Cara Rawat Puting Luka Bagi Ibu Menyusu

By Zahirah Dzahir - 4/20/2014 05:23:00 PTG

Puting luka, puting merekah, puting melecet atau cracked nipple adalah antara masalah yang selalui berlaku semasa ibu beberapa bulan pertama menyusukan bayi. Selain itu, ibu juga mungkin mengalami masalah puting luka ini semasa bayi mula tumbuh gigi. Rasanya memang sangat pedih. Ini menyebabkan sesetengah ibu menjadi takut untuk menyusukan bayi kerana takut sakit.

puting luka 

Punca Puting Luka

Cara lekapan yang salah – Cara lekapan yang betul ialah mulut bayi anda perlu menganga dengan besar dan memastikan bahagian aereola berada dalam mulutnya. Selalunya, kesilapan yang sering berlaku ialah bayi hanya menghisap dibahagian puting.

Ibu menghentikan penyusuan secara paksa – Untuk menghentikan penyusuan, anda perlu pastikan bayi anda telah berhenti menghisap terlebih dahulu. Selepas itu, barulah masukkan jari kelingking anda melalui sudut bibir bayi untuk mengeluarkan puting anda dengan perlahan-lahan.

Bayi menggigit kerana gatal gusi- Bayi yang baru mula nak tumbuh gigi akan cenderung untuk mengigit puting ibunya. Cara mengatasi masalah ini ialah tekupkan hidung bayi anda ke payudara seketika. Bayi anda secara automatik akan melepaskan gigitannya. Tindakan ini perlu dibuat secara konsisten setiap kali bayi anda menggigit dan lama-kelamaan bayi anda akan faham bahawa sekiranya dia menggit dia akan lemas.

Kulit puting kering – Kulit puting yang kering akan lebih mudah mengalami luka. Pengambilan vitamin E dapat membantu melembabkan kulit yang kering.

Tips Rawat Puting Luka
  • Gunakan krim khas untuk puting luka. Pilih krim semulajadi yang selamat untuk penyusuan yang tidak perlu dicuci.
  • Sapukan sedikit susu anda di puting selepas sesi penyusuan atau mengepam dan biarkan ianya kering seketika.
  • Rehatkan satu sesi penyusuan bagi payudara yang mengalami puting luka.
  • Amalkan Pengambilan supplement Zink dan Vitamin C yang berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan Vitamin E untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
Nak baca tentang masalah saluran susu tersumbat klik sini.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!