Koleksi Masakan Kerang Yang Pasti Sedap

By Zahirah Dzahir - 5/14/2020 12:06:00 PG

Assalamualaikum..

Sedapnya kerang. Selalunya resepi apa yang korang buat dengan kerang? 
Yang kerap dok dengar orang buat air asam, kerabu ataupun masak cabai. Tapi banyak lagi menu yang kita boleh masak dengan kerang ni. Macam kerang goreng, masak lemak, rendang dan lain-lain. Makanya Mommy ada share sedikit masakan yang berasaskan yang mungkin kita boleh cuba. Semua menu ni kredit kat tuan punya menu masing-masing. k.

Jom tengok menu apa yang kita boleh cuba. Kalau rajin cuba-cuba la buat.
 

#1 Kerang Masak Kam Heong

500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)

5 ulang bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka byk mana, nk pedas, letak lebih sikit)
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Minyak sedikit untuk menumis

Bahan kuah (bancuh semua bahan)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)
1 sudu besar kicap cair
Garam, air

Cara masak
Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.

Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.

Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jgn byk sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam & gula. Siap.


#2 SAMBAL KERANG CILIPADI



2kg Kerang direbus dan asingkan isinya
10ulas Bawang merah*
5ulas Bawang putih*
Segengam cilipadi*
4bj lada hidup*
1inci kunyit hidup*
2keping asam gelugor
Minyak utk menumis
Garam n perasa
1bj bawang besar dihiris

CARA
----------
@ isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.

@ kisar kasar semua bahan bertanda*

@ tumis bahan kisar td, campurkan asam keping dan perasakan

@ bila tumisan dah betul2 garing, masukkan kerang td dan hirisan bawang besar. Gaul rata.Siap


#3 Air Asam Kerang


Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit..

Air asam
Bawang merah hiris
Tomatao hiris
Cili padi hiris
Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi
Belacan
Buh gula
Daun ketumbar
Siappp


# 4 Rendang Kerang Hijau
 

2kg kerang (rebus dan buang kulit @ beli kerang yg dah siap kopek)
5 biji bawang kecil *
5 ulas bawang putih *
2 batang serai *
2 inci lengkuas *
1 inci halia *
5 biji cili hijau * (tak letak pun xpe)
15-20 biji cili api hijau * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
1sk serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup *
1 cwn santan pekat
1/2 cwn kerisek
1 helai daun kunyit
Garam
Gula
Serbuk perisa (ikut selera memasing)

- Kisar bahan2 bertanda *
- Tumis bahan2 kisar hingga wangi
- masukkan kerang + kerisek + santan , kacau hingga hampir kering
- masukkan daun kunyit + garam + gula + perisa , kacau sebati, rasakan ikut selera kita
- siap


# 5 KERANG REBUS
 
Kredit fb Nazilah Mohamad

1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa

Dah masak kerang tu bila kulit kerang tu terbuka.

# 6 Kerang Black Peppers
 
kredit fb nora rasyid

Kerang
Basuh & Rebus sehingga terbuka dan toskan

Black pepper


Tumis
6 ulas Bawang putih (tumbuk@kisar)
3 sudu Minyak masak
.
Campurkan semua bahan ni dalam 1 mangkok.
3 sudu Black pepper@ lada hitam
4 sudu gula
Secubit garam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
1/2 cawan Air masak
.
Panaskan Minyak, masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau n masukkan semua bahan dlm mangkok td n kacau sampai pekat n last masukkan kerang n gaul sebati sehingga semua perasa Black peppers masuk dlm kerang 

# 7 Kerang Goreng Kunyit + Ubi Kentang 
 
 kredit fb norhamidah abdul hamid

Isi kerang(goreng dalam minyak sedikit)
Ubi Kentang ( potong nipis + goreng)

