11 Sebab Wanita Perlu Berbengkung Lepas Bersalin

By Zahirah Dzahir - 6/13/2016 09:58:00 PG

Assalamualaikum..



Ramai wanita akan mengeluh tentang masalah perut menggeleber dan buncit yang dialami selepas bersalin. Ia memang masalah normal yang akan dilalui oleh wanita yang sudah bergelar ibu.

Tetapi ia bukan masalah yang tiada penyelesaian. Asalkan anda rajin dan konsisten, mudah sahaja 'melenyapkan' segala buncit yang muncul itu.

Antara kaedah tradisional popular yang menjadi amalan turun-temurun adalah amalan berbengkung. Bengkung adalah amalan tradisi yang menggunakan sekeping kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas
pada sekeliling bahagian perut sebaik sahaja selepas bersalin.

Bengkung dipakai selepas semua rawatan urut, tungku, tangas, param, pilis dan tapel. Selain memakainya pada waktu siang, sebaiknya bengkung mesti dipakai pada waktu malam juga terutama sebelum makan malam bagi membentuk semula bentuk badan.

Untuk mendapat kesan baik anda digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang. Bagi memudahkan kerja, anda boleh menggunakan bengkung moden yang mempunyai tali ataupun yang berpelekat. Jadi, anda boleh memakainya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan kerana ia membantuk semula bahagian badan yang berlemak.

Antara kebaikan berbengkung adalah berikut

1. Amalan ini dipercayai boleh membantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat proses kehamilan.

2. Selain untuk faktor kecantikan, amalan berbengkung juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung.

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin.

4. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.

5. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.

6. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

7. Mengelakkan badan daripada 'masuk angin'.

8. Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang.

9. Menyokong rahim supaya tidak 'jatuh' dari kedudukan asal.

10.Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas bayi sudah keluar. Jika tidak berbengkung ibu akan berasa perut seperti bergerak-gerak.

Untuk mendapatkan kebaikan tersebut,amalan berbengkung mesti dilakukan dengan tekun tanpa culas sepanjang tempoh berpantang.

Cara penyediaan berbengkung

Jika berbengkung dengan sapuan herba, perut perlu disapu dengan ramuan herba. Kain kecil digunakan untuk menutup ramuan herba yang disapu pada perut. Kemudian barulah memakai bengkung.

Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari. Bengkung haruslah diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Jika pendek ia akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Ibu bersalin secara caesarean perlu menunggu sehingga dua minggu hingga sebulan sebelum memakai bengkung. Cara pemakaian bengkung tradisional dengan meletakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Selepas bengkung dibuka pastikan kawasan jahitan dilap kering.


kredit  majalahpama

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!