalu digunakan untuk mengurangkan
rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser
perut,gastritis dan juga GERD.
Bertindak untuk mengurangkan
rembesan asid di dalam perut.
Diphenoxylate + atropine sulphate
(Lomotil)
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
atau sebiji sekali apabila perlu.
Termometer.
Yang ini
eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau
anak-anak samada demam atau tidak.
Boleh
didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan.
Sila dapatkan
nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan
kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat
untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan
Kecemasan
1 orang berborak di sini!
Perkongsian yang bagus.. kat rumah sha memang selalu ada paracetamol dan caugh syrup..
BalasPadam