Assalamualaikum..
Akibat dari anak kembar Saya yang kena simptom camni..so Saya pun googel n jumpa la cerita pasai ni. Jom Baca..
Serangga ni namanya Charlie, glamer kan namanya?. Dok gugel cari pasai Charlie ni, kebanyakkan cerita ni mai dari kawasan Utara, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tambah plak mai musim menuai padi lagi banyak kerana habitat sebenarnya ialah sawah padi. Serangga ini sangatlah berbisa kerana boleh membawa maut. Kalau kena ja gigitan serangga ini, boleh menyebabkan rasa panas seta boleh meninggalkan parut.
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan.
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus Fuscipes
Nama Tempatan: Semut Sema, Semut Kayap, Charlie
Kesan:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang Rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksidannya.
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya.
So..jangan tepuk serannga tu..hembus ja sampai serangga tu jatuh, kalau pi tepuk dia, kemungkinan ekornya kena kulit korang, secara automatik korang akan terasa pedih, panas dan akan menghasilkan gelumbung-gelumbung air.
ni Hazim Zikry yang kena
Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
- Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.
- Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak*
- Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.
- Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
- Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
- Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
NOTE : CHARLIE
SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA
BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH &
RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA.
sumber http://ohrojak.blogspot.com/ dan
http://tengkubutang.blogspot.com/
- Mummy Ira -
2 orang berborak di sini!
uishhh takut plak tengok kesan camtu kat kulit...
BalasPadamtu la Sis Nani..takut tengok..cam kembar kena..ingatkan kayap..lelama merah..naik gelembung bisa tu..nasib baik kat muka tak naik gelembung tu..naik line kat pipi n merah bawah n sekitar kelopak mata dia.
Padam