Air Kencing Berwarna Kuning Selepas Mengambil Vitamin B
By Zahirah Dzahir - 10/26/2013 04:18:00 PG
Saya sering juga menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah kuning yang terang, macam warna vitamin B-Kompleks tu.
Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :
Kuning Pucat - normal
Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Berdasarkan panduan
di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal.
Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran
B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. Pada peringkat awal
pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa
dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat
pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus
meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan
pemeriksaan lanjut daripada doktor.
-----------------------------------
0 orang berborak di sini!