Kisah Kehidupan Dr Vida QU PUTEH Yang Sangat Berinsipirasi
By Zahirah Dzahir - 12/16/2015 10:26:00 PG
Assalamualaikum..
Disebalik Kisah Kejayaan Pengasas QU PUTEH dari mynewsbistro.blogspot.my
Kisah Dr.Vida
Qu Puteh, Qu Puteh, barula puteh.

Dikenali seluruh
Malaysia dengan tagline, 'Qu Puteh, Barulah Putih!', ikuti temubual Hasmiza
bersama wartawan Malaysia Gazette yang bakal menceritakan kisah kejayaan beliau.
Jangkaan mengenai
personaliti wanita ini yang kurang peramah agak tersasar jauh.
Ditambah pula dalam
gemerlapan populariti yang dilimpahinya bukan sedikit, Datuk Seri Dr. Hasmiza
Othman melangkaui apa yang disangkakan pada awal pertemuan.
Sebelum ini, nama
wanita berusia 43 tahun ini asyik disebut-sebut. Gara-gara melabur RM3 juta
untuk menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), impak produknya, Qu Puteh
menjadi fenomena yang luar biasa.
Hasmiza yang popular
dengan gelaran Datuk Vida itu tidak dapat lari daripada menjadi kutukan
segelintir masyarakat apabila dia dituduh gila glamor apabila mengiklan diri
dan produknya secara berlebihan ketika siaran langsung AJL29.
Apatah lagi dengan
tanggapan suka menunjukkan kemewahan barang kemas dan baju mahal, Ketua Pegawai
Eksekutif, Vida Beauty Sdn. Bhd. ibarat tidak bernyawa apabila diserang dari
kanan dan kiri.
"Memang susah
buat saya kerana gaya hidup saya sangat bertentangan dengan anggapan orang
ramai dan apa yang mereka lihat di kaca tv.
"Saya sebenarnya
seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Saya bukan suka sangat nak
pakai baju manik merlip dan muncul dengan penampilan sebegitu.
"Semuanya saya
lakukan kerana identiti untuk produk saya dipromosi. Saya kena ada kelainan
penampilan, baru orang ingat jenama produk saya," katanya tersenyum
manis.
Kata ibu kepada empat
anak ini, dia sebenarnya tidak kisah untuk membeli apa jua barang walaupun
tidak berjenama asalkan ia nampak cantik dan sedap mata memandang.
"Saya juga jenis
tidak kisah makan di mana-mana. Gerai bawah pokok saya pergi hari-hari kalau
sudah sedap. Pernah saya ketagih sangat dengan nasi vanggey.
Buat apa nak malu.
Saya pun tidak obses dengan kereta sport mewah. Cukup sebuah kereta yang selesa
untuk saya berjalan jauh dan dapat berehat dan tidur sekejap," katanya
bersungguh-sungguh dalam nada yang penuh teruja ketika ditemui ibu pejabat Vida
Beauty di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Menyambung perbualan
yang semakin rancak, Hasmiza memberitahu kesukaran hidupnya melalui pelbagai
pahit getir untuk berada pada tahap hari ini mengajarnya untuk tidak meninggi
diri.
Wanita kelahiran
Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum
menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
"Saya dan ibu
hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya
mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.
"Saya pernah
jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya
lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
"Ini kerana saya
selalu fikir saya bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu
itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.
Jelasnya, lebih
menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos
perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal
dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini
harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
"Tapi baru tahun
pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara
hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.
"Saya mula jual
macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain
telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.
"Pernah waktu
cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran
segera, Kentucky Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari
duit bagi menampung kos pelajarannya.
Sebagai pemegang
Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil
berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh,
Perak.
"Orang cakap
kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh
demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat
Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak
jauh," katanya rancak bercerita.
Seterusnya, akibat
jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih
perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula
membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon
bagi rawatan wajah.
Apatah lagi, ketika
itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar
mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk
kecantikan sendiri secara kecilan.
Seterusnya, rezeki
berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya
dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
Mendapat wang
tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk
mempromosi produknya itu.
Namun akhirnya akibat
salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak
mendapat sambutan.
"Rasanya sudah
berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu
bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena
ikut cara saya.
"Saya yang bagi
idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa
tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29,
saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
"Dan Alhamdulillah,
iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak
hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada
stokis secara kuota," katanya serius.
Vida Beauty kini
memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura
dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu,
bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman
kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi
fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga
mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Apabila ditanya hasil
di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu
tiba-tiba menjadi sangat ceria.
Katanya, dia gembira
dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan
untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
"Sebanyak 98
peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya
gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang
tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
Selain itu, saya juga
mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang
berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya yang malu-malu
bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa
rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.
Emosi sedih Hamza
semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun
bergelar usahawan berjaya.
Wanita ini berkata,
kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam
kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih menyayat hati,
dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25
Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua lagi anaknya,
Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi
penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
Bercerita mengenai
arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
"Dua arwah anak
saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk
syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka
tidur.
"Namun saya
sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima
berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di
akhirat nanti," katanya sayu.katanya sayu.
Di akhir wawancara
ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman
bergelar ibu tunggal.
Berkahwin kali ketiga
pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini
biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.
Kurang selesa
bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu
tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.
Derita yang dia tidak
tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan
mengecapi alam perkahwinan.
Barangkali air mata
wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita
sebelum berada di puncak pada hari.
Justeru, kata nista
yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat
dirinya.
"Saya cuma
berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib
baik.
"Kehilangan dua
anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang
saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang melengkapkan
pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya.
kredit http://mynewsbistro.blogspot.my
1. Berniaga sejak kecil.
2. Nama diberi Hasmida. Dapat nama Vida dengan namanya Ida dan dia rasa V itu bertuah kerana pada zaman itu kereta perdana V6 dan Volkswagen sangat femes.
3. Semasa universiti berniaga juga, ketika itu tiada orang pakai motor tapi Dr.Vida dah pakai kereta.
4. Bergelar pendidik. Sewaktu kerja sebagai pendidik dia telah berusaha dan memiliki beberapa salon.
5. Selepas ada salon dia cuba untuk buat produk sendiri. Dia habis sebanyak rm800k untuk produk ya namun satu sen tak balik modal.😲
6. Selepas itu dia tidak putus asa dan beroleh idea untuk memasarkan produk untuk golongan tua iaitu pamoga.
7. Dia hasilkan pamoga sebanyak 500 botol dan setahun baru habis produknya walau berbagai marketing yang dia lakukan.
8. Selepas dia berhenti kerja dia sendiri marketingkan produknya, barula meletup.
9. Setelah meletup produknya, Dr.Vida diberikan dugaan yang amat besar. 2 anak lelakinya mati dalam kebakaran.
10. Dr.Vida tidak mampu menatap wajah anak-anaknya yang telah meninggal. Anak-anaknya meninggal disebabkan kebakaran --> lemas asap. Berdarah telinga dan mulut. Dr.Vida hanya membayangkan anak-anaknya gembira, ceria dan bahagia. (Hebatkan, tabahkan)
11. Sejak peristiwa itu Dr.Vida banyak muhasabah diri. Berdiam siri dari dunia 'glamour' selama 2 tahun.
12. Sekarang dia BANGKIT dan muncul kembali bergiat aktif dalam dunia perniagaannya. Menaja pelbagai rancangan TV yang ramai peminat.
13. Dr.Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.
14. Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.
15. Dr.vida cakap juga sentiasa bersedekah.
Ujian hebat untuk orang hebat. Sentiasa berusaha dan anggap yang berlaku semua Allah dah buat yang terbaik-Dr.Vida
sumber facebook
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!