Kejang Betis Semasa Hamil - Ostematrix

By Zahirah Dzahir - 4/24/2014 10:29:00 PG


Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
 
Apa perlu buat?
 
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
 
*Urut otot yang kejang itu.
 
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip elakkan kekejangan betis
 
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.
PA N MA 
------------------------------------------------

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!