Hiris bwg besaq + bwg putih + cili merah + cili padi
Goreng brsama kerang td
Masuk kentang
Masuk grm + kunyit
Masuk ckit sos tiram
Siap
# 8 GULAI KERANG TUMIS DARAT


kredit fb idayu razali

BAHAN2...
*rempah kari ikan babas(ikot citarasa msing2)
*bwg merah 3ulas(kisar)
*bwg putih 2ulas(kisar)tp sy guna lesung ja..
*santan
*kerang
*garam
*ajinamoto(tp sy xguna aji)

Utk tumis darat
*bwg merah 2biji(dihiris)
*bwg putih 2ulas(dihiris)
*daun kari
*halbal campur

Cara2...
1..masakkan rempah dgn air tanpa minyak..masukkan bwg merah dan putih yg dikisar...biarkan sehingga rempah masak..
2..masukkan kerang dan santan..biarkan kerang masak terlebih dahulu..
3..masukkan garam,,,secukup rasa @ ajinamoto..biarkan mendidih...
4..masukkan nenas dan bleh tutup api..
5..akhir skali msukkan bahan tumis darat...

# 9
Kerang Masak Lemak Putih


kredit fb  muhammad daniel

Bahan-bahan
1 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1 biji bawang putih
6 biji bawang merah
Cili padi
1 inci halia
Santan
1ekor ikan rebus (isi sahaja)
Kerang


Cara-cara
1.tumbukan bwang putih & merah, lada hitam, halia dan isi ikan bersama.
2.bahan2 yg ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama kerang yg dicuci ,cili padi, serai yg diketuk dan santan.
3.masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

* jika anda ingin masukkan sayur seperti bayam atau bendi juga boleh.

Cdt muhammad daniel


# 10 KERANG MASAK LEMAK SERAI PEDAS
 

Bahan-bahan:

1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya
7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar
1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, dikisar
1 inci halis diketuk
Cilipadi dikisar, ikut suka kepedasannya
Sedikit serbuk kunyit
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.
2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar
mesra kerang dan bahan2 tumis tadi.
3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.


# 11 MASAK LEMAK BUNCIS AND KERANG
 

BAHAN-BAHAN 

Kerang
Kacang buncis potong menyerong 
2 cawan santan pekat 
1 keping asam keping 
Garam 
Gula

BAHAN DITUMBUK LUMAT

8 biji cili api 3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK 

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis , garam, gula dan kerang . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak


# 12 MASAK LEMAK CILI API KERANG + PUCUK PAKU



BAHAN-BAHAN :
1 kilo kerang 

3 cawan santan pekat 
1 keping asam keping saiz kecil
2 ikat pucuk paku fresh
1-2 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya 3 cm kunyit hidup
* Resepi ni boleh diubah suai mengikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :
-Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping dan serai yang dititik ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kerang masak .
-Masukkan semua pucuk paku tadi kemudian dikacau sekejap dan terus ditutup api dapur . Tutup periuk dengan tudung periuk dan biarkan pucuk paku masak dalam kuah yang panas . Siap



# 13 Resepi Serunding Kerang


fb nor shafiqah rahim

Bahan bahan:
Kerang
Kelapa parut
Daun kunyit
Serai
Bawang besar
Bawang putih
Lada kecil
Lada besar
Kunyit hidup
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara masak:
Kisar bawang besar, bawang putih, lada kecil, kunyit hidup.
Serai mayang
Tumis semua bahan dikisar sampai naik bau. Masukkan serai yang dimayang dan air asam jawa, garam gula secukup rasa.
Kemudian masukkan kelapa parut. Gaul sebati sampai kering. Dah kering dan garing masukkan daun kunyit yang dimayang, bawang besar dipotong bulat dan lada besar. Gaul lagi dan siap.


