Reneuf by La Estephe Mask Halal Pertama Di Malaysia Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi

By Zahirah Dzahir - 5/31/2019 10:13:00 PG

Assalamualaikum

Hari tu Mommy menang giveaway dari rakan blogger Cekgu Norazimah dan dapat face mask dari Reneuf. Ingatkan kena pergi ambil sendiri rupanya @myreneuf post kan hadiah ni sampai ke rumah. Mommy dapat 2 kotak Reneuf Face Mask dan dalam setiap 1 kotak tu ada 7 pcs yang berlainan . Banyakkan. Puas hati pakai mask ni.


Reneuf mask ini diformulasikan di Switzerland by La Estephe iaitu skincare industry expert di Hong Kong. Reneuf mask ni juga menggunakan formula Baby Soft Skin iaitu gabungan yang kaya dengan Yam Bean, Colloidal Gold dan Squalenen yang boleh pulihkan kulit kita  yang tidak bermaya dan kusam kepada kulit yang lembut dan lembap macam kulit bayi.


Lagi best dan lebih yakin kita nak guna Reneuf mask ni Reneuf mask merupakan face sheet mask pertama yang mendapat Halal certification dari JAKIM. So korang tak perlu risau atau ragu ragu nak menggunakan mask ini. Bila dah disahkan Halal JAKIM ini, gerenti produk ini halal, selamat dan bersih untuk kita gunakan diwajah kita.

Terdapat 7 jenis mask yang berbeza dan setiap mask ada berbeza fungsinya. Comel sangat packaging Reneuf mask, siap ada muka baby comel kat depan packaging.

Vitamin E Brightening & Moisturising

Vitamin C Whitening & Moisturising

Almond Oil Nourishing & Moisturising
Papaya Extract Lifting & Firming

Witch Hazel Antioxidants & Protection
AHA Refreshing & Purifying
Hyaluronic Acid Extreme Hydrating & Moisturising
   


1. Vitamin E Brightening & Moisturising
 
Ada antioksidan untuk mempercepatkan pemulihan sel dan dapat meremajakan kulit kita. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tidak sekata, kulit kusam dan gelap bawah mata.

2. Vitamin C Whitening & Moisturising 

Vitamin C dapat membantu membaiki dan menjana sel sel semula, dan mengehadkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV. Vitamin C juga boleh mengurangkan kegelapan kulit,pigmentasi dan berkesan dalam mencerahkan kulit.Sesuai kalau korang  sedang penat, stress atau mahu kelihatan lebih bertenaga dengan cepat.

3.  Almond Oil Nourishing & Moisturising
 
Minyak badam manis juga kaya dengan Vitamin E dan pelbagai kebaikan lain yang dapat membantu memulihkan parut jerawat. Selain parut jerawat, mask ini juga dapat menenangkan kulit selepas seharian terkena sunburnt. Guna mask with Almond Oil ini dapat memulihkan dan menenangkan kulit yang terdedah tadi.


4.     Papaya Extract Lifting & Firming

Ekstrak papaya dipack dengan antioksidan dan enzim yang berkuasa untuk mempercepatkan pembaikkan sel kulit dan membantu menghalang penuaan kulit.Kulit yang kelihatan letih dibangkitkan semula untuk menjadikan kulit nampak lebih muda.Ekstrak papaya ni sesuai sangat dengan kulit yang kering, terhidrasi, sensitif ,berminyak dan kulit berjerawat. Sangat sesuai bagi anda yang selalu mengenakan solekan yang tebal
  

5. Witch Hazel Antioxidants & Protection
 
Witch Hazel adalah satu bahan perubatan yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran minyak secara berlebihan. Ia merawat kulit yang berjerawat  dan mempercepakan penyembuhan di samping menutup liang pori yang terbuka.
Sesuai bagi korang yang selalu berada diluar, terkena udara kotor.

Witch Hazel sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat.


6. AHA Refreshing & Purifying

Alpha Hydraulics Acids(AHA) diketahui mempunyai keupayaan untuk membuang tekstur kulit mati, kasar dan kulit tidak sekata tanpa kerengsaan. Mask ini mempunyai lima ekstrak botani iaitu bilberry, tebu, sugar maple, orange dan limau yang akan memperbarui sel kulit mati dengan lebih cepat.Hasil penggunaan yang berterusan mampu memberikan kulit wajah yang lebih muda, dengan penyerapan langkah penjagaan kulit yang lebih baik.Sesuai bagi mereka yang mempunyai

masalah whiteheads, blackheads dan mild acne.

7. Hyaluronic Acid Extreme Hydrating & Moisturising

Mask merupakan best seller dari produk Reneuf.Apabila umu semakin meningkat, tubuh kita kekurangan asid Hyaluronic dan ini punca kulit kita kering dengan tanda liang pori terbuka, timbul garis halus dan kedutan.Sheet mask Extreme Hydrating & Moisturizing  ni sangat disukai oleh ramai orang kerana teksturnya yang ringan dan dapat mengunci kelembapan kulit. Jadi mask ini dapat membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan kulit kita.
 



Cara- cara guna mask Reneuf :

  • Pastikan kulit muka bersih
  • Keluarkan mask dari paket mask
  • Letak di muka dan adjust elok-elok  di bahagian mata, hidung dan mulut
  • Biar 15 ke 20 minit
  • Lap muka dengan kain bersih, tak payah basuh muka tu.

Ada essence yang terlebih di bekas mask tu, korang boleh sapu essence tu dan sapukan di bahagian leher dan tangan.




Kalau korang teringin nak cuba boleh dapatkannya di @myreneuf atau di SASA, Robinson Gardens & FSKL, LAZADA.

#Reneuf #MYHalalmask
#HalalBeautyMask #ReneufByLaEstephe



Instagram > myreneuf

Facebook > Reneuf


~~~~~~~~~

Mommy Ira


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!