Tajaan Perkahwinan Sehingga Sebanyak RM500K

By Zahirah Dzahir - 4/12/2019 11:29:00 PG

Assalamualaikum..

Hai korang, tentu happykan kalau apa² hari penting atau majlis kita yang kita sambut tu meriah dan yang paling happy sekali bila ada orang sponser pulak majlis tu. Macam tu la dengan Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall yang telah mendapat tajaan perkahwinan sehingga Sebanyak 500K .. tu yang di namakan rezeki..


Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu kan ? Begitulah nasib Siti Jamumall yang mendapat tajaan perkahwinan beliau sebanyak RM500k .. Rezeki Allah nak beri , tiada siapa yang boleh sangka . Pada mulanya , beliau hanya inginkan sebuah majlis yang biasa dan secara kecil-kecilan sahaja .. Tetapi , siapa sangka setelah beliau memuat naik satu status di facebook beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat whatsapp dan panggilan bertalu-talu dari founder produk , pemilik kedai dan bermacam lagi untuk tajaan majlis perkahwinan beliau ..


Untuk pengetahuan anda semua hampir 100 syarikat dari pelbagai produk yang berminat untuk menaja majlis perkahwinan beliau , apa yang paling menyentuh hati ialah ada juga mmereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan turut berbesar hati nak menaja majlis perkahwinannya ..


Hm , kata Siti lagi beliau sangat sebak sebab beliau tidak menyangka majlis yang pada mulanya mengikutt plan hanya biasa-biasa kini menjadi luar biasa .. Haa , kalau nak tahu inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun kini telah membuahkan hasil .. Siti sebenarnya merupakan seorang promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik , kesihatan , fesyen dan makanan ..


Selain itu , Siti banyak membuat promosi produk orang dengan ikhlas .. Siti membantu dari produk yang biasa-biasa tak dikenali sehinggalah dikenali dan menjadi viral mungkin disebabkan hal ini Siti mendapat tajaan yang luar biasa kerana ramai yang menghargai jasa beliau dan sanggup menaja berbagai-bagai jenis tajaan untuk majlis perkahwinan beliau .. Siti sangat-sangat bersyukur kerana mendapat tajaan dari nikah , pre wedding , majlis berinai , majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej ..

Antara founde yang menaja majlis perkahwinan Siti bukan calan-calang .. Wedding dress daripada Dila Jean Bridal , dekorasi majlis dan pelamin daripada Wedding by Emma dan beberapa selebriti ternama juga telah mendapatkan khidmat Siti Jamumall antaranya ; Che Ta , Faizal FBI , Shuib , Sarah Raisudin , Sherry Ibrahim dan Lana Nordin ..




Nak tahu di antara mereka, siapa yang telah menaja perkahwinan Siti Jamumal. 

List di bawah  merupakan 13 Top Sponsor majlis perkahwinan Siti 
Jamumall :












Antaranya :

  1. Pelamin dan Hiasan Dewan daripada Wedding by Emma
  2. Baju Pengantin daripada Dlia Jean Bridal Collection 
  3. Grand Cake daripada Mad About Cake
  4. VIP Menu daripada Rumpun Selera
  5. Coffe Es-Cream daripada Ana Zahra Beauty
  6. Jamu daripada Seri Lady Empire Resources
  7. Tudung Bawal Bridesmaid daripada Gallery Bawal
  8. Kain Pasang Diamond daripada Irahsukri
  9. Telekung daripada Pretty Aini
  10. Make Up Set daripada Zachtira Navillionniza
  11. Scarft daripada Scarft by Mehrun
  12. Printed Box daripada Art Creation Printing
  13. Perfume daripadaa Luxe Essencia Resources
Semoga Siti Jamumall dan pasangan kekal bahagia hingga ke Jannah 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!