Tips Penjagaan Kulit Wajah Untuk Lelaki

By Zahirah Dzahir - 3/02/2015 11:34:00 PG

Assalamualaikum..

google

Selalu kita dengar n share pasai tips  penjagaan kulit wajah untuk wanita sahaja kan. Kali ni jom baca tips untuk menjaga kulit dan wajah lelaki pula.

Pastikan kulit anda bersih
Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya seamsa bercukur dan mengelakkan luka.

Skrub muka
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!

Pelembap
Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.

Jerawat
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.

Kulit kering
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembapadalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus guna pelembap yang lebih kepada pelembap berubat yang boleh didapati di farmasi.

Kulit berminyak
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

Blackheads
Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip for blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.

Liang pori
Lubang dilihat pada kulit dan di sekitar hidung yang dikenali sebagai liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.

Kedut
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka baik, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan kedutan.

Tips Bercukur
Adalah penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur.

Pilih alat pencukur yang betul
Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.


Jom kita share tips ni..Semoga manfaat untuk para lelaki di luar sana.

www.wanista.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!