Singgah Sahur YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir Bersama Anak-Anak Yatim PERKIM, Lorong Seri, Alor Setar.

By Zahirah Dzahir - 6/28/2015 03:39:00 PTG

Assaalamualaikum..

Sebelum ni Cik Husband ada bagitau, nanti YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir akan pi makan sahur dengan anak-anak yatim, PERKIM. Dah Cik Husband warden kat Asrama Perkim, memang terbabit sekalilah nak kendalikan majlis ni.

26/6/15..Maka bermulalah majlis ni, anak anak yatim Perkim makan sahur dengan MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir. Ramai juga yang ada dalam majlis ni..Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan, Dr Cheah, dan pegawai dan staff  Perbadanan Menteri Besar Kedah

Dalam majlis awai pagi tu, anak anak yatim perkim dapat bersahur bersama YAB MB, menerima bantuan Ramadhan, sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar Kedah dan sembahyang Subuh berjemaah bersama.  Macam biasa, ucapan mesti ada, YAB MB berucap agar anak anak yatim Perkim belajar rajin-rajin dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Gembira anak anak yatim Perkim sebab dapat bersahur bersama YAB MB. Majlis ni berakhir sekitar 6.30 pagi. Terima kasih YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir kerana sudi meraikan anak anak yatim Perkim..


 menunggu ketibaan YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir


kredit pic fb MMFC
kredit pic fb MMFC

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!