Masker Madu Untuk Atasi Masalah Jerawat

By Zahirah Dzahir - 2/28/2015 08:57:00 PTG

Assalamualaikum..



Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Masa muda remaja dulu muka memang penuh ngan jerawat. Masa tu mana la mampu nak beli pencuci muka yang mahal dan elok sikit , setakat pakai pencuci muka yang mampu milik je. Even pencuci muka tu tak sesuai dan makin mengakibatkan jerawat

keluar dengan jayanya terpaksa hadap jugak , paling kurang pun stop pakai sekejap je. Kadar diri duit belanja pun mak abah yang tanggung lagi kan.
ada seorang kawan yang suggest cuba letak madu yang dicampur perahan limau nipis tuk dipakai tiap-tiap malam sebelum tidur. Masa tu berkira-kira jugak nak mencubanya, ya la madu tu kan melekit plus risau takut tengah-tengah tidur ada kena serang ngan semut pulak. Lagi pun kat mana nak cari madu asli kan?

Tapi disebabkan nak kulit muka yang bebas jerawat, saya ikut petua kawan saya tu, tapi sekadar guna madu komersial biasa sahaja. Alhamdulillah memang berkesan sungguh , jerawat macam dah segan nak tumbuh kat muka ni dah.



Selain campuran madu dengan perahan limau nipis, ada masa saya sapukan campuran madu dengan serbuk kulit kayu manis. Campuran Madu dengan serbuk kulit kayu manis ni pun boleh hilangkan jerawat jugak.

Masker madu campur serbuk kulit kayu manis:
  1. Ambil 1 sudu kecil madu dan campurkan dengan serbuk kulit kayu manis
  2. Kacau sebati
  3. Sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur
  4. Peringatan : Pastikan alas bantal dengan tuala ya
Cuba la...Insyaallah berhasil

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!