Pemakanan Sempurna Untuk Pertumbuhan Oleh Prof Dr Norimah A Karim

By Zahirah Dzahir - 9/04/2015 04:32:00 PTG

Assalamualaikum..

Pemakanan Sempurna untuk Pertumbuhan
 

oleh Prof Dr Norimah A Karim ( Pakar Pemakanan )

Dalam pelbagai aspek kanak-kanak membesar, pertumbuhan dan perkembangannya banyak bergantung kepada pemakanannya. Nutrien yang optimum, pelbagai dan seimbang dapat memastikan anak anda membesar secara normal dan sihat. Ia juga memberi:
  • Perlindungan terhadap pelbagai penyakit dan jangkitan dengan menguatkan tubuh dan sistem imun.
  • Tenaga yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental yang sangat pantas.
  • Perkembangan fizikal dan mental seperti daya ingatan dan penglihatan serta tumpuan yang lebih baik di sekolah.
Tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi keseluruhan keperluan pemakanan anak anda. Tubuh mereka melakukan pelbagai fungsi (iaitu, penghadaman, fungsi kognitif, pengecutan otot, pengerasan tulang) dan pertumbuhan adalah agak pantas dalam tempoh ini. Maka, nutrien yang pelbagai diperlukan untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza ini.

Pengambilan Nutrien Untuk Kanak-Kanak

Kalori yang dimakan setiap hari harus diperolehi daripada sumber yang pelbagai agar kanak-kanak mendapat nutrien yang diperlukan dalam amaun yang bersesuaian untuk pertumbuhan mereka. Antara nutrien utama, fungsi dan sumbernya termasuk:

Nutrien
Fungsi
Sumber kaya
Sumber kaya

Membina tulang dan gigi yang kuat, menggalakkan fungsi saraf dan otot yang sihat, membantu membekukan darah, dan mengekalkan denyutan jantung yang normal.

Susu, yogurt, keju dan produk tenusu, sardin dalam tin, ikan bilis, tauhu dan tempe, bayam, kailan dan brokoli.
Zat besi

Penting untuk menghasilkan hemoglobin, pigmen merah yang membawa oksigen di dalam darah dan mioglobin, pigmen yang menyimpan oksigen di dalam otot.

Daging tanpa lemak, ayam, telur, ikan, hati, sayur berdaun hijau seperti bayam, kangkung, kailan.
Magnesium

Mengekalkan tulang yang kuat dan rentak jantung yang mantap, menyokong sistem imun, dan membantu mengekalkan fungsi otot dan saraf.

Rumpai laut, kekacang, kacang dan biji-bijian (kacang badam, biji bunga matahari dan bijan), serta avokado.
Zinc

Diperlukan oleh enzim yang membantu dalam penghadaman dan metabolisma, serta penting untuk pertumbuhan.

Daging (lembu, ), ayam, ikan dan kekerang. Kacang, biji-bijian, legum dan bijirin penuh (terutama bran dan germa).
Vitamin A

Memainkan peranan penting dalam penglihatan mata dan pertumbuhan tulang; membantu melindungi tubuh daripada jangkitan; menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan sel dan tisu di dalam tubuh, termasuk rambut, kuku, dan kulit.

Hati, telur, betik, mangga, lobak merah, keledek, labu, sayur berdaun hijau seperti bayam, kangkung, kailan
Vitamin D

Membantu tubuh menyerap mineral seperti kalsium dan membina gigi dan tulang yang kuat. Penting untuk mencapai potensi pertumbuhan dan jisim tulang.

Minyak  ikan, susu lembu yang diperkaya, sardin dalam tin, hati ayam dan kuning telur.
Vitamin E

Menghadkan penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel. Penting untuk imuniti, membaiki DNA, dan proses metabolik yang lain.

Minyak kelapa sawit, minyak bran beras, serta bahagian bran dan germa bijirin seperti oat, barli dan beras.
Iodin

Digunakan oleh kelenjar tiroid untuk membantu mengawal metabolisma dan perkembangan rangka dan otak.

Rumpai laut, ikan laut dan kekerang.
Riboflavin
(Vitamin B2)

Diperlukan untuk metabolisma tenaga, membina tisu, dan membantu mengekalkan penglihatan yang baik.

Susu, hati, kacang kuda, dal, telur, dan daging lembu.
Niasin
(Vitamin B3)

Penting untuk mengubah makanan kepada tenaga. Ia menyokong fungsi sistem penghadaman, kulit dan saraf, serta memperbaiki peredaran darah.

Daging lembu , ikan, ikan bilis, kacang, bijirin penuh dan tepung gandum bijirin penuh.

Bagi bayi, susu ibu membekalkan kesemua nutrien yang mereka perlukan. Adalah disarankan ibu meyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan. Penyusuan susu ibu yang diteruskan sehingga usia 2 tahun dan digabungkan dengan makanan pelengkap juga sangat digalakkan.

Pendekatan B.M.V

Asas pemakanan yang baik ialah pemilihan diet yang  seimbang (Balanced), 
pastikan mereka makan dalam saiz sajian yang sederhana (Moderation) setiap waktu makan dan,
sediakan pelbagai (Variety) makanan yang berbeza tekstur, warna dan rasa untuk mereka.

Apa yang harus saya beri dan berapa amaunnya?

Mengikuti pendekatan BMV, pengambilan pelbagai jenis makanan pada setiap waktu makan memastikan anak anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan. 

Piramid Makanan bagi Kanak-Kanak 2-6 tahun boleh membantu anda menyediakan hidangan yang seimbang. Jangan lupa untuk menyediakan saiz sajian yang sederhana.

Amalkan Tabiat Makan Secara Sihat Sebagai Sebuah Keluarga

Apabila seluruh keluarga bersama-sama ke arah tabiat makan yang sempurna dan diet yang sihat, amalan tersebut bertukar menjadi satu rutin yang mudah. Selain itu, anda harus cuba untuk:
  • Mengurangkan penggunaan lemak, garam dan gula apabila memasak.
  • Baca label pemakanan sebelum membeli makanan anda.
  • Memasak dengan cara penyediaan yang lebih sihat (contohnya merendidih, merebus, memanggang).
  • Makan bersama sebagai sebuah keluarga pada waktu makan utama untuk mengeratkan hubungan.
  • Jangan melangkau waktu makan.
Pastikan libatkan anak anda dalam amalan tersebut. Didik anak anda tentang pilihan sihat. Semakin banyak maklumat dibekalkan, semakin bijak mereka membuat pilihan makanan dengan betul.
 

sumber dari http://mypositiveparenting.org/

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!