Resepi Durian Crepe Homemade Paling Sedap Dan Simple.

By Zahirah Dzahir - 9/01/2021 10:05:00 PG

 Assalamualaikum..

Sapa yang suka durian creepe boleh cuba buat sendiri. Resepi ni Mommy share dari fb Azidawati Chunji


Resepi Durian Crepe
Bahan Bahan Resepi Durian Crepe
4 tbs tepung gandum
4 tbs tepung ubi
2 tbs tepung jagong
2 tbs tepung kastard
2 biji telur ¨C saya guna telur saiz B
2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je
2 tbs gula halus
1 cawan susu segar
3 tbs air
secubit garam
pewarna kuning
isi durian

Langkah 1 : Membuat Kulit Crepe
Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.
Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain. Kacau hingga hingga sebati.
Tapis dan letakkan pewarna.
Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe, panaskan dan sapukan kuali dengan minyak.
Apabila kuali sudah panas, angkat dan masukan 1 senduk adunan ke pan.
Ratakan adunan crepe dengan cara digoyang-goyangkan.
Letakkan sebentar pan di atas api, lalu angkat apabila crepe sudah masak.
Ulangi langkah membuat crepe ni hingga habis adunan.

Langkah 2 : Membuat Filling Kastard Durian Crepe
Satukan tepung kastard kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula, 2 biji telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati.
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla, Kacau rata.
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api.
Biarkan ia sejuk, masukan isi durian yang dah dihancurkan ke filling kastard, simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.

Langkah 3 : Membuat Filling Whipping Cream
Sediakan bekas yang bersih dan kering, masukan 200 ml Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga kental.

Langkah 4 : Membuat Durian Crepe
Letakkan sekeping crepe di atas piring.
Letakkan filling Whipping Cream ke atas kulit crepe tadi sebagai lapisan filling pertama.
Kemudian letakkan filling kastard dan isi durian tadi di atas filling Whipping Cream sebagai lapisan filling ke dua.
Lipat secara cermat seperti kita melipat sampul surat, buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.

Selamat
mencuba resepi durian crepe homemade paling sedap dan simple.

kredit fb Azidawati Chunji


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!