Anak Adalah Anugerah Allah

By Zahirah Dzahir - 9/01/2013 04:05:00 PTG

Assalamualaikum..

Anak adalah anugerah Allah. Tanpa anak, hidup sunyi dan sepi... Merekalah yang menjadi penyejuk hati tatkala hati bersedih, merekalah penawar segala duka nestapa sewaktu jiwa berduka. Bukanlah kerana mereka kita menderita. Bukanlah kerana mereka rumahtangga porak peranda. Anak-anaklah pembawa bahagia. Bersyukurlah dikurniakan anak, walau bagaimana rupa mereka...ingatlah mereka anugerah tidak ternilai dari allah untuk suami & isteri. Bagi yang belum punya anak, bersabarlah. Perbanyakkanlah solat hajat, disamping usaha-usaha yang lain.Mintalah pada DIA yg memberikan jodoh, rezqi dan segalanya. Jangan berputus asa. Jika anda tidak punya harta, tidak punya wang, tidak punya pangkat dan tidak punya segala... ingatlah, anda tetap punya anak. Jadi janganlah dipersia-siakan anak-anak yang ada... Perbanyakkanlah amalan, pertingkatkanlah zikrullah. Mudah-mudahan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan aku dan suami juga bisa menjadi hamba yg beramal, bertaqwa dan cukup dengan apa yang ada sentiasa. Amin Ya Rabbal 'Alamin...





- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!