Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun Bermula 1 Februari 2015

By Zahirah Dzahir - 1/31/2015 09:33:00 PG

Assalamualaikum..

Harga petrol RON95 turun 21 sen, RON97 turun 11 sen bermula esok

Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.
"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang.

minyak turun Februari

www.astroawani.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!