Melayan Anak Terlalu Aktif

By Zahirah Dzahir - 12/27/2013 11:48:00 PG

Assalamualaikum..

Kata orang anak yang aktif, petanda dia sihat dan bijak tetapi ada kalanya keaktifan mereka membuatkan papa dan mama kepenatan melayan kerenah mereka.
Kadang kala anak aktif sukar tidur siang dan malam. Ini merisaukan papa dan mama kerana setiap masa dan saat perlu memastikan keselamatannya di rumah atau di mana sahaja.
Adakah perkara ini biasa bagi seorang kanak-kanak berperangai sedemikian? Jika hilang sabar, ada kalanya boleh sampai memarahi atau memukul anak.
Memanglah agak meletihkan sedikit bagi ibu bapa kerana melayan kerenah anak keletah ini. Begitulah adatnya mendidik anak yang sedang membesar. Anak-anak ini sebenarnya mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Persamaan yang ketara, selalunya orang tua-tua kata kalau anak cepat berjalan, dia lambat bercakap dan sebaliknya. Memang kebanyakan mereka melalui fasa yang sama. Tetapi, ada juga yang tidak. Ada yang lambat berjalan dan juga lambat bercakap.
Pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada “temperament” mereka. Ia juga dikenali sebagai personaliti. Jadi, tukarlah rasa “terbeban” dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan “keseronokan” agar kita tidak berasa “susahnya jaga anak yang seorang ni”.
Jangan dimarahi atau dipukul (kecuali memang anak melakukan kesalahan yang nyata) hanya kerana terlalu riuh rendah bermain atau tidak mahu duduk diam. Belai dengan kasih sayang dan berikan sesuatu yang boleh membuatnya tertumpu kepada satu-satu perkara atau ajaklah dia bermain bersama sehingga penat.
Kadangkala, oleh kerana kita terlalu menyekat pergerakannya, itu tak boleh ini tak boleh, menyebabkan mereka tidak puas bermain sehingga  mereka tidak mahu berhenti bermain (kerana permainan mereka asyik terganggu dengan kata-kata “jangan’ dan “tidak boleh”). Jika kita kerap memukul dan memarahinya tanpa sebab, ia hanyac akan membuatkannya memberontak.
----------------------------------
awal tu letih mengemas..memang selalu marah anak2 tp bila fikir balik benda berselerak hanya sementara..bila dah abes main kita ajar anak2 tu kemas balik mainan..nak marah sangat pun buat apa..janji anak2 x main benda yg bahaya dah..lagipun masa ni la kita riuh rendah dgn anak2..nnti bila memasing dah besar kita terasa sunyi pulak..

sekurangya time ni la terkeluar la segala kreativiti memasing nak buat apa pun..yang penting kita kena selalu pantau segala benda yg mereka main n buat.


pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!