Viral : Kejadian Yang Berlaku Di KFC Buka Mata Rakyat
By Zahirah Dzahir - 5/17/2015 01:45:00 PTG
Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang dah baca kisah ni. tak pa..saja Saya nak share sekali lagi..
------
Kejadian yang berlaku di sebuah Restoran KFC ini wajar menjadi
iktibar buat rakyat Malaysia. Pengguna Facebook, Riff Muhd menceritakan
bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah
memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia.
Kami kongsikan semula disini dengan harapan ia menjadi kisah teladan yang wajar dicontohi oleh kita, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Uncle, Kita semua Malaysians.
Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi
seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.
Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia
terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si
nenek.
Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai
uncle tersebut.
"Uncle, mari sini."
Uncle pun terus ke depan seolah tahu.
"Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung
baris uncle."
Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.
"Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.
Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik
tangan hamba Allah tersebut.
"Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata
abg tersebut
"Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak
berebut. Tak apa, tak apa."
Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..
"Tak apa adik, you ambik akak punya baris."
"I'll give you my queue, I'm not in rush."
"Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."
Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia
pun akur dan kembali di dalam baris..
In shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua,
kurang upaya dan ibu mengandung. Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.
Terima Kasih Malaysia.Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian
ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita. Mungkin selama ini rakyat
Malaysia dikaburi dengan ideologi dan anasir yang tidak baik dibawa oleh
sebahagian ahli politik dan NGO-NGO yang berkepentingan
Sumber : Tengoktvonline
3 orang berborak di sini!
Ini lah sepatutnya sikap yang perlu ada bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dubia
BalasPadamTypo *dunia
BalasPadamTapi skrg tak ramai dah yg bersikap macam ni..bnyk yg lebih suka amalkan sikap saya, saya.. awak,awak..
BalasPadam