Kenangan Dulu | Siapa Yang Lahir Pada tahun 50' 60' 70' 80an..?
By Zahirah Dzahir - 8/01/2018 03:06:00 PTG
Assalamualaikum..
Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?
2- Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.
3- Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.
4- Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai,panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita.Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .
5- Akulah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon / sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati
malam minggusepuasnya... kerana aku adalah generasi yang berjanji cukup dengan
hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini aku pun tetap bolehKetawa di grup Facebook/WhatsApp .
6- Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan
tanpa helmet di kepala.
7- Akulah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yg membayangi kita.
8- Akulah generasi terakhir yang pernah merasakannikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini .
9- Akulah generasi terakhir yang pernah begitumengharapkan datangnya posmen Menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.
10. Generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin ...
Itulah aku...
Anda generasi itu?
-fb Pesan Bonda -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah...Mommy lahir
tahun 78..Beruntung dan banyak kenangan pahit dan manis. Dari zaman sekolah
rendah sampai sekolah menengah. Dari kawasan taman, bandar Alor Setar yang
kosong tak dak apa-apa pembangunan. La dah naik macam-macam. Cumanya Mommy duduk
taman..kalau nak rasa susasana kampung, kena balik kampung. Boleh main
macam-macam. Masa tu semua seronok. Main ramai-ramai..jalan beraya ramai-ramai.
Dulu main kat luar, mak ayah tak payah susah hati nak jengok, keselamatan tu
terjamin. Kayuh basikal pegi kedai pun lepas lagi. Kalau la anak nak kayuh
basikal pi kedai pun dah tak harap.
Alhamdulillah semua itu tinggal
kenangan . Kini zaman telah berubah, suasana pun berubah. Dari manual semuanya auto. Mommy bersyukur kerana masih diberi nafas dan diberi
peluang untuk menempuh suasana sekarang. Al fatihah buat kawan-kawan yang telah kembali bertemu sang
pencipta.
Moga kita semua dipanjangkan umur dan
sihat tubuh badan untuk mencari rezeki dan beribadat dan melihat anak-anak kita menjadi
anak yang soleh solehah dan berjaya dalam kehidupan mereka masing-masing.
~~~~~~~~~
Mommy Ira
0 orang berborak di sini!