# 14 Dendeng Kerang Sedap
 
Singgahsana Kitchen

Bahan - Bahan :
370 gm Isi Kerang
3 sdb Cili Kisar
2 sdb Kelapa Parut Putih
1 cawan Santan (1/2 cwn pati santan + 1/2 cwn Air)
1 sdb Gula Perang
2 sdb Kicap Manis
1 sdb Sos Tiram
1 sdb Sos Tomato
1 biji Limau Kasturi (ambil jus)
1 inci Kulit Kayu Manis
1 helai Daun Pandan (simpul)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis


BAHAN KISAR :
3 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 tangkai Cili Hijau
1 tangkai Cili Merah
5 tangkai Cili Padi (jika suka pedas)
1 batang Serai

Cara Penyediaannya :

1. Kelapa parut disangai terlebih dahulu hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, daun pandan dengan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masuk cili kisar, tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
4. Masuk kelapa parut yang disangai tadi, kacau rata.
5. Masuk gula, garam, kicap, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan biarkan mendidih.
6. Masukkan isi kerang, santan pekat dan jus limau. Kacau rata dan masak sehingga pekat.


# 15  Kerabu Kerang + Pucuk Paku

fb Epy Za

Bahan dan Cara-Caranya
Pucuk paku...celur dulu...
Kerang...rebus dulu...
Cili besar,cili padi bawang putih... tumbuk...
bawang merah...hiris
Tomato...potong kecik
Cili padi...hiris kecil
Limau nipis...perahkan dlm bahan nnti...
Sos ikan
Garam..gula..serbuk perasa...


*Satukan semua bahan kacau sebati...boleh di hidangkan....


# 16 Sambal Tumis Kerang


Bahan-bahan:
3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air ~ jika perlu.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.


# 17 Rendang Pedas Kerang

fb ireana idris

3kg Isi kerang yang di rebus

Bahan kisar
.
5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
.
10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
.
Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus
.
Cara cara
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan - biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam


# 18 Somtam Kerang


fb Nurulhuda amran

Bahan & cara buat

Kerang rebus
Bawang putih
Cili padi
Belacan
Sos ikan
Gula / gula kabong
Jus limau nipis
Tomato
Daun ketumbar


Gaul semua sekali dah tambah ikut rasa yang kita nak

#  19 GULAI LOMAK CILI API PUCUK UBI CAMPOR KERANG


Bahan
Isi kerang yg dah di rebus
Pucuk ubi
Santan kelapa
Garam
1 keping asam keping
Cili api (tumbuk lumat)
Kunyit ( tumbuk lumat)

-masukkan bahan yg ditumbuk & santan dalam periuk. Kacau sampai kuah mendidih
-masukkan asam keping, pucuk ubi, garam.
-bila pucuk ubi dah masak boleh masukkan isi kerang yg dh direbus..
-siap.



# 20 KERANG MASAK CILI BERSULAM PETAI
 
fb Zack Zainuddin

Bahan2:
*Bawang Merah Besar 2 biji
*Bawang putih 4 ulas
*Halia 1 inci
*Cili besar merah 2 biji
*Cili padi merah 7 8 biji
Blend bahan bertanda *
-Serai 2 btang hiris panjang2
-Petai yg telah dibelah dua 1 cawan
-Sos tiram
-Sos cili
-Maggi secukup rasa atau Knors sesedap rasa atau kalau tak ada guna serebuk perasa biasa pun boleh
-Lada benggala (ikut suka nak letak ke x). Kalau nak cantikkan hidangan campurkan potongan warna merah dan hijau. Kalau nak kurangkan bajet tak payah letak ...hehehe
-Carrot yg dipotong memanjang (Pilihan, boleh letak kalau nak cantikkan hidangan)
-Kerang rebus kopek kulit sebelah

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg telah diblend bersama dgn serai hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili dan sedikit air. Biakan agak pekat.
3. Perisakan dgn garam, gula dan serebuk perisa.
4. Masukkan kerang yg telah direbus dan dikopek sebelah tadi. gaulkan hingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan petai, lada benggala dan carrot yg dipotong memanjang. Gaulkan dan biarkan dlm 1 minit.
Now dah siap utk dihidangkan. Enak sgt kalau dipadankan dgn sup panas ikan merah. 


# 21 KERANG GORENG CENCALUK 



Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis

Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja

_______________


Jadi ini saja resepi  yang Mommy nak kongsikan. Kalau ada penambahan boleh tambah di ruang komen k

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!