Cara Simpan Tudung Bawal Bila Tudung Tu Dah Terlalu Banyak

5/24/2019 10:46:00 PG


Assalamualaikum

Saja Mommy nak share macam mana Mommy simpan tudung bawal. Mommy jarang beli shawl sebab macam tak sesuia pulak dengan patern muka Mommy. Ada ja tapi tak banyak, ada tersimpan dalam almari. Maybe Mommy dah selesa dengan tudung bawal dari zaman budak sekolah sampai la jadi mak budak. Senang bentuk, sarung ja. Cuma yg renyah sikit tu kena pakai pin ja.

Dok beli membeli, makin lama makin banyak pulak tudung bawal ni. Asal dari tudung bawal kain kosong zaman budak sekolah yg ada list kerrawang sampai la tudung bawal macam-macam corak dan jenama. Sampai tak tau nak simpan kat mana. Dulu Mommy lipat simpan ja dalam raga buh dalam almari. Nak pakai ambik ja tapi macam tak best pulak tak nampak. Dok fikir nak guna hanger baju, macam banyak sangat hanger nak guna..nak save ruang lagi ( yang tu yang penting ). Lagipun takut hanger tu ada tajam tang mana-mana boleh tertarik benang kain tudung tu. Buat rosak ja tudung tu


Cari punya cari dengan tak pandai cari sama, si Abah bawak balik Multi-use hanger. Rasanya ramai yang dah guna. Memang sesuai sangat untuk gantung tudung. Hanger ini ada 28 lubang dan kita boleh sangkut sampai penuh lubang tu. Hanger ni kukuh juga dan mampu tampung hingga 6kg tudung. Mudah sangat hanger ni. 


Maka dengan happynya Mommy sangkut tudung-tudung bawal di  Multi-use hanger tu letak di bilik iron. Kena tutup dengan kain takut habuk.  Tudung yang Mommy tak brapa pakai Mommy simpan dalam raga buh dalam almari. Yang Multi-use hanger sangkut dekat penyidai baju iron. Nak guna nampak depan mata, pilih ambil n gosok ja. Mudahkann 

~~~~~~~~~
Mommy Ira

1 ulasan:

  1. Lama dah tak pakai tudung bawal.. Sha lipat je letak dalam almari.. ada lah 3,4 helai.. tempat gantung nie Sha sangkut tudung sarung.. memang mudah dan kemas..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.