Tips Segarkan Badan & Larangan Makanan Semasa Pantang
By Zahirah Dzahir - 9/24/2013 06:09:00 PTG
Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan. Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.
Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas
Setiap orang tidak sama dan jika anda berpantang bersalin anak sulung, anda harus mencuba makan makanan yang tidak boleh dimakan. Contohnya ada orang tidak boleh makan sayur bayam dan kubis semasa pantang sebab nanti bentan dan sejuk tetapi orang lain ada pula tidak apa-apa bila memakan sayur di ini. Jadilah cubalah semua dan baru anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang anak kedua nanti.
Larangan Makanan Semasa Pantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
| |
AYAM & DAGING
|
| |
IKAN
Penting:
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
|
|
|
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman |
| |
SAYUR-SAYURAN /
menjalar, sejuk serta berangin
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu
Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh. |
| |
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
|
| |
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan |
|
|
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.
Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.
Air madu memanaskan badan.
|
|
0 orang berborak di sini!