Boleh Tak Bagi Kanak-Kanak Produk Yang Menambahkan Selera Makan?

By Zahirah Dzahir - 6/28/2021 11:46:00 PG

 Assalamualaikum..

Ada netizen tanya, boleh ke bagi kanak-kanak produk yang menambahkan seleranya makan?

Jawapan dari Dr. Imelda Bachin..

JANGAN bagi kanak-kanak produk sebarangan.
Ada cara lain untuk memberi rangsangan dan stimulasi supaya kanak-kanak kecil suka makan.


1) Jangan paksa-paksa atau marah-marah masa waktu makan. Anak-anak kecil akan mengaitkan pengalaman yang tidak seronok dengan makanan. Kalau masa ini anak tak mau makan, mungkin tak lapar, tak payah paksa atau marah.

2) Jangan bagi snek manis bergula sebelum masa makan atau minuman bergula. Kanak-kanak perutnya kecil saja dan cepat kenyang.

3) Galakkan aktiviti yang cergas, mereka yang cergas selalunya lebih selera makan. Pastikan senaman adalah aktiviti setiap hari. Ini lebih baik daripada duduk tengok TV atau main dengan ipad.

4) Letak makan sedikit saja di dalam pinggan, lepas habis baru dibenarkan tambah, bila ada sedikit saja baru mereka tunjuk minat dan berebut-rebut.

5) Makanan yang budak-budak suka ialah lembut-lembut dan senang nak telan macam pasta. Anak-anak kecil tak suka makanan yang masin atau kuat perasa - masak bland untuk mereka sebab lidah mereka lebih sensitif dari orang dewasa dan mereka boleh rasa yang kita tak rasa. Kalau dewasa kata masam, ini terlalu masam untuk kanak-kanak kecil. Kalau dewasa kata masin, ini terlalu masin untuk kanak-kanak kecil. Kalau dewasa kata tak ada rasa, kanak-kanak kecil akan suka!

6) Saya suka menghias makanan untuk menghibur anak-anak supaya mereka seronok nak makan seperti contoh carrot berbunga, nasi dalam bentuk ikan (guna acuan yang buat biskut atau jelly untuk bentukkan Nasi). Sila lihat gambar-gambar masakan saya untuk anak-anak saya di sini. Nasi goreng saya gulung dalam telur dadar.

7) Saya selalu letak dalam pinggan yang bagi mereka terhibur seperti pinggan spiderman sebagai contoh. Lepas habis makan baru nampak spiderman.

8)Tukar menu supaya mereka tak bosan makanan yang sama.

9)Tak ada gangguan lain yang menarik tumpuan mereka masa makan. Tutup TV, tutup ipad, jangan tunjuk dessert atau manisan sampai dah habis makan.

10) Paling penting sekali makan bersama ibubapa. Kalau tak makan bersama dalam suasana gembira, mereka tak seronok nak makan. Mereka suka ikut apa ibubapa buat sebagai teladan. Tunjuk yang kita pun selera makan dan bagi perhatian kepada anak-anak masa makan. Mereka suka sangat dapat attention dan akan tunggu masa makan bersama ibubapa.

11)Kalau susah juga, ajak anak-anak tolong masak sama-sama atau sediakan makanan, kemudian beri puji-pujian sedapnya anak buat, Insyallah anak-anak bila terhibur dan hati gembira akan lebih selera nak makan.

Semoga bermanfaat gaisss

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!