Assalamualaikum..
SELAMATKAH UNTUK TERUS MAKAN VITAMIN YANG TAMAT TEMPOH
Jawapannya
ialah SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada
penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk
pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk
mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling
terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan
tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara
umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin
tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan
beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang
dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan
beli baru.
Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti
yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut
tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan
kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi
seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada
sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin
tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah
bau dan warna.
Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut
laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat
terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg
terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti
sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup
penutup membolehkan pemejalwapan berlaku dalam botol. Sebenarnya cara
terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di
mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.
Kesimpulannya,
vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan
makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk
mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten
bermula dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg
kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh
tamat tempoh.
share dari blogger2 shaklee
- Mummy Ira -
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!