Ambil Tahu dan Awasi 10 Tanda DEPRESI Ini

By Zahirah Dzahir - 10/05/2019 10:22:00 PG

Assalamualaikum..


Kerap kali kita dengar tentang maalah DESPERASI ni. Mommy rasa la lagi kerap kita dengar tentang masalah ni. Bukan kat Malaysia ja yang ada DESPERI. Manusia sedunia mengalami masalah yang sama. Jadi perlunya kita ambil tahu tentang masalah ni. sekurang apa -apa yang berlaku depan mata kita, kita dapat menghadapinya. So, Mommy ada di fb Najmi Nawawi tentang

10 tanda DEPRESI. Jom baca..

Jangan Abaikan! Tanpa Disadari Ini 8 Tanda Kalau Kamu Menderita Depresi 


Awasi 10 tanda DEPRESI ini. Kita tahu bahawa depresi ialah masalah 'mood disorder' yang telah memberi impak negatif kepada lebih 300,000,000 orang di seluruh dunia.

Mengenalpasti tanda-tanda awal pastinya dapat membantu ramai pejuang depresi dan ahli keluarga mereka. Setidaknya mereka tahu tentang depresi dan boleh mengambil langkah awal untuk rawatan.

1. Sedih yang berpanjangan

Ini ialah perkara 'common' yang kita boleh jumpa dalam kalangan pejuang. Pendek kata, pejuang depresi akan rasa diri mereka tidak berguna dan sukar untuk mencari sisi baik kehidupan seharian. Kesukaran mahupun sedikit akan dirasai seperti kesukaran yang besar dan sukar diatasi. Dengan perasaan seperti ini, pastinya sukar untuk penjuang menikmati kehidupan seperti orang biasa.

2. Hilang keyakinan diri

Orang yang mengalami depresi kebiasaanya ialah mereka yang 'telan' dan 'pendam' segala permasalahan jauh ke dalam jiwa. Mereka akan jadi ragu-ragu dengan tindakan mereka kerana risau akan memburukkan lagi keadaan. Apabila wujud gabungan memendam rasa dan tidak yakin diri maka kesannya mereka akan mudah untuk mencederakan diri sendiri mahupun membunuh diri.

3. Hilang minat untuk beraktiviti

Sebenarnya ia disebabkan oleh hilang fokus. Dari hilangnya fokus akan menyumbang kepada kesukaran menyempurnakan sesuatu, dan akhirnya melabel diri sendiri dengan persepsi negatif seperti rasa tidak berguna. Pejuang depresi juga akan cenderung untuk kurang mempunyai 'libido' yang boleh mengganggu hubungan dengan pasangan.

4. Suka bersedirian

Mereka akan jadi seorang yang sensitif dan mudah terasa dengan perbualan dalam hubungan sosial. Ini membuatkan mereka susah untuk bersosial dan kebiasaannya memang akan memilih untuk menyendiri atau lebih baik berdiam diri sahaja. Mengelak untuk bertemu orang lain sebenarnya membuatkan symptom depresi ini akan menjadi lebih buruk.

5. Anxiety atau rasa bimbang

Hilang keyakinan diri akan terus membawa diri pesakit untuk sentiasa berada dalam keadaan kebimbangan. Mereka akan risau tentang diri sendiri dan tentang masa depan mereka. Yang pasti mereka sentiasa rasa, semuanya sudah gagal dan akan terus gagal. Perasaan anxiety memang boleh hilang tetapi hati-hati, kerana ia boleh jadi pejuang berkenaan memang sudah berputus asa.

6. Tidak bersemangat dan lemah

Ini ialah faktor utama kenapa ramai pejuang depresi gagal untuk 'perform' dalam dunia kerjaya mereka. Mana tidaknya, kerjaya memerlukan kesungguhan dan pastinya hanya dapat terbentuk apabila memiliki daya semangat dan tenaga untuk menjayakannya. Mereka akan cenderung untuk hilang fokus berterusan dan seterusnya tidak mampu menyiapkan tugasan dengan baik.

7. Pola tidur terganggu

Kita panggil insomnia. Memang sangat susah untuk tidur walaupun orang lain sudah lama tidur. Namun turut terdapat juga pejuang memang akan memilih untuk tidur, ianya kerana hilang minat dan semangat untuk menuruskan kehidupan. Pendek kata kepenatan mental yang teramat sangat membuatkan mereka terus memilih untuk tidur.

8. Selera makan dan berat berubah

Sama ada pejuang akan jadi seorang yang hilang selera makan atau akan jadi seorang yang sangat pemakan pula. Boleh jadi antara dua ini, dan kebiasaanya memang akan hilang selera makan. Begitu juga dengan faktor ubatan depresi yang diambil akan turut mempengaruhi selera makan pesakit.

9. Tindakan extreme

Tindakan yang sering melulu ini sebenarnya disebabkan oleh letusan emosi atau ketidakmampuan untuk mereka mengawal kekuatan minda sendiri. Kita maklum, orang yang depresi bagaikan berperang dengan minda sendiri, pastinya ia perjuangan yang sukar. Jika datang orang tersayang untuk menasihati, ianya tidak mudah untuk diterima.

10. Fikir bunuh diri

Mereka boleh luangkan masa berjam-jam duduk dan berfikir sendiri cara-cara untuk bunuh diri. Ada juga yang memikirkan cara-cara untuk mencederakan diri sendiri dengan objek-objek yang berada di sekitar mereka. Ini sangat bahaya dan wajib untuk dapatkan rawatan segera.

p/s : Ya, depresi boleh datang dan juga pergi begitu sahaja. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi impak dan kesan yang sangat besar dalam kualiti kehidupan seorang pejuang depresi.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!