Bila Tiada Sikap Amanah Dalam Diri Kita

By Zahirah Dzahir - 7/30/2018 04:09:00 PTG

Assalamualaikum..

Kisahnya yang diceritakan, bila seorang Ayah merungut yang anaknya balik bagitau, cikgu subjek jarang masuk kelas dan tak ajar tajuk yang patut mereka belajar. Tiba – tiba tajuk tu naik untuk soalan peperiksaan penggal. Dah tak belajar memang tak boleh jawab. Makanya tinggallah soalan tu.  Yang paling best bila Cikgu bagi markah bonus untuk soalan tu. Marah juga si ayah ni. Bila di tanya kenapa cikgu jarang tak masuk kelas, jawab si anak cikgu subjek tu lebih ke arah tugas lain sampai kerap tak masuk kelas. 

 

Mudahkan..bila kita abaikan sesatu tugas yang telah diamanahkan kat kita. Kita dah belajar kita mengaji kita faham tentang AMANAH. Kadang-kadang benda macam ni  memang dah jadi kebiasaan orang kita ,  ambil mudah sikap amanah ni. Tak kisah la dari segi duit ka, rahsia ka, kerja ka.
 
Benda macam ni mudah ja, bila sesatu kerja yang telah diamanahkan buat kita, kita tak laksanakan, kita ambil mudah, kita lepas macam tu saja. Takut nanti hasil yang kita dapat TAK BERKAT, sebabnya kita tak dak amanah dalam kerja kita..


Amanah ni bila ia menjadi tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa kita abaikannya. Untuk menjadi darah daging, amanah bukan hanya perlu dipelajari dan diamalkan, tetapi juga mesti dirasai dan dihayati.

~~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!