Hebahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pasar Besar (Billion) Alor Setar, Kedah

By Zahirah Dzahir - 3/27/2020 11:12:00 PTG

Assalamualaikum

Hebahan buat warga Alor Setar dan yang se area dengannya..sementara kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..

Mulai esok 28/3.. Pasar Peremba (market billion) akan beroperasi seperti biasa. 

Cuma esok pintu masuk ke pasar untuk pelanggan ialah melalui 2 pintu sahaja iaitu pintu hadapan sebelah medan selera dan gerai buah-buahan manakala 1 lagi pintu masuk dibuka untuk peniaga di belakang (loading bay).

Bilangan pelanggan akan dihadkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semasa disamping dapat mengelakkan jangkitan wabak merebak dengan lebih cepat.

Tujuan dibuat ini adalah bagi memastikan semua pelanggan/pengunjung pasar dapat mendapatkn barangan keperluan masing2 dengan selamat disamping keadaan yang terkawal dan bukan saja2 untuk menyusahkan pengunjung. 

Sila patuhi arahan pegawai penguatkuasa yang bertugas dan beri kerjasama. 
Pelanggan juga dinasihatkan untuk memakai topeng mulut dan menjaga keselamatan jarak sosial sepanjang masa ketika berurusniaga di pasar besar peremba (billion).

Makanya..ambik faham keadaan yang dok jadi ni..kalau boleh tu sorang ja yang pi market tak payah nak bawak 1 keturunan pi..yang tak fam kaitan tu stay home / duduk rumah..faham arahan dan terima arahan yang diberi..pakat jaga diri masing²..kalau kita tak jaga sapa lagi yang nak jaga.










Sumber Majlis Bandaran Alor Setar ( MBAS )

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!