Kurus Tanpa Perlu Diet

By Zahirah Dzahir - 9/28/2013 04:22:00 PG

 Assalamualaikum

Pasti ramai di kalangan anda yang menginginkan bentuk badan yang menarik, ingin loose weight, ingin berat badan ideal. TETAPI.......... anda tidak mahu diet. Siapa kata tak boleh? BOLEH!!! Anda boleh kurus tanpa perlu diet. Kalau anda salah diet, maka usaha anda untuk diet tidak akan membuahkan hasil. Kami ingin berkongsi TIPS bagaimana untuk kurus (weight loss) tanpa perlu DIET.



✤ KAWAL MASA MAKAN ANDA
✔ Biasakan diri anda untuk makan perlahan-lahan
✔ Tetapkan masa makan selama 20 minit setiap kami makan
✔ Hayati makanan anda dan tidak perlu tergesa-gesa
✔ Anda akan merasakan diri anda akan lebih cepat terasa kenyang
✔ Pengambilan makanan anda akan lebih sedikit
 
✤ TIDUR SECUKUPNYA
✔ Kajian menunjukkan tidur sejam berlebihan daripada tempoh biasa anda akan membantu anda kurang 14 pound dalam masa setahun
✔ Tidur pada waktu anda tidak aktif boleh mengurangkan kalori anda sehingga 6%
✔ Kurang tidur boleh menyebabkan anda berasa sentiasa lapar

✤ MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR-SAYURAN
✔ Makan sekurang-kurangnya 3 jenis sayuran
✔ Membantu anda untuk makan banyak tetapi dengan cara yang sihat
✔ Sayur-sayuran mengandungi kandungan serat dan air yang sangat tinggi - membantu anda untuk berasa kenyang dengan kuantiti kalori yang sedikit
✔ Masak sayur-sayuran tanpa bahan berasaskan lemak kerana ia akan mengurangkan kebaikan sayuran tersebut

✤ AMALKAN PENGAMBILAN SUP
✔ Sup mengandungi kandungan kalori yang sedikit (bergantung kepada cara pemasakan)
✔ Amalkan pengambilan sup sebelum makan makanan yang lebih berat kerana sup membantu mengawal selera makan anda
✔ Mulakan dengan sup yang rendah lemak (ditambahkan dengan sayuran)
✔ Elakkan sup yang ber-krim (berlemak) kerana ia tinggi kalori dan lemak

✤ AMALKAN MAKANAN BIJIAN PENUH
✔ Bijirin seperti beras perang, barli, oat, gandum membantu anda lose weight
✔ Bijirin tersebut membantu mengenyangkan anda dengan nilai kalori yang sedikit, serta rendah kolesterol

✤ INSPIRASIKAN DIRI ANDA
✔ Letakkan sesuatu yang membantu motivasikan diri anda untuk diet seperti baju, skirt, gaun
✔ Pilih pakaian yang saiz nya kurang sedikit agar anda motivate untuk capat target dalam masa yang singkat
✔ Kemudian pilih pakaian yang jauh lebih kecil untuk anda lebih bersemangat mencapai impian anda

✤ MAKAN PIZZA YANG BERKHASIAT
✔ Pilih pizza yang mempunyai topping sayuran, bukan daging
✔ Anda berkemungkinan dapat mengurangkan 100 kalori
✔ Pilih pizza yang kurang cheese

✤ KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
✔ Kurangkan pengambilan air bergas - anda telah mengurangkan 10 sudu teh gula
✔ Minum air kosong, ditambahkan dengan lemon, pudina
✔ Pengambilan air bergas mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi - anda mungkin boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 2.5 pound dalam 4 minggu

✤ GUNAKAN GELAS YANG TINGGI DAN KURUS
✔ Membantu mengurangkan kalori dalam bentuk cecair
✔ Membantu anda mengurangkan 25 - 35 % kandungan jus, soda, atau minuman lain
✔ Kajian menunjukkan pandangan boleh "menipu" kita untuk mengambil lebih atau kurang

✤ AMALKAN PENGAMBILAN GREEN TEA
✔ Kajian menunjukkan pengambilan green tea boleh membantu menjana tenaga untuk membakar kalori dalam badan anda

✤ AMALKAN YOGA
✔ Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan yoga lebih cenderung untuk lose weight
✔ Amalan yoga membantu anda untuk lebih tenang dan membantu anda mengawal selera makan

✤ MAKAN DI RUMAH
✔ Makan masakan yang disediakan di rumah sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
✔ Anda akan lebih cenderung untuk masak dalam kuantiti yang sedikit

✤ MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG
✔ Kebanyakan umat Islam sentiasa mengamalkan tips ini
✔ Kebanyakan individu akan mempunyai signal untuk "berhenti makan". Apabila signal ini anda rasai, berhentilah makan.

✤ KUNYAH CHEWING GUM
✔ Bila anda rasa kelaparan, kunyahlah chewing gum yang kurang kandungan gula
✔ Ia membantu anda untuk kunyah snek-snek ringan

✤ GUNAKAN PINGGAN YANG LEBIH KECIL
✔ Pilih pinggan yang lebih kecik (sebagai contoh 10 inci) instead of pinggan yang bersaiz 12 inci
✔ Membantu anda mengurangkan 100 - 200 kalori sehari (10 - 20 pounds setahun!)
✔ Anda tidak akan perasan atau berasa lapar apabila mengambil makanan dalam pinggan yang bersaiz lebih kecil


✤ CUBA ATURAN 80 - 20
✔ Makan sehingga anda rasa 80 % kenyang
✔ Penduduk Okinawa menamakan aturan 80 - 20 ini sebagai Hara Hachi Bu
✔ Ambil 20 % jumlah makanan kurang daripada biasa

✤ KAWAL JUMLAH PEMAKANAN APABILA MAKAN DI LUAR
✔ Kebanyakan restoran menyediakan makanan yang boleh menyebabkan kegemukan
✔ Tetapi tidak salah sekiranya anda ingin makan luar. Cuba tips ini:
➱ Kongsi satu makanan dengan rakan-rakan / keluarga
➱ Order pembuka selera
➱ Pilih kuantiti seakan makanan kanak-kanak
✔ Pastikan apabila anda makan separuh dari pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran

✤ KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING
✔ Makan lebih banyak sayur-sayuran
✔ Separuh pengambilan daging juga penting dan mampu memberi nutrisi kepada anda, dan dalam masa yang sama pengambilan makanan anda itu kurang kalori

✤ BAKAR 100 KALORI SEHARI
✔ Anda boleh kehilangan 10 pounds setahun sekiranya anda dapat membakar 100 kalori sehari
✔ Cuba aktiviti berikut:
➱ Berjalan kaki sejauh 1 km selama 20 minit
➱ Tarik rumput selama 20 minit
➱ Memotong rumput selama 20 minit
➱ Bersihkan rumah selama 30 minit
➱ Ber-jogging selama 10 minit

credit


Kita juga boleh mengambil supplement tambahan untuk atasi masalah berat badan ..klik vitamin kurus @ Vitamin Shaklee  untuk kesihatan diri secara menyeluruh..Ingin dapatkan  boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

 Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!