TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia

By Zahirah Dzahir - 1/24/2021 11:19:00 PG

 Assalamualaikum..

TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK

Apabila anxiety atau kerisauan melampau menyerang, ianya boleh jadi cuma biasa biasa sehingga ada yang boleh membahayakan nyawa.

Sumber google

Ada sesetengah individu rasa seperti sesak dada, jantung berdegup laju, berdebar debar, sakit jantung, berpeluh, menggigil gigil. Ada juga yang muntah, meloya, sakit kepala, sakit ulu hati. Malah ada juga yang berasa seperti tidak cukup oksigen mahu bernafas.

Ada yang rasa seperti jantung nak pecah.

Lain orang lain simptom.

Jadi, atas sebab inilah jika ada berlaku apa apa simptom yang pelik pada anda, maka datanglah berjumpa untuk pemeriksaan lanjut.

Boleh jadi anxiety attack, boleh jadi masalah lain seperti sakit jantung atau masalah tiroid atau gastrik atau masalah ketidakseimbangan garam mineral dalam badan yada yada yada.

Jangan lagi bertanya di media sosial ya😊

Sedikit TIPS untuk menghadapi serangan panik adalah dengan : 

1. Kaedah ‘deep breathing’

Tarik nafas dalam dalam menggunakan mulut sehingga terasa udara memenuhi dada dan perut anda kemudian lepaskan perlahan lahan melalui mulut dan hidung. Buatlah beberapa kali sehingga anda rasa lega dan mampu bernafas dengan normal semula atau berasa sedikit lega.

Teknik mengawal pernafasan ni penting dan bagus bagi mengawal panik yang dirasa.


2. Tutup mata sambil mengawal cara pernafasan. 

Menutup mata InshaAllah mampu mengawal tindakan stimuli badan untuk menjadi lebih teruk lagi.

Ini bagi membantu anda fokus kepada pernafasan anda.


3. Rileks bahagian badan lain

Cara ini adalah untuk ubah fokus tubuh badan yang bertujuan untuk ‘distract’ badan kita.

Contohnya cuba untuk genggam tangan kuat kuat dan lepaskan perlahan lahan. Selepas tu jika masih rasa tak ok, cuba tutup mata sepenuh hati dan buka perlahan lahan, atau boleh cuba tutup mulut kuat kuat dan lepas perlahan lahan. 

Dalam masa yang sama cuba ingatkan diri yang anda diserang panik. Rileks dan sabar.


4. Cubalah amalkan senaman ringan

Hormon endorphins boleh membantu anda darah dalam badan dipam dengan betul. Waktu stress, yang paling bekerjw kuat selain otak adalah jantung kita. Jantung yang pam darah kan.

Jadi, untuk membantu jantung berfungsi dengan elok, boleh cuba senaman ringan seperti slow jog, berenang, berjalan jalan supaya peredaran darah dan hormon endorphins menjadi lancar.


5. Ubah fokus dengan buat perkara lain contohnya tengok sesuatu benda (contoh jam dan cuba fikir dengan teliti jam jenis apa, pukul berapa, warna apa yada yada yada). 


6. Bagi orang Islam boleh selawat dan berzikir berulang kali sehingga hati rasa lega.

Bagi yang bukan beragama Islam,boleh mengulangi mantra seperti ‘rileks semua ini akan berlaku’ ‘sabar nanti ok lah ni’. Ulangi dan fokuskan pemikiran sehingga rasa lega.


7. Jika anda berada di tempat ramai orang atau tempat tertutup,cubalah keluar dari tempat berkenaan. 

Cari tempat yang kurang orang atau keluar dari bilik tersebut supaya anda boleh bernafas dengan lega.


8. Minum seteguk air kosong secara perlahan.

Selepas pernafasan anda sudah dapat dikawal,cuba duduk di tempat lapang, longgarkan sedikit pakaian di bahagian leher/dada supaya anda boleh bernafas dengan lega dan minumlah seteguk air kosong (sejuk atau panas tidak kisah)


9. Boleh juga cuba cuci muka selepas berjaya mengawal pernafasan anda agar anda berasa ‘sejuk’ sedikit.


Tips di atas adalah sesuai untuk mereka yang sudah didiagnos mempunyai masalah anxiety.

Jika masih belum didiagnos, dapatkan pemeriksaan yang betul dulu ya.

Namun, teknik di atas boleh digunakan untuk mereka yang sudah dan belum didiagnos ada masalah anxiety. Selepas rasa diri sedikit lega, teruslah berjumpa doktor ya.

Kita tak mahu terlepas pandang penyakit lain jika anda mempunyai simptom seperti yang disebut di atas.

Anxiety dan gerd adalah dua masalah berbeza ya.

* Yang penting, jika kawan atau orang yang terdekat dengan kita mempunyai masalah anxiety, bantulah dia untuk menangani masalah dia tu ya.

* Ada juga yang merasakan anxiety menjadi lebih teruk bila nak datang haid akibat perubahan hormon dalam badan✌🏻

Kredit fb Dr. Erna Nadia


  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. Terima kasih kerana berkongsi tips-tips ni.. Memang kena tahu supaya boleh tahu macam mana nak buat

    BalasPadam
  2. Jangan ambil mudah ye dengan anxiety attack ni hmm..

    BalasPadam