Resepi SAMBAL PETAI BONDA Buat Penggemar Petai

By Zahirah Dzahir - 3/21/2020 04:13:00 PTG

Assalamualaikum..

Buat penggemar petai. Sapa yang suka boleh cuba resepi ni. Mommy tak buat pun sebabnya Mommy tak makan petai. Nak cuba boleh follow step kat bawah naaa..


Image may contain: food and indoor

Resepi & pic : fb Atie Jumaat

SAMBAL PETAI  BONDA


BAHAN BAHAN

Petai 2 cawan
Ikan bilis goreng 2 cawan
Bawang besar 1 biji - hiris nipis
Garam gula secukup rasa


BAHAN KISAR

Bawang merah 7 biji
Bawang putih 5 biji
Lada besar merah 3 tangkai
Cili padi merah 5 tangkai
Cili padi hijau 10 tangkai
Halia sikit
Tomato 1 biji
Belacan sikit


Mesin jangan halus sangat


Tumis sampai pecah minyak..masukkan petai
garam gula secukup rasa..akhir sekali masukkan ikan bilis..goreng bagi sebati..dah siapp..


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!