Assalamualaikum..
Cuaca panas di sesetengah kawasan semenanjung dan barat Malaysia mula dirasai. Ramai yang demam akibat dari cuaca yang sangat panas. Kalau boleh tu jauhi diri daripada cuaca panas yang terik dengan kurangkan aktiviti luar dan sentiasa kerap minum air putih untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan. Saya ingin share tips di sini:
- Minum air dengan secukupnya..sekurangnya 3 liter..jangan ambil minuman yang berkafein atau beralkohol kerana minuman tersebut akan mengakibatkan hidrasi..minum air jus buah buahan untuk segarkan badan..tak pun minum air isotonik bagi ganti garam dan mineral yang hilang dari badan.
- Berada di dalam rumah/bangunan..hadkan aktiviti diluar rumah
- Pakai juga pakaian dari jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh dan cerah bagi membantu memantulkan cahaya matahari
- Gunakan krim pelindung matahari ( sunblock ) ketika berada di luar untuk mengelakkan kulit anda terbakar.
- Jangan tinggalkan anak kecil tanpa pengawasan di dalam kenderaan .
- Gunakan kipas angin untuk menurunkan suhu badan
- Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri ketika di luar
Tips Menghadapi Cuaca Panas Dari Kementerian Kesihatan Malaysia
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!