Assalamualaikum

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di
sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m
di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan
juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.
Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas
Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6
kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang
boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya.
Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah
Sungai Jordan.
Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari
Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh
bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.
Pemandangan Laut
Mati hampir 12 tahun kemudian (STS-102). Bahagian utara dan bahagian kecil
tenggara telah bertambah dan kolam poligon besar terbahagi ke beberapa
bahagian.
Pemandangan Laut Mati di waktu senja
Tiang yang terbentuk daripada garam karang dipanggil ‘isteri Luth’
di Gunung Sodom, Israel
di Gunung Sodom, Israel
Terapung di Laut Mati
Kaitan kisah Nabi
Luth dan Laut Mati
LUTH bin Haran bin
Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman
yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir.
Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.
Namun, penduduk kota
itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan.
Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat
menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat
(homoseks).
Nabi Luth menasihati
kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, Sebaliknya beriman kepada Allah,
Selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus
bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu,
Malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti
memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata:
“Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”
Seterusnya mereka
mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke
atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”
Mendengar perkataan
mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya:
“Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum
yang melakukan kebinasaan itu.” Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu
diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya.
Sebelum itu,
malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan
mereka. Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan
beliau jika negeri itu dimusnahkan.”
Perkara ini dapat
diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di
kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di
kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia
termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”
Setelah mengunjungi
Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai
lelaki yang tampan pergi ke Sadum. Sampai di Sadum, mereka berjumpa dengan anak
perempuan Luth.
“Wahai saudari,
sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang
daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari
tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba
yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya
serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang
bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak
di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal
berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth
itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki
muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa
untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya
tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku
jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba
salah.
“Apakah kedatangan
kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali.
“Oh tidak. Tapi...
bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada
bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir
penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar
kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak
tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth. Nabi Luth
yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas
kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa
kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.
Baginda amat
mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh
kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak
meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang
malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan
puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar
kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri
tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka
kepada kaumnya. Berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu
ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan
perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.
Apabila kaumnya
berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada
melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk
diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak
mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak
mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak
ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”
Seketika keadaan di
pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya
yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah
malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka. Perkara
ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar
menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka
rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”
Selepas itu tetamu
berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat.
Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga
Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada
waktu malam.
Al-Quran
memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah
utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu,
pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan
janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu.
Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka
adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”Kaum Luth ditelan bumi
Kemudian azab yang
ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam
keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut
ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang
menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan
Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”
Ustaz Azhar Idrus
bercakap tentang Laut Mati
Dalam ilmu fardhu
ain fiqih tentang masalah hukum air, disebutkan senarai air makruh yang terbagi
kepada tiga iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk dan air yang
terjemur pada suatu wilayah yang sangat panas.
Air yang sangat
hangat dan sejuk itu jadi makruh digunakan disebabkan ia boleh menimbulkan
merasa sakit pada badan ketika menggunakan air itu, dan pendapat para ahli
kesihatan menggunakan air yang sangat hangat akibat terjemur itu dapat menyebabkan
penyakit kulit, dan tidak makruh memakai air yang sedang hangatnya atau
sejuknya.
Air yang sangat
hangat itu makruh digunakannya dengan empat syarat iaitu :
❀ air yang terjemur pada negeri atau wilayah yang bercuaca sangat panas
seperti di kota mekah.
❀ air yang terjemur yang menggunakan tempat atau wajan yang terkena
tukul, seperti gayung dan sebagainya yang terbuat dari besi, tembaga dan
sebagainya. Selain dari emas, perak, tanah, batu dan kayu.
❀ air bekas terpakai pada badan manusia sekalipun bekas memandikan
mayit, bekas mandi kuda atau hewan sejenisnya selain babi dan anjing, serta
bekas orang yang berpenyakit kulit.
❀ Dan makruh memakai air dan tanahnya yang dimurkai, dibenci kaumnya
atau penduduknya seperti air pada kaum negeri Samud, air kaum Luth, air telaga
Barhud, air kaum negeri Babil dan air telaga Dzarra.
Tempat-tempat yang
kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti
bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat
dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika
terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya
mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada
hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga
sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan
membesarkan syariat-Nya.
sumber
0 orang berborak di sini!